Skip to content

Destinasi Seterusnya: Dekad Alam Berumah Tangga

June 3, 2009

Salam Aufklarung,

Kisah 1

Tahniah buat sahabatku, Johan.

Dah jadi walid dah.

Ahad lepas saya terima mesej lebih kurang jam 10.30 malam dari Johan. Zaujahnya selamat melahirkan anak jam 7.59 malam pada Ahad lepas (kalau tidak silap la). Tak sangka dah jadi bapa orang si Johan ni.

Itu kisah Johan.

Kisah 2

Sabtu lepas, seorang sahabiah (satu batch) selamat diijab kabulkan dengan lelaki idaman di Terengganu. Dah jadi isteri orang dah…

Kisah 3

Melalui Frendster pula, saya dijemput ke majlis walimatul urus di Kedah. Rumah seorang sahabiah ketika di Matrikulasi Perlis 4 tahun lepas. Tapi sayangnya, saya tidak dapat hadir untuk kedua-dua majlis tersebut kerana saya masih lagi di Labuan.

Kisah 4

Dalam bulan lepas juga, saya terima mesej yang mengatakan Mizi, sahabat saya di Matrikulasi Perlis, sudah jadi bapa. Alhamdulillah…

Siapa lagi ye… Kalau ingat lagi, akan saya nyatakan, Insya-Allah..

Sedar tidak sedar, saya sedang berada dalam lingkungan ‘dekad mendirikan rumah tangga’. Ini lumrah dalam hidup insan. Sampai masa, akan mempunyai pendamping hidup masing-masing.

Kepada yang sudah berumah tangga, semoga kekal hingga ke Syurga Allah swt. Perkahwinan adalah suatu amanah daripada Allah yang sangat besar untuk dijaga dan dicermati. Jadilah pasangan yang soleh solehah.

Kepada bakal umi dan abi atau yang telah menjadi umi dan abi, tahniah diucapkan. Saya dapat rasa kegembiraan kalian menyambut anak pertama (atau kedua dan seterusnya) kalian, walaupun saya belum mengalaminya sendiri. Jaga betul-betul amanah Allah swt pada kalian. Faktor pendidikan anak-anak adalah salah satu faktor penting yang perlu diberi perhatian khusus dalam dunia perkahwinan. Ia perlu dirancang sebaik mungkin agar anak-anak amanah Allah ini dapat menjadi seorang anak yang soleh solehah dan juga sebagai seorang mujahid-din.

Kadang-kadang tercabar juga bila tengok dan dengar berita sahabat-sahabat yang sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak, tapi saya ada perancangan hidup saya yang tersendiri. Ada benda yang saya perlu capai sedikit masa lagi sebelum melangsungkan perkahwinan. Cadangnya dalam 2 tahun ini. Hahaha… Ini perancangan manusia. Walau apapun, ada jodoh, tidak ke mana.

Baki masa bujang yang ada ini, mujahadatun-nafs amat diperlukan. Untuk membersihkan hati yang penuh noda dosa dan membuang sisa-sisa mazmumah dihati. Perkahwinan bukan isu kecil dan ia memerlukan persediaan rohani dan jasmani dan intelek. Ia adalah ibadat yang besar nilainya. Moga dengan tempoh ‘peneutralan’ jiwa ini, saya akan dapat mengembalikan diri kepada fitrah insani, yang membawa diri untuk benar-benar memahami dan menghayati hidup sebagai hamba Allah, hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah dan hidup sebagai aktivis dakwah sepenuh masa.

Oh, hidup memang satu perjuangan yang amat mencabar…

Alhamdulillah.. Ada tujuan aku diberi peluang oleh Allah untuk hidup di muka bumi ini. Aku akan terus mencari hakikat penciptaan diri aku..

P/S: Haha, ni namanya luahan hati. Apapun, fahami artikel sempoi ini dengan sebaik mungkin. Moga ia bermanfaat dan bukan sekadar artikel sempoi.

 

6 Comments leave one →
  1. June 3, 2009 10:45 am

    smoga berbahagia. hee !
    btw, trima kasih sbb advice .
    thank u very much🙂

  2. June 3, 2009 2:15 pm

    Eh, abg belum lagi la..
    Walau apa pun, teruskan berdakwah melalui penulisan…

    Jangan sia-siakan anugerah kesedaran menulis yang diberikan oleh ALlah swt…🙂

  3. June 3, 2009 2:50 pm

    yer la. i know. just wishing you smoga berbahagia. means akan datang la tue. =)
    ohh ok ! insya Allah. =)

  4. June 11, 2009 9:30 am

    =D> tahniah..tahniah

  5. Aliff Bin Basri permalink*
    June 13, 2009 8:28 am

    Apanye yang tahniah tu..

    Moga sentiasa dalam redha Allah..
    Teruskan perjuangan ya..🙂

  6. June 14, 2009 6:40 pm

    tahniah in advance…
    nanti jgn lupe jemput ye…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: