Skip to content

Kunjungan & Penyerahan Sumbangan Untuk Mangsa Kebakaran Kg. Muslim

June 8, 2009

Oleh: Aliff Basri

Pada Sabtu lalu, 6 Jun 2009, Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Labuan telah mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan berbentuk tunai kepada mangsa kebakaran Kampung Muslim yang berlaku pada 14 Mei yang lalu. Saya bersama saudara Farid, sebagai wakil PSS-L telah berkunjung ke tapak penempatan sementara para penduduk kampung, iaitu di Kompleks Sukan Labuan.

Suasana sekitar jam 12.00 tengah hari agak panas tetapi tidak sesibuk seperti pada minggu pertama selepas kejadian kebakaran dalam beberapa minggu lalu. Penulis dan saudara farid terus menuju ke satu kaunter di luar ruang legar stadium badminton yang menempat para penduduk kampung. Cadangan asalnya, mahu menyerahkan sumbangan pada kaunter berkenaan, tetapi bila dirisik, ia adalah kaunter MKA atau Majlis Keselamatan Awam dan bukannya kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM). Tetapi sementara peluang yang ada, kami mengambil masa bersembang dengan kakak-kakak dan abang di kaunter berkenaan.

farid dengan MKA

Dari maklumat yang diperolehi, para penduduk kampung yang berada dipetempatan sementara itu ada lebih kurang sekitar 2,000 orang, iaitu bersamaan dengan sekitar 300 buah keluarga. Menurut petugas MKA tersebut, para penduduk kampung akan berpindah ke kuaters TLDM di Kiamsam pada 12 Jun ini. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada persediaan yang sedang dilakukan di sana. Ketika kunjungan kami ke Kompleks Sukan tersebut, sebahagian penduduk sedang membuat gotong royong di tempat kediaman baru yang bakal mereka duduki.

suasana khemah memasak

Sejurus selepas itu, kami menuju ke khemah tempat para petugas JKM bertugas. Dalam khemah yang sama, kelihatan para penduduk wanita sedang sibuk menyiapkan makanan. Dan sebahagian daripada mereka sedang menyusun makanan yang telah siap ke dalam kenderaan 4×4 untuk dihantar ke Kiamsam buat para petugas di sana.

makanan di bawa ke dalam 4x4

Selepas itu,  kami bertemu dengan petugas JKM untuk menyerahkan sumbangan. Tetapi, petugas bahagian penerimaan sumbangan tiada di situ dan kami dikehendaki ke Pejabat JKM, Tingkat 3, Ujana Kewangan, kerana petugas yang berkaitan sedang berada di pejabat.

penyerahan sumbangan

Perjalanan kami diteruskan ke Kompleks Ujana Kewangan untuk ke pejabat JKM. Dan di sana, kami dapat berjumpa dengan En. Rafaie untuk menyerahkan sumbangan tersebut.

Selepas penyerahan sumbangan, kami bercadang mahu ke Kiamsam untuk melihat keadaan penempatan baru di sana, tetapi disebabkan keterbatasan masa dan mempunyai urusan lain, kami terpaksa menangguhkan perjalanan kami untuk ke Kiamsam.

Semoga pada hari yang akan datang, akan lebih ramai lagi ahli rombongan akan turut serta di dalam sebarang lawatan yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Dan semoga segala komitmen yang ditunjukkan oleh setiap petugas untuk membantu mangsa kebaran akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Sekian.

5 Comments leave one →
  1. June 9, 2009 1:53 pm

    Bestnye..gunakan peluang yg ada sebaik mungkin. Sekarang ni bila peluang tu da tiada rasa kehilangan yg teramat sgt. Mga PSSL kan terus subur..Jaga PSSL baik2..

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    June 10, 2009 8:07 am

    InsyaALlah…
    Syukran,ukhti..
    Jangan lupa, teruskan perjuangan di Bumi Perak ya..
    🙂

  3. June 10, 2009 8:57 am

    Ya..nur_special…

    kembalikan semula pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

  4. June 10, 2009 9:47 am

    Haha…

    Betul…Betul..🙂

  5. June 10, 2009 9:51 am

    insyaAllah anak bualn..lagi baik kalau ramai2 yg dapat tinggal di perak & bsama2 bantu kembalikan pakatan di perak..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: