Skip to content

Usrah Ibarat Majalah Kesukaan?

June 5, 2009

Salam Aufklarung,

Mauduk usrah tidak cukup untuk menarik hati para mad’u. Ia juga mesti digandingkan dengan jiwa para nuqaba’nya. Jiwa yang dipenuhi kasih-sayang, kesungguhan faham Islam yang syumul dan keikhlasan untuk mentarbiyyah. Keimanan dan ketaqwaan yang mendalam adalah lahir daripada usaha yang bersungguh-sungguh dari dalam diri para daie dalam usaha bermujahadah.

Pejuang muda Islam kini memerlukan tarbiyyah yang berterusan dari para Murobbi. Tidak guna perjuangan dalam gerakan Islam tanpa tarbiyyah yang kukuh dan tersusun.

Bak kata salah seorang Murobbi saya:

“Tarbiyyah ini umpama cerucuk yang perlu ditanam dalam-dalam di dalam sebuah tapak projek bangunan tinggi. Kemudiannya barulah di atasnya didirikan bangunan. Bila cerucuknya dalam dan teguh, maka insyaAllah, bangunan di atasnya akan kukuh sampai bila-bila, InsyaAllah.”

Iya, usrah adalah antara wadah tarbiyyah (cerucuk) yang dimaksudkan. Memang kena muhasabah bagi setiap para pejuang Islam, dari yang muda sampai ke tua, bagaimana perjalanan usrah kita?

Adakah sekadar ada sahaja, atau setiap kali usrah, kita mendapat sesuatu yang baru, disamping pembinaan ukhwah makin kukuh, pemikiran makin terarah dan semangat jihad yang terpimpin makin bergelora serta terus marak bak api yang dijirus petrol.

Usrah ibarat stesen minyak. Kita akan isi minyak bila minyak hampir habis. Usrah ibarat makanan dan bacaan majalah kesukaan kita. Kita akan sentiasa terkenang, bila waktu makan seterusnya dan bila waktu keluaran majalah seterusnya. Inilah perasan yang harus ada bagi jiwa seorang daie, seorang pejuang agama Allah. Sifat tidak sabar-sabar untuk bertemu di dalam liqa’ yang akan datang patut menjadi budaya dalam diri seorang daie.

Itu tentang usrah. Sudah sampai masanya ahli gerakan Islam yang lahir dari tarbiyyah kampus, mengorak langkah untuk membentuk usrah walau dimana kita berada. Mad’u perlu dicari dan dilatih, untuk survival perjuangan Islam akan datang. Di luar sana masih ramai yang memerlukan para Murobbi. Mereka tidak cakap kerana mereka sendiri malu serta tidak tahu bahawa mereka memerlukan Murobbi. Tapi kita yang kena dekati mereka. Kalau Ustaz dan Ustazah (bukan semua, tapi yang berkaitan) tidak mahu memainkan peranan atau memulakannya, maka kita yang tidak mengambil pengkhususan dalam bidang agama, harus ambil inisiatif ini. Semoga para ustaz dan ustazah dapat guide kami berdasarkan ilmu yang dimiliki. Ini harapan saya pada ahli gerakan Islam yang mendapat tarbiyyah dari kampus dan juga harapan saya buat para ustaz dan ustazah yang amat disayangi kerana Allah.

Seperti kata ust Dzul dalam blog beliau, saya juga berharap dengan Ketua Pemuda Pas Pusat yang baru, pentarbiyyahan di setiap peringkat dapat diperkasakan. Usrah disetiap cawangan dapat dipantau dan menjadi semakin terarah. Saya tenang dan yakin dengan setiap kepimpinan Jemaah Pas yang baru. Mereka adalah harapan ummah dalam gerakan dakwah melalui setiap cabang kehidupan, selain daripada JIM, ABIM, ISMA dan yang lain-lain yang berjuang untuk Islam mengikut kefahaman dan metod masing-masing.

Budaya Ilmu dalam gerakan Islam perlu disemai. Saya percaya, usrah tetap releven jika ia diaplikasikan dengan betul. Jika tidak, ia ibarat perjumpaan dikedai kopi yang tidak langsung memberi manfaat dan pertambahan iman, apatah lagi sebagai wadah untuk membina fikrah Islamiyyah dan melahirkan generasi-generasi pejuang Islam yang hebat dalam bidang masing-masing (baca: artikel Pres. GAMIS). Yang dapat hanya dosa mengumpat dan menuduh tanpa fakta yang sahih.

Muhasabah buat diriku, yang mengaku sebagai daie Ilallah.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: