Skip to content

Apabila Masyarakat Hilang Thiqah Kepada…

May 29, 2009

Kenapa thiqah hilang…?

Bila orang berilmu kelihatan tidak telus dalam sesuatu isu,

Penyampaian umpama ala kadar,

Kurang ilmiah,

Walau mereka berjawatan tertinggi dalam institusi agama sekalipun,

Semakin mengeluarkan kenyataan, semakin menimbulkan banyak ambiguiti,

 

Kenapa thiqah hilang…?

Bila ustaz ustazah tiada sifat MUROBBI,

Bila ramai  pemuda mengharapkan perhatian murobbi, tapi tidak dihargai,

Tidak dipandang serius,

Bila hilang sifat kasih sayang dalam diri ustaz ustazah,

Bila hilang semangat jihad dalam diri ustaz ustazah,

Bila mengajar hanya untuk dapat gaji.(Dakwah bil fulus)

Bila ada sasaran dakwah, tapi tidak dimanfaatkan untuk dididik,

Supaya mereka sanggup berani MATI SYAHID!

 

P/S: Maaf Ustaz-ustazah… Ini sekadar luahan yang ada. Betapa kecewanya bila orang berotoriti dalam bidang ilmu, tapi tidak betul-betul menyampaikan ilmu. Hanya mengharap wujudnya kelas, tanpa inisiatif mahu mewujudkan kelas atau usrah. Bukan semua begini, tapi saya berani kata MAJORITI begini sifatnya. Saya tidak nafikan ada yang ikhlas dan berjuang. Maka teruskan perjuangan. Tapi, jangan mudah berpuas hati. Saya tidak ada ilmu agama macam ustaz ustazah, jadi DIDIKLAH kami. Jangan sekadar MENGAJAR kami.

Saya tidak pasti para ustaz ustazah tahu atau tidak sanubari anak-anak murid  ustaz dan ustazah. Dalam kalangan mereka ada yang mempunyai semangat untuk perjuangkan Islam, tapi tidak di didik agar semangatnya terarah dan terisi dengan tarbiyyah Islamiyyah yang kukuh. Akibatnya, bila mereka keluar sekolah, mereka masih lagi  bersemangat, tetapi tidak dipandu dengan baik dan bila-bila masa sahaja mereka boleh hanyut. Setakat pengalaman dan pemerhatian, begitulah keadaannya. Tidak semua, tapi wujud!

Pesanan diri yang dhaif ini, bangkitlah dari selesa yang ada. Jangan mudah tidur lena tatkala umat Islam sekarang sedang bercakaran sesama sendiri, remaja kian hilang jati diri, Islam yang syumul diamalkan secara suku-suku, umat Islam diserang pemikirannya hingga diri sendiri yang menghancurkan diri sendiri. Kalau ikutkan, tiada istilah tidur lena bagi setiap diri dan jiwa pejuang Islam. Apatah lagi, para ustaz ustazah yang ada otoriti dalam ilmu Islam.

Jangan rasa cukup dengan menghadiri kelas, maka tanggungjawab sudah selesai. Jangan sampai ustaz ustazah di cop sebagai ustaz ustazah 7,2 dan sebagainya (yang mengajar jam 7 pagi sampai jam 2 petang, kemudian balik dan habis kerja).

Bagi yang akan habis pengajian dalam bidang pendidikan, sematkan dihati untuk jadi seorang MUROBBI, bukan PENGAJAR semata-mata. Tidak kisah dalam bidang atau mata pelajaran apa sekalipun. Terutamanya para ustaz ustazah (dalam pengkhususan usuluddin, pengajian hadis, al-quran dan sunnah dan yang berkaitan dengannya) yang boleh jadi leader dalam pasukan mendidik insan, bukan hanya MENGAJAR insan.

Ini sekadar luahan hati berdasarkan pemerhatian, perbincangan dan renungan.  

Buat para pendidik yang saya amat hormati dan cintai kerana Allah.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

4 Comments leave one →
  1. May 30, 2009 3:30 pm

    teringat kata-kata Bro Nasirin (Penggerak Dakwah Sabah) – kini akan bertukar ke Pulau Pinang-

    “jadilah guru yang bukan hanya mengajar tapi juga mendidik. Mendidik bukan pula hanya dari 7 pagi hingga 2 petang… tapi didiklah sehingga anak itu dapat “berjalan” dengan sempurna…”

    Kepada guru-guru dan para ustazah,
    jadilah guru dan ustazah yang mendidik… jadilah seorang murabbitun dan murabbi yang istiqamah…!

    SELAMAT HARI GURU..!

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    June 2, 2009 12:29 pm

    Betul…Betul…Betul…(versi Upin Ipin…)🙂

  3. June 5, 2009 12:35 am

    slm ziaarah… nice artikel.. betul tu sekarang ni banayk yang perlu diberi kesedaran.. kalaulah ada 10 orang anak muda macam iecothinker ni, insyaallah, berilah walaupun sebuah negara, pasti dapat digugat.. (^_~) Allahumma amin..

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    June 5, 2009 8:10 am

    Sekadar peringat buat diri ana sendiri.

    Ya Allah, jauhnya ana dari anggapan nti..

    Moga terus istiqamah dalam perjuangan Islam..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: