Skip to content

Ziarah ke Kota Kinabalu: Jumpa Zayd Harithah ke-II

June 15, 2009

Salam Aufklarung,

Saya dan Farid baru sampai dari Kota Kinabalu. Melawat sahabat kami, Johan. Alhamdulillah, sampai juga hajat untuk ke Kota Kinabalu. Sudah lama merancang, tapi tidak berkesempatan sebelum ini. Tarikh yang dipilih tidak boleh ditunda lagi kerana minggu seterusnya, akan ada aktiviti menyusul sehinggalah saya akan berangkat ke semenanjung pada 25 Julai nanti.

Seusai habis kerja sekitar jam 1.00 petang, saya terus ke Jeti feri untuk membeli tiket. Mula-mula menilau juga mencari kaunter,rupa-rupanya kaunter sudah bertukar ke tempat yang agak jauh sedikit dari tempat asal. Maklumlah, sudah lama tidak keluar dari Labuan yang indah ni.

Kami sampai ke Kota Kinabalu sekitar jam 6.15 petang dan dijemput oleh Bob dan Nuek. Dua orang sahabat yang sedang buat praktikal di KK. Kami ke rumah sahabat terlebih dahulu sebelum ke rumah Johan. Selepas maghrib, barulah kami bergerak ke rumah Johan, di Inanam.

Sebelum ke rumah Jo, memang saya target nak dukung anak jo tu. Kalau tidak, memang tidak akan balik. Dan alhamdulillah, baby baru bangun tidur. Dapatlah merasa pegang baby kecil. Ini pertama kali saya pegang baby kecil. Sebelum ini tidak pernah langsung.

Kelakarnya waktu pegang baby. Macam kekok. Tapi saya tengok Jo pegang, okey je. Memang abi betul la Jo ni.

Bila lihat baby Jo, Zayd Harithah namanya, saya terfikir cabaran yang bakal dilalui oleh Zayd dan sahabat-sahabat yang lahir sama umur dengannya. Bagaimana nasib pendidikan mereka nanti? Apa environment yang bakal dihadapi oleh Zayd nanti?

Dalam situasi semasa yang dahagakan para pemimpin muda yang bersikap homo islamicus (istilah oleh Faisal Tehrani), memang satu cabaran buat anak muda sekarang memperkasakan kemahiran kepimpinan. Kepimpinan yang memiliki pandangan sarwa Islam yang jelas. Kepimpinan yang juga punya ilmu yang benar.

Anak-anak kecil pada masa kini akan mengisi kekosongan remaja-remaja pada masa akan datang, bagaimana rupa mereka nanti? Bagaimana suasana tumbesaran mereka nanti? Memang pendidikan amat penting untuk difikirkan dari sekarang buat anak-anak kecil. Dan saya yakin Johan ada memikirkan pendidikan buat Zayd yang tercinta.

Buat para blogger, termasuk saya, moga kita bersedia untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Yang penuh cabaran dan berbeza dengan suasana sejak beberapa dekad yang lepas.

Sedikit perkongsian gambar buat sahabat-sahabat untuk rehatkan minda:

06-13-09-Zayd Harithah

Bakal Mujahid Islam Terunggul (Zayd Harithah ke-2)

06-13-09-bakal abi, insyaallah

Bakal Abi Mithali. Hehe (pegang pun takut-takut)

06-13-09-Zayd senyum

Subhanallah… Senyuman ahli syurga…

06-13-09-Zayd Tidur

Dah tidur….

06-13-09-zayd dah jaga

Dah terjaga…

 

P/S: Minda yang sedang bercelaru disarankan melihat wajah baby yang suci dari dosa. Moga dapat mengurangkan kekusutan di minda..

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: