Skip to content

Kemahiran Wajib Bagi Setiap Da’ie Masa Kini

June 9, 2009

Salam Aufklarung,

Malam tadi, sebelum makan malam, sahabat saya, Adzmin, menayangkan video ringkas tentang keratan siaran Hujah, Tv9, antara Ezam dan Prof Agus (kalau tidak silap saya) yang sepatutnya didatangi oleh YB Husam Musa dan Zahid Hamidi. Bila saya teliti rakaman tersebut sekitar 9 minit, tiba-tiba muncul perasaan risau di hati saya.

Saya risau jika pada masa akan datang, para penggerak Islam akan berhadapan dengan orang yang pandai berdebat, tetapi penggerak Islam tidak mampu berdebat dengan baik, walaupun mereka di pihak yang benar.

Saya risau mengenangkan adik-adik gerakan Islam di Kampus, andai kata mereka tidak betul-betul dilatih supaya menjadi seorang yang berilmu dan mampu berhujah dengan baik serta ilmiah, bagaimana mereka akan berhadapan dengan musuh-musuh Allah yang hebat tutur katanya dan pandai putar belitnya. Jika penggerak Islam tiada skill untuk berdebat demi mempertahankan Islam, ia mampu menjadi petunjuk bahawa umat Islam masih lemah dan usaha mereka (para musuh Islam) masih terus releven untuk menghancurkan Islam dari pelbagai sudut.

Pagi ini, antara berita yang menarik untuk dihayati oleh penggerak-penggerak Islam sekalian, ialah isu Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Shah Alam berkenaan dengan gesaan pengharaman Sisters In Islam.

Isu ini mengundang kontroversi dalam kalangan parti komponen PR yang lain seperti PKR dan DAP. Juru cakap masing-masing melahirkan rasa tidak bersetuju dengan usul yang telah diluluskan di dalam muktamar PAS Pusat tempoh hari.

Dalam kenyataan di HarakahDaily ada menyebut:

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.

dalam artikel yang sama, jurucakap SIS, Norhayati menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang keputusan usul tersebut dan mendakwa bahawa PAS adalah sebuah parti yang autokratik dan hipokrit. Memang mantap betul kenyataan dia. Itu kenyataan yang boleh dibahaskan dan diberikan jawapannya. Sudah tentu ada jawapannya. Tapi saya tidak ingin menjawabnya di sini.

Begitu juga dengan kenyataan dari PKR dan DAP. Kalian boleh klik di bawah:

Kenyataan DAP

Kenyataan PKR

Baca di atas terlebih dahulu, kemudian boleh teruskan baca di bawah.

Bila saya baca artikel-artikel di atas, ada benda yang tidak kena dan perlu diselesaikan secara baik. Saya faham, pengharaman tersebut ialah sebagai tanggungjawab untuk menjaga aqidah umat Islam daripada dihancurkan oleh para intelektual yang buta hati, tetapi adakah itu sahaja caranya? Semudah ia dikaji dan kemudian ia diharamkan?Sedangkan pada masa yang sama, rakyat sudah dilalikan dengan semanagat demokrasi yang meraikan kebebasan bersuara.

Sudah tentu ini mewujudkan polimik yang bersifat negatif dalam kalangan rakan-rakan PR yang lain yang tidak faham mengapa pengharaman tersebut dipersetujui tanpa bahas.

Untuk berhadapan dengan cabaran semasa, yang menuntut para ulama’ kehadapan memberi hujah-hujah yang konkrit serta rasional(dalam pandangan al-Quran dan Sunnah, buakn pada pandangan rasionalisme dan yang seangkatan dengan nya) sesuatu hukum itu dibuat, saya mencadangkan agar sesi penerangan secara terbuka dibuat oleh para ulama’ dan cendekiawan Islam berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh isu SIS ini yang dikatakan sebagai gerakan yang membawa gagasan Islam Liberal. Sejauh mana kebenaran perkara ini? Adakah ia hanya persepsi atau sememangnya ia memang benar-benar sesat seperti yang selalu diwar-warkan. Saya teringin hendak melihat kenyataan yang live dari sudut pandang SIS. Tapi masih belum berkesempatan.

Dicadangkan agar para ulama’ dan cendekiawan Islam mengadakan satu sesi dialog atau debat untuk menjernihkan hal ini sehingga benar-benar jelas bahawa SIS ini benar-benar sesat berdasarkan dalil-dalil yang konkrit yang boleh membuatkan golongan SIS ini mati hujah. Sesi dialog atau debat ini mestilah dilakukan secara terbuka dan lebih baik secara LIVE.

Ia memang mencabar tetapi di sinilah akan terserlah kebenaran Islam jika ia dapat diperdebatkan dengan penuh ilmiah dan jelas.

Pada masa kini, tidak cukup hanya dengan keluarnya fatwa dan berlaku pengharaman sesuatu perkara, bahkan ia sebaiknya dapat dinyatakan dengan jelas tentang faktor pengharaman atau apa-apa sahaja keputusan fatwa yang dikeluarkan terhadap sesuatu isu tersebut.

Siaran ULAMA’: LIVE ON STAGE  (nama cadangan) harus diberikan kepada para ulama’ untuk membuat kenyataan rasmi dan disertai dengan dalil-dalil yang jelas supaya masyarakat akan mendapat info yang benar.

Tetapi apa yang berlaku, Bicara mufti sebagi contoh, dibuat di awal pagi dan sangat membosankan cara pendekatan yang digunakan. Ini adalah luahan dari saya yang amat minat untuk dalami Islam. Saya terfikir, bagaimana pula dengan rakan-rakan yang tidak seperti saya. Sampai ke mesej para Mufti atau jika tidak, apa post-mortem yang dilakukan supaya ia menjadi lebih releven dengan keadaan semasa? Maaf, ini apa yang saya lihat dan rasa.

Itu tentang isu gesaan pengharaman SIS dan Ulama’ yang saya amat kasihi.

Bagaimana pula dengan isu kampus? Sudah sampai masanya gerakan Islam kampus melatih para penggerak muda Islam supaya mereka mampu berhujah secara ilmiah untuk mempertahankan Islam yang mereka bawa.

Ini perkara serius kerana mahasiswa atau anak muda sekarang bakal menjadi pejuang Islam pelapis dalam jangka masa 10 tahun dari sekarang.

Sangat serius dan perlu perhatian semua pihak.

P/S: Saya pun tengah belajar-belajar juga. Risau bila diri tidak pandai berhujah dengan baik. Macam mana hendak berhadapan dengan musuh Islam? Hanya diri yang boleh respon kepada persoalan tersebut. Lagi satu, saya tidak bercakap tentang hal politik semata-mata, tapi ia sebagai contoh untuk menunjukkan bahawa umat Islam seluruhnya harus memainkan peranan dalam hal menjaga dan memelihara Islam tercinta.

 

 

6 Comments leave one →
  1. June 9, 2009 2:45 pm

    Benar, para daie perlu melengkapkan diri dan bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat keliling. Terutama bagi penggerak-penggerak Islam.

    Bagi mereka yang faham pula, ajarilah dan didiklah anak-anak muda dengan pengertian yang sebenar-benarnya. Jadilah seorang guru/ murabbi yang mendidik bukan setakat mengajar.

    Bagi yang tidak faham, kurang faham… kefahaman itu ada “di mana-mana”. Korek dan galilah lubuk ilmu sementara diri masih “sempurna”…

    Cabaran ilmu dan pengetahuan semakin hari semakin mencabar.

    p/s: InsyaAllah..selepas mengikuti Baitul Qura’, ana yakin adik-adik mampu mencetus beberapa perubahan dan pendekatan terutama bab ilmu dan amalan.

    Cabaran 1 Malaysia.. mampukah kita menguasainya..?

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    June 10, 2009 8:09 am

    AMin!
    Itu harapan an ajuga, syeikh…
    Tentang 1 Malaysia, kita mampu bila kita bersedia.
    Jadi, bersediakah kita?🙂

  3. June 12, 2009 4:08 pm

    salam…

    benar tuan, mampukah kita sebagai mahasiswa/wi untuk tangani bencana mendatang..kebanyakannya masih leka di sana siniu..

    tapi ada juga yang sudah sedar tapi ego menguasai diri lalu terjatuh dlm kancah cinta dunia..bagi saya, sufism ada jawapannya tapi cara mana yang harus di ambil..

    baiklah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ………………………………..

  4. June 12, 2009 10:47 pm

    salam.. ya saya setuju 360 darjah (^_~)

  5. June 13, 2009 3:22 am

    teruskan menulis akhi. pandangan anda seperti kotak pemikiran saya. justeru saya akan link kepada akhi

  6. Aliff Bin Basri permalink*
    June 13, 2009 8:36 am

    Buat Hasell: Terima kasih atas ziarah dan komen. Insyaallah, saya akan melawat.🙂

    Buat mukmin: SYukran atas ziarah… Apa la yang setujunya…Tapi jika ada idea lain, moga sudi kongsi ya..🙂

    Buat Ust Syaari: SYukran atas ziarah, ustaz. Sekadar perkongsian, ustaz. Mohon tunjuk ajar ya. Dan teruskan usaha ustaz mentarbiyyah anak muda Islam. Ana sentiasa sokong.🙂 Syukran..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: