Skip to content

Cadangan Pembudayaan Usrah Ta’adib Fikriyyah di Kampus-kampus

July 14, 2009

Salam Aufklarung,

Sebenarnya, sebelum saya bergelar graduan, saya  ingin melihat pembudayaan ilmu berlaku dalam kalangan ahli gerakan Islam kampus. Khususnya di tempat saya belajar dan menerima tarbiyah Islam secara intensif, UMS Labuan. Saya teringin melihat perkembangan minda berlaku dalam kalangan ahli gerakan Islam di UMS.

Perjalanan usrah yang sedang berlaku mungkin bersifat memahami perkara usul (prinsip) berkaitan dengan Islam, gerakan, dan dakwah. Iya, boleh jadi juga ia memasuki ruang lingkup pemikiran secara tidak langsung, bergantung kepada kemampuan ilmu para nuqaba’ atau ruang lingkup ilmu pengetahuan yang dimiliki adik-adik usrah untuk membincangkannya. 

Pengalaman di kampus pada semester lepas, memang terdapat kemampuan-kemampuan atau potensi-potensi pada diri adik-adik usrah saya. Saya melihat dan merasai sendiri apabila berusrah dengan mereka. Imran, dengan pengetahuan tentang Islam yang sedikit luas berbanding dengan sahabat-sahabatnya. Dari dia, saya mendapat perkongsian tentang teori darwinisme, kisah hidup dan pemikiran Muhammad Iqbal. Selain itu, Nadil pula punyai potensi berdebat. Sifat ingin tahunya membuatkan saya kagum dengan dia dan saya yakin dia amat berpotensi untuk menjadi suara bagi umat Islam satu hari nanti. Asmi pula, punyai minat membaca yang mendalam. Sampaikan buku yang dipinjam dari saya, dia tertinggal di rumahnya. Tidak mengapa. Yang penting Asmi perlu asah dan minat tersebut untuk bersedia membaca buku-buku yang lebih berat pada masa akan datang. Begitu juga dengan Aboo Baker, seorang yang saya kira ‘ganas’ dan mempunyai potensi seperti Saidina Umar al-Khattab. (tapi Aboo tidak ganas sangat pun)

Saya nampak potensi ini dan saya yakin pimpinan juga nampak. Ini hanya sebahagian dari adik-adik usrah saya. Zul, Zali, Fattah dan lain-lain punyai kelebihan yang tersendiri yang jika ia bisa disusun dengan baik, beserta dengan latihan yang kemas, InsyaAllah, mereka mampu menjadi jundu-jundu Allah yang mempunyai tasawwur Islam yang jelas, ilmu fardhu ain yang sebati dalam diri serta mempunyai kekuatan dari sudut kepimpinan dan kemampuan berfikir secara luar biasa, tapi terarah.

Saya tidak pasti di tempat atau kampus-kampus lain, tapi kalau di UMS, dicadangkan agar dibuat usrah khas untuk membentuk atau mencanai minda ahli-ahli gerakan Islam kampus. Tujuannya ialah “untuk membuka minda mad’u supaya menjadikan proses pencarian ilmu dan kebenaran sebagai budaya hidup mereka sampai mereka menemui Allah swt. Selain itu, supaya dapat memotivasikan diri para mad’u agar menjadi pakar dalam bidang masing-maisng disamping mampu berfikir sebagi seorang khalifah untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu umat Islam dan dunia seluruhnya.”

Usrah Ta’adib Fikriyyah mungkin boleh dilakukan sebulan sekali. Ia mungkin sedikit berbeza dengan usrah yang selalu diadakan di dalam manhaj tarbiyyah sedia ada. Tapi tidak mustahil jika ia boleh dijadikan sebagai salah satu komponen pentarbiyyahan (pen-ta’adib-an) dalam manhaj tarbiyyah sedia ada. Sebagai permulaan, buku berjudul “Budaya Ilmu: Satu Penjelasan”, oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud boleh dijadikan perbincangan dan sebagai rujukan utama selain buku-buku karangan ulama’ atau intelektual Islam yang lain yang boleh dijadikan hidangan sewaktu usrah berlangsung.

Budaya Ilmu

Buku ini sangat bagus untuk membangkitkan motivasi tentang kepentingan menyemai budaya ilmu dalam diri setiap ahli masyarakat, terutamanya dalam kalangan setiap ahli gerakan Islam.

Proses pemerkasaan fikrah perlu dilatih agar ia terarah dan dapat diperkasakan. Proses ini bukan untuk hasil 5 tahun dari sekarang, tapi ia adalah usaha berterusan agar ahli-ahli gerakan Islam yang lahir dari pentarbiyyah kampus dapat menggunakan potenasi kurniaan Allah untuk melakukan islah dan dakwah secara berkesan pada masa akan datang.

Ilmu pengetahuan yang kukuh yang diintegrasikan dengan  pengalaman diri, pendedahan pengalaman orang lain serta memiliki cara berfikir menurut pandangan sarwa Islam bagi seseorang ahli gerakan itu mampu membuat perubahan kepada kelemahan gerakan Islam sedia ada, InsyaAllah.

Pendedahan perlu diberikan, cetusan perlu dimulakan. Proses ini perlu diseiringkan dengan gerak kerja dakwah kerana ia adalah praktikal kepada apa yang dipelajari di dalam halaqah, usrah, DIM dan komponen pentarbiyyahan yang lain.

Wallahu ‘alam.

4 Comments leave one →
  1. Muslimin Agung permalink
    July 15, 2009 10:08 am

    Salam Wasilah Ukhuwah Fillah
    “Pendedahan perlu diberikan, cetusan perlu dimulakan.”

    Ada benarnya. Impian yang idealistik tapi tidak mustahil bakal realistik. Tidak semua orang memahami apa yang kita faham. Sebagai da’ie tugas kita amat besar bagi memberikan satu anjakan paradigma dalam budaya ilmu ni. Semoga berjaya syeikh

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    July 15, 2009 11:14 am

    Salam ukhwah, shabat dunia akhiratku..

    Betul tu.. AMiin…

    Moga kita terus diberi kekuatan untuk sampaikan apa yg kita tahu pada masyarakat..

    Bila nak datang labuan, syeikh? rindu kat nta…
    🙂

  3. July 16, 2009 9:09 pm

    salam.. saya setuju dengan cadangan pelaksanaan taadib fikriyah ni cuma satu yang harus difikirkan bersama adalah bagaimana nak pastikan momentum tu kekal dikalangan ahli.. teruskan menulis (^_~)

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    July 17, 2009 8:30 am

    SYukran atas ziarah,ukhti..

    Hehe, itu persoalan yang penting. Asasnya, hanya ahli yang mendapat ma’na tentang kepentingan ilmu dan perkaitannya dengan keadaan umat Islam semasa sahaja yang akan mempunyai visi untuk meneruskan momentum pengislahan intelektual dalam kalangan ahli gerakan..

    Walau apapun ukhti, ia memang memakan masa untuk dibangunkan (lebih suka memakai istilah ‘di-islah-kan’). Proses ta’adib memakan masa. Untuk mewujudkan budaya, ia mesti ada yang mencetus. Cetusan tersebut mesti dirasai ‘kelazatannya’ oleh ahli-ahli. Maknanya, dari yang asalnya seorang, ia perlu dikongsikan bersama dengan ahli-ahli yang lain secara konsisten.

    Sesiapa yang telah menyemai budaya ilmu dalam dirinya, jangan malu-malu kongsikan dengan sahabt-sahabat dan adik2 yang lain. Mereka perlukan pendedahan. Mungkin nampak berat pada mulanya, tapi ia sebenarnya adalah proses pen-ta’adib-an yang perlu dilalui.

    Wallahu alam…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: