Skip to content

Cadangan Membasmi Penularan Virus Influenza A(H1N1)

June 29, 2009
tags:

Influenza_virus_particle_color

 

Salam Aufklarung,

Setiap hari, kes Influenza A(H1N1) semakin meningkat. Langkah yang ada lebih kepada langkah untuk menjaga diri daripada dijangkiti wabak influenza yang sedang tersebar di dalam masyarakat. Adalah lebih baik, langkah yang diambil lebih bersifat benar-benar ingin membasmi. Iaitu dengan melarang pelancong asing atau orang tempatan daripada masuk ke Malaysia, sama ada melalui penerbangan atau jalan laut.

Sepenting mana sekalipun urusan mereka yang hendak masuk ke Malaysia, mereka mestilah dilarang daripada masuk ke Malaysia atas sebab yang lebih penting dari urusan mereka. Baik dalam urusan perniagaan, percutian, persekolahan dan sebagainya. Apabila sudah berada di luar negara sejak menularnya virus ini, dinasihatkan jangan pulang ke tanah air untuk satu tempoh. Begitu juga kepada warga Malaysia, dinasihatkan dan dikuatkuasakan supaya tidak pergi ke negara-negara yang terlibat dengan penularan virus influenza ini.

Apabila berlaku masalah ini, ia akan berkait dengan soal ekonomi negara yang menjadikan sektor pelancongan sebagai antara yang menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, ia juga melibatkan ahli-ahli perniagaan yang selalu ke luar negara untuk menyelesaikan urusan perniagaan mereka.

Oleh itu, disarankan supaya pihak kerajaan dan agensi-agensi berwajib termasuk NGO-NGO agar menjalankan kajian untuk memeperkasakan hasil ekonomi dalam tempoh masa tertentu sepanjang tempoh menularnya virus ini. Kajian yang dicadangkan mestilah meliputi:

1) Mekanisma khas untuk menampung kurangan hasil ekonomi akibat pengurangan pelancong luar negara apabila langkah kerajaan untuk menutup pintu masuk dari jalan udara untuk satu tempoh dan melibatkan orang awam (tanpa tugas penting yang melibatkan keselamatan dan kepentingan negara, sebagai contoh). Ini bermakna pengurangan pergantungan terhadap sektor pelancongan mesti dijana dengan memperkasakan sektor ekonomi yang lain.

2) Kesan masa hadapan sekiranya langkah tersebut dilakukan. Ini meliputi hipotesis bahawa proses memberhentikan penularan wabak adalah lebih penting kepada negara demi menjaga kesihatan dan nyawa rakyat berbanding untuk mengutamakn sektor-sektor ekonomi yang berkaitan. Sektor-sektor baru mesti diteroka bagi menyiapkan diri menghadapi wabak yang mungkin lebih kompleks pada masa akan datang.

Idea ini untuk diteliti bersama. Jika wajar, maka perlu disusuli dengan perbincangan yang serius dan ikhlas untuk menghadapi cabaran mendatang. Wabak dan segala penyakit yang semakin kompleks ini datangnya dari Allah sebagai peringatan. Manusia yang ‘memanggil’ penyakit-penyakit ini hadir bersama kehidupan manusia. Jika sekarang sudah surut, tidak mustahil akan datang akan lebih berbahaya kesannya pada kesihatan rakyat.

Semoga kita diampunkan dosa dan dipermudahkan urusan untuk menjaga maslahah ummah melalui perancangan yang terbaik, petunjuk dari Allah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: