Skip to content

Kewangan Islam: Masyarakat Perlu Tahu

July 1, 2009

logo kewangan islam

Salam Aufklarung,

Sudah lama tidak berjumpa dan berbincang dengan serius tentang ekonomi dan kewangan Islam. Malam tadi, alhamdulillah, proses menggerakkan minda untuk menyambungkan neuron-neuron yang menyimpan maklumat ekonomi dan kewangan Islam kembali mengasak. Ilmu-ilmu tentang kewangan Islam, kembali semula bermain di minda dan mula menjadi fokus penting.

Seusai kuliah Maghrib malam tadi, saya berbincang dengan seorang penduduk tempatan tentang isu kewangan Islam. Jam sudah menunjuk angka 9.30 malam. Pesanan Hasli untuk membeli telur, belum saya tunaikan, dek hujan yang masih lebat. Alang-alang menunggu tanpa tujuan, maka saya memanjangkan perbualan dengan pak cik Zamzuri, penduduk tempatan (sebenarnya orang Kedah, tapi sebagai tentera udara  bertugas di labuan).

Dia memang tahu saya mengambil pengkhususan tentang kewangan Islam. Jadi dia tanya saya:

“Apa yang diajar dalam bidang kewangan Islam tu?”

“Hm, ia banyak fokus berkaitan dengan perbandingan antara sistem kewangan Islam dan konvensional yang berteraskan riba’, pak cik.” Spontan tapi menyeluruh.

“Sebagai contoh, dalam sektor perbankan Islam, satu yang harus diketahui, bank-bank Islam bukan bertindak sebagai PEMBERI PINJAM, tetapi bertindak sebagai AHLI PERNIAGAAN.” Saya menambah.

Muka pak cik Zamzuri makin pelik.

Saya terus menambah supaya lebih faham:

“Begini pak cik, orang selalu salah anggap. Bila menggunakan perbankan Islam (tidak semestinya Bank Islam), mereka menggunakan istilah LOAN atau pinjaman. Tapi sebenarnya pak cik, istilah itu hanya valid pada perbankan konvensional berteraskan riba’. Tidak kena mengena dengan sistem kewangan Islam. Istilah dalam perbankan Islam, kita panggil sebagai PEMBIAYAAN. Bukan PINJAMAN.” Pak cik Zamzuri mula mengangguk-angguk.

“Senang cakap, pakcik, perbankan Islam adalah badan perniagaan. Bukan unit yang memberi pinjam. Ini perbezaan utama sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan konvensional.” Tambah saya.

Ini antara isi dialog saya dengan pak cik Zamzuri malam tadi. Isu yang turut saya bangkitkan juga ialah isu wang fiat yang menjadi faktor berlakunya inflasi dan menjadi antara menjadi faktor utama merudumnya sektor ekonomi U.S sehingga membawa kesan kepada sistem ekonomi dunia.

Jadi, bagaimana untuk elak semua ini daripada berlaku? Kembali kepada sistem dinar emas dan dirham perak. Sistem ini diperakui mampu menjadi kalis inflasi dan mampu menyelesaikan masalah ekonomi dunia[1]. Menggantikan sistem wang fiat yang sememangnya merugikan manusia masa kini (sejak dahulu lagi, memang merugikan). Dengan wang fiat, nilai intrinsik wang yang ada di setiap wang kertas yang kita miliki, semakin rendah dari hari ke hari, tanpa kita perasan.

Kalau dahulu, semasa di sekolah rendah, saya ingat lagi, kalau hendak beli air kordial anggur gelas besar, hanya 20sen (1993-1997). Tapi selepas beberapa tahun kemudian, untuk mendapat air dalam kuantiti yang sama, memerlukan 50sen. Naik 30sen untuk kuantiti yang sama. Ini salah satu contoh ringkas kesan inflasi.

Kalau dahulu, waktu darjah satu dan dua, papa berikan saya 50sen untuk belanja waktu rehat. tetapi setiap tahun, wang saku saya meningkat sehingga menjadi rm2 pada darjah enam. Iya, mungkin juga untuk mengajar saya menabung dan pandai menjaga wang simpanan yang dimiliki. Tapi dari sudut ekonomi semasa, nilai wang yang semakin jatuh dari tahun ke tahun baru saya perasan apabila belajar tentang ekonomi. Inilah konsep inflasi untuk difahami secara ringkasnya.

Berbalik kepada Pak cik Zamzuri:

“Lepas ini, bolehlah enta bagi kuliah untuk ekonomi Islam. Bukan apa, ramai yang tak tahu sangat tentang benda-benda gini. Baca memang boleh, tapi bukan faham sangat kalau tak melalui proses belajar dan berbincang.” Pak cik Zamzuri bagi saranan.

“Ish, tak layak saya, pak cik.” saya menolak.

Motivasi Berharga

Walau apapun, peristiwa di atas membuatkan saya terfikir dengan lebih serius untuk kuatkan azam supaya lebih mendalami bidang yang saya ambil. Saya rasa tidak lengkap dengan hanya mempunyai degree sekarang. Saya harap akan datang, saya berpeluang untuk mendalami Islam dengan lebih serius dan menyeimbangkan ia dengan ilmu kewangan kontemporari yang bukan senang untuk ditelaah jika tidak memiliki ilmu asas terjadinya kejahiliyahan dalam bidang ekonomi konvensional.

Perjuangan Islam mempunyai pelbagai demensi yang tidak boleh dikesampingkan. Penekanan aqidah amat penting, dan lanjutan dari itu ialah memberi kefahaman bahawa Islam sebagai cara hidup ialah realiti dan bukan hanya retorik semata-mata.

Salah satu buktinya ialah dalam bidang ekonomi sebagai contoh. Berapa ramai dalam kalangan umat Islam yang masih menyimpan wang mereka di dalam sistem perbankan konvensional?

 Berapa ramai pula yang menyimpan di dalam sistem perbankan Islam?

Proses untuk memperkembangkan modal dalam sektor kewangan Islam memerlukan komitmen semua pihak, terutamanya generasi muda Islam. Bank Negara Malaysia mensasarkan untuk kewangan Islam menguasai pasaran kewangan negara sebanyak 20%. Ketika 2007, telah berkembang kepada 15%[2].

Satu perkara yang perlu diingat, sistem perbankan hanyanya salah satu dari sistem ekonomi Islam yang amat luas. Takaful adalah salah satu darinya. Begitu juga dengan perniagaan.

Skop ekonomi islam amat luas dan memerlukan tenaga penggeraknya.

Jadi, jangan buang masa, cuba cek wallet masing-masing, kad bank apa yang ada di dalamnya. Jika selain perbankan Islam, moga dapat tukar sesegera mungkin. Ancaman perang dari Allah keatas hambaNya yang mengamalkan riba’ amat keras. Moga kita dijauhkan dari murkanya.

Sekadar perkongsian.

Rujukan:

[1] Rais Omar Ibrahim Vadillo (2002), The Return of The Islamic Gold Dinar. Penerbitan Murabitun Nusantara. Kuala Lumpur.

[2] http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=296693

One Comment leave one →
  1. naufarhikmah permalink
    July 4, 2009 2:46 pm

    alhamdulillah…ade info perbankan cara Islam disini..
    syukran2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: