Skip to content

Pencuri Yang Licik Dalam Sistem Ekonomi Semasa (Siri 1)

July 9, 2009

Salam Aufklarung,

Sejak beberapa hari ini, saya banyak memberatkan pemikiran saya tentang sistem ekonomi Malaysia yang bersifat Kapitalis-Liberalis. Dalam benak pemikiran saya, soalan-soalan berikut timbul:

– Apa sebab utama ia perlu diubah?

–  Bagaimana dan bermula dari mana ia perlu diubah?

– Siapa yang akan mengubahnya?

Bila bercakap tentang ekonomi, ia sangat luas dan boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Jika diselusuri asal pengkajian tentang ekonmi ini (selain dari worldview Islam), ia bermula dengan teori atau falsafah yang berkaitan dengan moral dan akhlak. Dari sudut pandangan falsafah yang berbeza seperti kapitalisme dan komunisme, ia mula dikembangkan menjadi sebuah sistem ekonomi. Sistem ekonomi yang sedang beroperasi ketika ini wujud hasil daripada cara berfikir yang mempunyai worldview yang sangat berbeza dengan Islam. Satu sistem, terlampau mendewa-dewakan hak milikan individu, sehingga dari sudut aplikasi, ia mengabaikan hak-hak masyarakat (distribution of wealth). Satu lagi sistem, ialah sistem yang terlampau menjaga hak awam sehingga hak milikan peribadi dinafikan. paradigma ‘kesamarataan’ dipandang setiap orang wajar mendapat hak yang sama sehingga menafikan usaha seseorang individu.

Ini berbeza dengan Islam. Aliran falsafah diatas yang melahirkan sistem ekonomi seperti yang kita perhatikan pada hari ini adalah hasil dari perahan otak tanpa pimpinan wahyu. Islam adalah agama yang meraikan milikan individu dan pada masa yang sama, mementingkan pengagihan kekayaan didalam sesebuah  masyarakat. Kerana itu, wujud mekanisma zakat, waqf, sedekah, wasiat, dan faraid. Ini adalah antara penekanan yang dilupakn oleh puak-puak kapitalis.

Ekonomi adalah luas, saya tidak akan bincang secara keseluruhannya di sini. Cuma, saya tertarik dengan perkembangan semasa, berkaitan dengan perkembangan institusi-institusi yang mempopularkan dinar Emas, terutama di Kelantan dan sudah melebarkan sayapnya di kawasan Lembah Klang, oleh Permodalan Kelantan Berhad. Begitu juga dengan YaPEIM (Ar-Rahnu YaPEIM). Baru-baru ini, di dalam harakah bertarikh 5 Julai 2009, dipaparkan idea keperluan mewujudkan Dinar Emas Kedah. Ini satu perkembangan yang baik dalam usaha untuk meranapkan musuh manusia yang sangat halus menjalar dalam kehidupan manusia, iaitu penggunaan riba di dalam wang fiat yang selalu kita gunakan. Untuk mengetahui fatwa semasa tentang wang fiat, boleh ke blog Ustaz Zaharuddin. Walau bagaimanapun, saya percaya, fatwa tersebut bersifat sementara.

Usaha berterusan bagi pejuang dalam bidang sistem ekonomi Islam perlu diteruskan. Untuk mengubah sistem, tidak cukup diperingkat perundangan (meluluskan akta dan sebagainya), tapi ia melibatkan kefahaman masyarakat. Masyarakat perlu difahamkan tentang al-Iqtisad al-Islamiyyah. Proses pentarbiyahan (lebih suka menggunakan perkataan pen-ta’dib-an) mesti berterusan. Tidak ramai yang mengambil serius hal Muamalat menurut Islam. Akibatnya, perkembangan dan pembaikan sistem kewangan Islam dipandang sinis malah adakala sepi. Tidak dinafikan, ada kekurangan sistem kewangan Islam semasa, dari sudut produk-produk kontroversi (Bai’ al-Inah dan Bai’ ad-Dayn), juga dari sudut ketelusan ahli-ahli Majlis pengawasan Syariah yang dipandang serong oleh sesetengah manusia yang tidak cuba mahu memahami situasi semasa, sehingga dinafikan keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk memberi yang terbaik dalam usaha memperkasakan sistem kewangan Islam.

 Racun negatif ini kemudiannya cuba meracuni pemikiran ahli masyarakat yang akhirnya, dibimbangi perkembangan sistem kewangan Islam dibantutkan oleh orang-orang yang jahil yang tidak memahami sunnatullah yang memerlukan usaha berterusan untuk memberi kefahaman dan tarbiyyah kepada ahli masyarakat agar terus menyokong perkembangan kewangan Islam di Malaysia. Kewangan adalah salah satu dari ciri-ciri penting di dalam sistem ekonomi Islam. Sekarang, kita memerlukan lebih ramai pakar di dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam untuk meneruskan kajian bagi menzahirkan al-adlu wal ehsan di dalam sistem kewangan negara. Kesilapan dan kelemahan sekarang perlu diperbaiki oleh pakar-pakar kewangan dan ekonomi islam yang berjiwa Islami.

 Kalau ada ilmu kewangan dan ekonomi Islam di dada, tapi tidak berjiwa Islami, proses tersebut tidak kemana. Yang ada hanya kepuasan diri mengkaji dan terus mengkaji. Tapi yang kita ingin lahirkan ialah intelektual yang mengkaji dan disertai dengan semangat jihad yang tinggi untuk melihat sistem tersebut dapat diimplimentasikan di negara dan dunia seluruhnya. Ia adalah perjuangan atau jihad yang besar. Riba adalah musuh manusia, sekaligus Allah amat melarang hamba-hambanya berurusan dengan riba (interest).

Oleh itu, sebagai muqadimah perkongsian ilmu dalam bidang kewangan islam, saya ingin berkongsi isi buku tentang Dinar Emas yang perlu difahami oleh setiap ahli masyarakat, disamping aspek asas seperti deposit wang yang perlu disimpan dalam bank Islam dan sebagainya. Isu ini mungkin boleh dikongsikan di artikel yang lain.

 theft_of_nations

” The Theft of Nations: Returning To Fold”

“Prologue”

The Gold Dinar is getting some attention from various quarters including the banking sector, the private sector, governments and academics. The situation in the global monetary system seems to have convinced many, of the problems inherent in the present interest-based fiat monetary system; particularly its unjust and unstable nature. In searching for salutions, many have begun to view gold as a viable and promising alternative, which is also seen as an important missing link in the Islamic banking and finance arena. The current global financial system is on the verge of collapse due to the unsustainable nature of the fiat monetary system.

Fiat money has become an excellent tool for speculation, manipulation, rigging, economic dominance and colonization. The history of the muslim world is a clear example of this. In the Malaysia Proposal, the gold dinar is to be initially used for settling bilateral and multilateral trade balance among a group of participating countries. The gold dinar was the currency of the Muslim world until the collapse of the Ottoman caliphate in 1924. Being the single currency of the then Muslim world, the dinar united the Muslim nation as a trade bloc. Trade flourished from Morocco in the West to Malacca in the East. A powerful Muslim rule had then emerged, with Muslim dominance in knowledge, the global economy and politics.

The collapse of Ottoman caliphate was an unfortunate event in Muslim history. In consequence, the Muslim world found itself disintegrated and colonized. Its monetary system based on gold and silver was then replaced by national currencies that were basically fiat money. For the firts time, interest or riba entered triumphantly into the Muslim world thereby succesfully marginalizing the teachings of all the three Abrahamic faiths- Judaism, Christianity and Islam- That strongly condemned the practice of charging interest. With the adoption of paper money and interest, Muslim became incresingly divided and vulnerable; a glorious civilization that was once endowedwith abundance wealth, knowledge and power, was reduced to one pluguewith poverty, high illiteracy, impotence and backwardness, which was subject to wide oppession.

 Even a great civilization like Egypt, with the Nile still as fertile as ever has now been reduced to a perpetualstate of being a “development nation” within this system.Equipped with little international reserves particularly teh US dollar for international trade, many developing nations, including most Muslim nations, are currently a pathetic conditions.

The 1997 East Asian crisis clearly shows how national currencies have become tools for speculation, manipulation and for economic, cultural and political domination. The ringgit was attacked to such an extent that Malaysia was on the verge of total destruction when the government swiftly and boldly nailed down the problem to offshore currency speculation which were simply transfers of ringgit between accounts held in Malaysia banks by means of simple accounting book entries[1]. Speculative transactions are made even easier by teh fact that money today is predominantly nothing but accounting figures in books or computer memory records. Millions and billions can, therefore, be transferred at the stroke of a key on the computer keyboard.

(To be Continue…)

Reference:

[1] The term ‘offshore’ is somewhat misleading since it seems to suggest that transactions take place outside the shores of the nation. Nonetheless, the fact is that speculative transactions take place inside the country with ringgit being transferred between accounts held within the local banks.

Source: The Theft of Nation: Returning To gold, Ahamed Kameel Mydin Meera (2004)

 

P/S: Di bawah adalah perkongsian istilah-istilah atau konsep-konsep yang terdapat dalam kewangan dan perbankan Islam:

Apa itu Bai Al-Inah?

Satu kontrak yang melibatkan urusniaga jual dan beli semula sesuatu aset di antara penjual dan pelanggan. Penjual akan menjual aset tersebut dengan harga tunai dan kemudiannya akan membeli semula dari pelanggan dengan permbayaran tangguh pada harga yang lebih tinggi atau rendah dari harga asal.

Apa itu Bai Ad-Dayn?

 Merujuk kepada pembelian dan penjualan dipapan kedua (secondary market) oleh sijil-sijil hutang, dokumen perdagangan dan yang berkaitan yang selaras dengan kehendak syariah. Hanya dokumen yang mempunyai bukti kukuh mengenai hutang yang benar-benar ada sahaja, daripada transaksi para pedagang(yang dipercayai) yang boleh diperdagangkan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: