Skip to content

Mimpi Yang Bermanfaat: Peluang Kedua

June 2, 2009

Iya..

Bukan senang untuk masuk syurga Allah. Ini hakikat yang perlu disedari. Terutamanya diri penulis.

Beberapa hari lepas, saya mendapat satu mimpi yang aneh. Pada mulanya saya beranggapan hanya sekadar mimpi biasa, tapi bila saya cuma fahami apa petandanya, alhamdulillah, saya dapat memahaminya.

Saya bermimpi yang saya mahu balik ke Semenanjung. Jadi, bila hendak beli tiket kapal terbang, tiketnya habis. Kecewa juga. Tapi yang peliknya, saya tetap diberi peluang untuk naik kapal terbang tanpa tiket. Alhamdulillah.

Selepas letak beg di dalam kapal terbang, saya bercadang mahu ke luar sebentar dan masuk ke kapal terbang lain. Tiba-tiba, saya tidak sedar yang kapal terbang saya sudah meninggalkan saya. Beg saya berada dalam kapal terbang tersebut manakala saya tertinggal di Labuan.

Saya jadi buntu dalam kapal terbang lain yang saya masuk. Saya tidak tahu apa hendak buat. Barang-barang saya semua di dalam kapal terbang yang baru sahaja berlepas.

Sedihnya….

Apa tafsirannya?

Saya tidak tahu sama ada ia mimpi yang haq atau mainan tidur. Saya tidak arif dalam bab mentafsir mimpi ini. Tapi bila saya renung-renungkan, ada benda yang pada saya Allah hendak mengajar saya.

Dalam satu-satu keadaan, kita amat menginginkan sesuatu peluang tersebut, tetapi peluang tersebut sangat mustahil untuk kita perolehi. Akan tetapi, disebabkan sifat pemurahnya Allah swt, Dia permudahkan kita mendapat peluang tersebut.

Tetapi, sayangnya, bila kita tidak menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin, mengambil ringan peluang yang diberikan, tidak mustahil Allah akan menarik semula peluang tersebut tanpa isyarat!

Benda begini selalu berlaku dalam kehidupan kita tanpa sedar. Benda yang didepan mata sudah ada, kita berusaha mendapatkan yang dibelakang mata. Benda yang sudah pasti sudah ada, kita mencari yang belum pasti. Kenapa benda begini berlaku?

Ia berlaku bila hati penuh engan noda dosa dan maksiat. Akibatnya, iman dihati sukar menerima nasihat. Jika terima sekalipun, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bila para ustaz bercakap tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka, kedasyatan hari kiamat, umpama tiada apa yang perlu ditakutkan. Kerana ia tiada di depan mata.

Padahal, bagi hati yang suci dan sentiasa dahagakan keampunan serta keredhaan Allah, akan sedaya upaya merenung nasib diri yang belum pasti, sama ada ke syurga atau ke neraka.

Perit hati bila berbuat dosa hanya dimiliki oleh hamba-hambaNya yang dahagakan belaian kasih sayangNya. Ia tidak akan dirasai oleh hamba-hambanya yang masih berniat untuk mengulanginya.

Sama-sama hargai iman dan Islam yang dimiliki. Kita tidak tahu sama ada kita akan mati dalam Islam dan iman atau tidak. Jadi janganlah mudah berpuas hati dengan amalan semasa. Hargai betul-betul nikmat diri yang sentiasa berada di dalam dunia tarbiyyah. Jangan rasa cukup dengan proses tarbiyyah yang telah dilalui dahulu. Bahkan, wujudkan ia selalu.

Sedikit Perkongsian..

Semenjak saya melalui tempoh praktikal, ia adalah tempoh penyesuaian yang sangat mencabar dan berada dalam suasana yang jauh berbeza dengan suasana dikampus. Kalau dulu, setiap malam ada meeting atau gerak kerja Islam. Tapi sekarang, dengan bilangan penggerak yang tidak seberapa dan masa senggang banyak (waktu malam), kalau tidak pandai menggunakannya dan dioptimumkan sebaik mungkin, ia memang merugikan. 

Ada benda yang Dia hendak ajar dalam hal ini…

Moga hari ini kita dipandang oleh Allah dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang.

Selamat beramal ibadat dan berjuang fi Sabilillah…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: