Skip to content

Liqa’ Di Nara Tom Yam: Satu Mukaddimah

May 22, 2009

Malam tadi, saya hadiri liqa’ dengan sekumpulan pemuda dakwah. Saya kenal 2 daripada 3 orang dari mereka, sudah agak lama. Sudah lama saya ingin bertemu muka dengan mereka sebenarnya, tapi disebabkan kekangan tanggungjawab dan masa selama berada di UMS, ditambah pula dengan masalah pengangkutan, saya terpaksa tangguhkan hasrat saya untuk sertai mereka.

Siapa mereka?

Mereka adalah pemuda yang mempunyai semangat untuk berdakwah. Tapi mereka tidak mahu dilabel-labelkan. Pendek kata, jika anda orang PAS, letak PAS di tepi, dan kita sama-sama bergerak kerja untuk Islam. Jika anda JIM, mungkin kena berlaku perkara yang sama. Tentang nama atau label, tidak akan kekal. Yang kekal hanya Islam. Ini yang saya faham dari perbualan mereka. Tetapi mereka ada visi dalam melaksanakan usaha pentarbiyahan ini. Matlamat mereka sama, ingin mengumpulkan muslim yang berpotensi dan ditarbiyyah agar posisi-posisi penting di dalam masyarakat nanti akan diisi dengan orang-orang yang ditarbiyyah.

Kenapa Saya Berjumpa Dengan Mereka?

Untuk perjumpaan pertama, saya lebih kepada mahu bertaaruf dengan mereka. Saya ingin kenali mereka dan tahu bagaimana cara mereka berfikir. Saya ingin fahami mereka dan gerak kerja mereka. Saya ingin mereka bersama-sama dalam gerak kerja Islam. Ya, mungkin mereka ada skema tarbiyyah tersendiri. Tidak mengapa jika mereka yakini cara mereka. Yang pasti, bila ada kerja dakwah, mereka perlu bersama-sama.

Saya belum lagi perkenalkan diri saya secara menyeluruh dan tujuan saya bersama mereka. Tapi saya akan maklumkan juga nanti. Dan mereka akan kenal saya juga nanti. Saya sayang mereka dan ingin sama-sama untuk bergerak kerja dalam dakwah Islam.

Tujuan saya, saya ingin kumpul pemuda-pemuda yang mempunyai kefahaman Islam serta wujud mampu dalam diri untuk melaksanakan gerak kerja Islam.

Kena bersatu dalam usaha dakwah ini. Tapi tetap tajarrud terjaga dengan kefahaman yang sahih.

 

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: