Skip to content

Wacana Minda Islamy (WAMY): Siri I Berjalan Lancar

July 20, 2009

diskusi

Alhamdulillah..

Ini ungkapan keramat selesai sahaja wacana pada malam tadi. Pada asalnya ia hanya akan berlangsung sekitar 2 jam sahaja, iaitu bermula jam9.10 malam hingga jam 11.00 malam, tetapi ia berpanjangan sehingga hampir jam 12. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang hadir atas komitmen tanpa berganjak kalian. Luar dari jangkaan apabila kehadiran mencecah 53 orang. Dan peserta Muslimat lebih ramai sedikit berbanding lelaki.

Persediaan ke arah WAMY ini amat mencabar. Sejak saya mengiklankan WAMY, saya bersyukur kerana mendapat respon yang positif dari beberapa orang sahabat. Dan ia semakin menambahkan stres saya. Stres kerana bimbang tidak dapat buat yang terbaik dapat proses pemindahan dan perkongsian ilmu ini. Ini pertama kali saya berhadapan untuk perkongsian yang bersifat agak serius dan berat. Ia dibimbangi membosankan, tapi saya cuba untuk ketepikan perasaan tersebut dalam kalangan peserta.

 Selama hampir 4 hari, saya cuba merujuk kembali buku-buku yang menjadi rujukan saya seperti buku, Budaya Ilmu: Satu Penjelasan, sebagai buku rujukan utama dalam pembentangan sesi pertama malam tadi. Selain itu, untuk huraian, buku berjudul Masyarakat Islam Hadhari oleh Prof Wan Mohd Nor juga, menjadi rujukan untuk penerangan tentang golongan anti-ilmu pengetahuan yang terdiri dari para sophist. Buku Falsafat dan Praktik Pendidikan Islam Menurut Syed M. Naquib Al-Attas digunakan untuk menerangkan konsep Manusia Beradab. Selain itu, buku berjudul Sejarah Pemikiran I juga menjadi rujukan untuk mendapatkan angka-angka kematian para saintis di Eropah oleh gereja di awal zaman kebangkitan mereka dahulu. Dan ada juga beberapa buah buku rujukan lain selian dari al-Quran dan Hadis yang memang menjadi rujukan utama lagi asasi.

Program yang pertama kali dianjurkan ini, tidak langsung saya tekankan untuk wajib hadir, tapi saya amat menggalakkan mereka hadir. Saya tahu proses ta’dib ini bukan proses paksaan, tetapi lahir atas dasar ilmu dan faham. Ilmu yang memberi ma’na dalam diri, mampu menggagahkan diri datang ke wacana sedemikian rupa. Terima kasih buat Sekretariat Masjid al-Hikmah kerana sudi membantu membuat promosi, terutamanya Hasli, Rahman dan kawan-kawannya. Tidak sangka ada ‘flyers’ khas yang dibuat untuk tujuan promosi tersebut. Juga buat Ustaz Junaidi dan En Rusydan selaku AJK induk Masjid al-Hikmah yang telah memberikan peluang untuk berlangsungnya wacana ini. Tidak lupa, buat Majlis Perwakilan Pelajar yang sudi memberi sokongan yang kuat dan dengan harapan agar wacana-wacana sebegini rupa dapat diteruskan pada masa akan datang.

Ini merupakan satu tanda bahawa pembudayaan ilmu ini mampu menjadi pemangkin kepada melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang berkualiti serta mempunyai asas aqidah yang kukuh. Walau apapun, ia adalah proses untuk jangka masa panjang. Proses yang memerlukan penyebaran kefahaman tentang peri penting membudayakan ilmu dalam diri setiap muslim. Program ini diharapkan dapat menjadi alternatif dan juga sebagai proses untuk mengucupkan budaya hedonisme yang sedang berleluasa di UMS KAL.

Pendedahan budaya-budaya ilmu dalam beberapa tamadun manusia pada malam tadi seperti Yunani, India, Cina, Yahudi dan juga Islam, moga dapat membuka pandangan adik-adik atau para peserta untuk lebih menghargai peluang hidup di kampus ini. Proses penerapan ilmu dan pandangan ilmu dalam kalangan Barat dan Islam amat berbeza. World view menjadi kayu ukur sama ada sesuatu idea atau pemikiran itu selaras kehendak syarak atau tidak. Jika sesuatu ilmu itu lahir dari Barat, ia memang tidak dapat lari dari tersiratnya nilai-nilai ke-barat-an.

Ciri-ciri atau sifat-sifat ilmu Barat seperti Dualisme, Humanisme dan Tragedi seperti yang dihuraikan oleh Prof Syed Naquib al-Attas memberikan gambaran betapa perlunya sesuatu bidang ilmu itu dikaji dan diselaraskan dengan pandangan sarwa Islam. Proses Islamisasi Ilmu inilah yang cuba digagaskan oleh Prof. Syed M. Naquib dan sahabat-sahabat beliau serta pelajar-pelajar beliau.

Berbalik kepada suasana malam tadi, sampai sahaja sesi kedua berbentuk diskusi, suasana agak suram pada mulanya. Mungkin masing-masing malu untuk memberi idea dan pandangan tentang isu Universiti yang dibangkitkan. Saudara Farid menjadi pencetus untuk memberi pandangan dan ini diikuti dengan sahabat-sahabat lain. Lama-kelamaan, adik-adik tahun satu mula berani untuk memberikan pandangan mereka dalam isu ini.

Perbincangan lebih kepada untuk mewujudkan kembali pembudayaan ilmu di universiti, terutamanya UMS KAL ini. Proses perbincangan selama hampir sejam lebih, melahirkan dua resolusi yang perlu diamalkan oleh peserta program, iaitu:

1) Perlunya setiap peserta menjalankan ‘exploration’ untuk meninjau kembali kegemilangan Islam terdahulu sebagai mukaddimah atau langkah pertama untuk lebih menghayati proses ilmuan Islam pada zaman dahulu dalam menyumbang kepada tamadun Islam.

2) Perlunya merajinkan diri melakukan pembacaan walau di mana berada, hatta sedang menunggu bas sekalipun.

Ini sebagai permulaan kepada galakan mencintai ilmu di UMS KAL. Proses pembudayaan ilmu diakhirnya adalah untuk melahirkan generasi quran yang berserah diri kepada Allah. Mereka ini memahami tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Mereka ini bakal menjadi manusia beradab, insyaALlah. Proses ta’adib juga ialah proses melahirkan insan yang kamil. Ia lebih memfokuskan kepada pembentukan individu muslim. Inilah konsep pendidikan dalam Islam.

Diharapkan pada masa akan datang, proses pembudayaan ilmu ini akan turut mendapat sokongan para pensyarah untuk berkongsi pengalaman dan idea dengan para pelajar secara tidak formal. Kegiatan ini langsung tidak melibatkan sebarang sogokan wang dan sebagainya, tapi ia adalah hasil dari kesedaran dan juga kelapangan serta komitmen bagi sesiapa yang inginkan kebenaran.

P/S: Atas nasihat sahabat saya, insyaALlah, pada masa akan datang, wacana ini akan beralih nama kepada Wacana Minda Islamy (WAMY). Syukran kepada semua yang terlibat untuk menjayakan wacana ini dan insyaALlah, akan diteruskan pada masa-masa kaan datang. Ini ialah permulaan kepada perubahan yang lebih besar, insyaAllah.

5 Comments leave one →
  1. July 20, 2009 12:41 pm

    Salam Reformis…

    program ilmiah yang mencetuskan inovasi baru dalam dunia pemikiran secara global dan berpengaruh…

    Yakin ianya dapat memurnikan semua pihak…

    harap diteruskan lagi dan berusaha mencapai taraf kemajuan apabila ianya dijadikan acara tahunan samaada bagi pihak UMS mahupun sekretariat masjid…

    “Cetusan Revolusi Mencetus Perubahan”

    Sekian…

  2. July 20, 2009 10:08 pm

    tulisan yang sangat bagus, kritis dan membangun…. trim’s

  3. July 21, 2009 12:39 am

    Assalamualaikum….hehe…sehat je bang…Baru bek demam nih….
    Campus mgt prob sket…manyak hal o…..
    Wah….ade pngktn pmikiran…
    Pemikiran yg benar2 seperti mewarisi warisan al banna…hehehe…
    Bgs r, fastaqim kama umir,bkn senang tu…Tak ramai leh wat cam abg…hehehe…
    Nway nuar punh dah makin kurang pemikiran ni,myb dah jarang cntct ng abg kot…
    Bile r nak jumpe,msj pun dah payah nak reply,org sbuk r katakan…
    Sng2 abg datang arau jela,leh tgk waqi` kat cni…
    Nuar pn d quarantine sem ni,huhu….
    Tapi senyap2 dalam merangka,merangka mase dpn..Kot2 lah leh bawak dalam master plan nnti….Nway good job,nuar ske sgt pmkrn abg….chaiyok2….

    http://nawfaltimur.blogspot.com

  4. umi permalink
    July 22, 2009 8:32 pm

    salam..
    program yang menarik..tahniah diucapkan..teruskan usaha.smga berjaya..=)

  5. Aliff Bin Basri permalink*
    July 27, 2009 4:07 pm

    Terima kasih atas sokongan anakbulan, peduli pendidikan, nawfal dan juga umi…

    Buat nawfal,moga kita dapat berjumpa nanti ya!

    hehe..

    Buat anakbulan, moga ia dapat diterima dan disokong oleh gerakan Islam kampus. Ia proses berterusan, akhi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: