Skip to content

Pelajaran Pertama Daripada Syeikh Nursi: “Perkataan Pertama”

July 2, 2009

Salam Aufklarung,

Petang yang sentiasa di dalam pengawasan Allah ini, saya menuntut se-zarah ilmu dari Syekh Badiuzzaman Said Nursi. Dia mengajar saya satu ayat yang amat berharga dan menjadi sumber kekuatan kepada diri saya dan sesiapa sahaja yang membacanya. Kekuatan ini tidak dimiliki oleh orang yang angkuh. Untuk lebih jelas, Syeikh berkongsi satu cerita untuk menjadi hidangan buat para pendengar pada petang ini. Ceritanya begini:

Dalam suatu perjalanan sebuah yang dilalui oleh seorang musafir di satu kawasan gurun di sekitar tanah arab atas nama ketua bagi suatu kaum. Sudah tentu kaum yang dimuliakan. Dengan menggunakan nama ketua kaum yang mulia itu, maka dia sudah pasti akan terselamat ditengah jalan daripada diserang oleh para penyamun atau penjahat yang berniat jahat. Dan sudah tentu barang-barang musafirnya akan selamat daripada ancaman para penyamun. Jika beliau tidak bergerak atas jaminan nama ketua kaum tersebut, iaitu bergerak secara bersendirian, maka berkemungkinan besar dia akan diganggu oleh penyamun tersebut.

Ingin dijadikan cerita, dalam satu perjalanan terdapat dua orang yang musafir di tengah gurun. Seorang dengan perwatakan merendah diri dan seorang lagi dengan perwatakan yang dipenuhi dengan rasa angkuh dan bangga diri. Apabila bertembung dengan penyamun-penyamun tersebut, orang yang rendah diri ini dengan senang hati menjawab bahawa di bermusafir dengan jaminan keselamatan yang diberikan oleh ketua kaum bernama sekian-sekian. Apabila para penyamun tersebut dengar sahaja nama ketua kaum tersebut, terus para penyemun tersebut bersifat meraikan. Rasa hormat kepada tetamu tadi timbul di sanubari para penjahat tersebut sehingga musafir pertama tadi seolah-olah menjadi tetamu besar bagi mereka. Kerana apa? Kerana mereka takut dan amat memuliakan ketua kaum yang disebutkan oleh musafir pertama tadi.

 Berbeza pula dengan musafir kedua. Musafir kedua menjawab dengan angkuh. Tidak perlu menggunakan jaminan yang diberikan oleh ketua kaum tersebut. Akibatnya, musafir kedua menderita akibat perbuatan para penjahat tersebut. Malah dia direndah-rendahkan serta dicemuh-cemuh.

Wahai orang yang angkuh! Kamu adalah musafir dan dunia ini adalah gurun yag disebutkan. Kelemahan dan kemiskinan yang sedang kamu alami dan miliki ini tidak mempunyai hadnya. Pada masa yang sama, musuh-musuh yang bakal kamu hadapi tidak akan habis dan berkurang. Oleh itu, ambil dan sebutlah nama bagi Penguasa yang kekal Abadi yang menguasai gurun tersebut agar kamu selamat dari sifat meminta-minta (kepada kaum yang lemah) dan bersifat dengan sifat ketakutan.

“Tuan syeikh, apa maksud cerita tersebut?” Saya memberanikan diri bertanya.

Hidup sebagai musafir ini, sifatnya memerlukan sesuatu yang boleh melindungi dirinya dari ancaman musuh. Dengan menyebut ‘Dengan Nama Allah’ (Bismillah), ia adalah tanda diri kita bermusafir di dunia ini atas kapasiti kita sebagai pengikut ajaran Allah. Kita yakin dan tidak takut membawa panji kebenaran, Dengan Nama Allah. Kita tidak gusar dengan ancaman musuh kerana kita berada dipihak yang benar, Dengan Nama Allah. Sifat ini mestilah sentiasa memenuhi sanubari setiap insan. Dengan sifat merasai bahawa kita sebagai wakil Allah di muka bumi berlandaskan ajaran Allah sebagai Penguasa Mutlak di Bumi ini, kita akan berani melakukan apa sahaja, tanpa ragu dan gusar.

Keyakinan inilah yang Rasulullah SAW telah tanamkan di dalam diri para sahabat sehingga mereka sanggup mati kerana Allah. Penguasa yang diyakini dan sememangnya memiliki alam fana ini.

Ya, saya belajar sesuatu petang ini. Untuk memulakan sesuatu, maka perlu dengan bismillah. Untuk mengambil sesuatu, maka perlu mulakan dengan bismillah. Untuk member sesuatu, maka perlu memulakan dengan bismillah. Bahkan untuk melakukan apa sahaja, maka mesti dimulakan dengan Bismillah. Penuturan Bismillah dari mulut kita ini adalah tanda bahawa Allah sentiasa di hati kita. Bahawa kita sentiasa sedar dan akur yang Allah memang Penguasa Agung.

Suatu yang perlu saya sedar, alangkah bodohnya saya jika lalai dari mengingati Dia, kerana makhluk-makhluk di sekeliling saya, sentiasa menyebut-nyebut dan memujiNya mengikut cara masing-masing. Jika saya angkuh sedangkan di sekeliling saya sentiasa sahaja memuji Allah, maknanya saya berada dalam lingkungan majlis yang salah. Kelihatan tidak beradab dan penuh dengan kebiadaban dihadapan majlis jemputan Allah SWT.

Jadi bagaimana adabnya bila berada di dalam lingkungan majlis jemputan Allah?

Terima kasih, Tuan Syeikh an-Nursi.

One Comment leave one →
  1. July 2, 2009 8:33 pm

    Salam~

    Maaf lama sudah tidak menjenguk blog saudara Aliff. Semakin mantap nampak🙂

    Tertarik dengan cerita seperti ini. Lebih baik jika dapat menyedarkan mereka yang alpa dengan duniawi, dan yang lupa akan kewujudan-Nya. Semoga Allah memberikan kesedaran kepada kita semua, dan mereka terutamanya.. Ameen..

    Saudara Aliff sekarang sudah tamat pengajian? Saya baru saja tamat bulan Mei lepas. Keputusan peperiksaan pun sudah dikeluarkan. Cuma ‘Degree Classification’ saja yang belum. Mungkin hujung bulan ni. Insha-Allah I will be graduating this October, after Raya. What about u?

    Oh ya, just so u know. Saya sudah tukar blog url ok🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: