Skip to content

Di Mana Bumi di Pijak, Di Situ Langit Dijunjung

May 15, 2009

peserta kim

Antara peserta KIM 09

Salam Aufklarung,

Hari ini hari kelima saya praktikal di Labuan Training Centre. Mulanya saya hendak buat praktikal di Perak, tapi disebabkan beberapa perkara yang saya pertimbangkan, hati saya cenderung untuk membuat prktikal di bumi Labuan.

Saya sedar apa yang sedang berlaku di Perak dan hati kecil saya memang hendak bantu apa yang patut. Bahkan saya pernah bincang bersama dengan sahabat-sahabat BERSATU PERAK tentang hal ini untuk sama-sama bergerak di Perak. Tambahan pula dalam suasana sekarang yang sangat gawat keadaannya, disebabkan oleh segolongan para politikus yang gila kuasa dan hanya mementingkan kepentingan parti dan peribadi sehingga menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

Inilah kesan daripada kehilangan adab dalam kalangan para pemimpin (baca: definisi adab menurut Syed Naquib al-Attas). Adab yang semakin pupus dalam kalangan muslim, terutamanya dari sudut ilmu pengetahuan, apatah lagi ilmu politik sehingga para pemimpin yang tidak beradab ini hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Mereka lebih rela membuatkan urusan rakyat tergendala dan bercelaru akibat kuasa yang perlu dipertahankan. Sudah hilang pertimbangan dari sudut menilai sesuatu berdasarkan keutamaan.

Itu isu semasa yang berlaku di Perak. Sudah tentu memerlukan lebih ramai para pelapis dalam kalangan anak muda membantu untuk membangunkan semula masyarakat Perak dari tenggelam bersama para pemimpin yang tidak beradab.

Saya sedar hal tersebut. Tetapi buat masa sekarang, saya memilih untuk berkhidmat untuk sementara waktu di bumi Labuan untuk membantu para penggerak Islam di sini. Suasana atau waqi’ di sini sangat berbeza dengan keadaan di semenanjung dari sudut tahap pemikiran dan pendedahan situasi politik semasa dalam kalangan masyarakatnya. Saya tidak boleh bercakap macam saya cakap dalam blog. Harap pembaca faham maksud saya. (Kalau tidak faham, boleh tanya di tempat komen. Hehe).Lebih utama lagi dari sudut penghayatan hidup beragama. Sangat tidak memuaskan dan memerlukan segolongan ahli masyarakat yang menggerakkannya.

Dengan itu, tertubuhnya Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Labuan untuk menyuburkan budaya dakwah di bumi Labuan. Fokus buat masa ini lebih kepada untuk membentuk jiwa-jiwa remaja Muslim Labuan supaya dapat menghayati hidup sebagai seorang Muslim. Program Kem Intelek Madani 09 (KIM 09) adalah sebagai ‘pembuka bicara’ atau mukaddimah kepada penerimaan masyarakat termasuk pihak sekolah dan khasnya Jabatan Pendidikan Labuan (khasnya Ustaz Farihi dan para ustaz serta ustazah) yang telah banyak memberikan sokongan dari sudut meterial dan semangat serta pandangan untuk melaksanakan program tersebut.

peserta Kem Remaja Unggul

Sebahagian Peserta Kem Remaja Unggul anjuran PSS Labuan dengan kerjasama Masjid Layang-Layangan

Program ini diteruskan degan program Qiyamullail Bulanan yang diadakan setiap bulan di masjid-masjid yang berbeza pada setiap kali program Qiyammullail Bulanan diadakan. Adik-adik yang dijemput ialah terdiri daripada adik-adik yang pernah ikut program KIM 09 yang lepas. Ia sebagai program susulan yang menjadi kewajipan PSS untuk mengadakannya pada setiap bulan.

Seronok tengok adik-adik yang semakin bertambah kefahamannya tentang Islam dan semakin berubah penampilan mereka. Memang tidak nafikan, mereka sudah mendapat pendedahan dari awal tentang Islam melalui pendidikan Islam yang dipelajari mereka di sekolah-sekolah, tetapi hasil dari tinjauan menunjukkan, mereka ini sebenarnya memerlukan para murobbi yang benar-benar dapat mendidik mereka (bukan sekadar mengajar mereka). Mereka adalah golongan yang dahagakan perhatian dan bimbingan. Saya yakin, para ustaz dan ustazah sudah buat yang terbaik untuk mengembalikan generasi muda Labuan ini ke arah yang penghayatan hidup sebagai Muslim, tetapi adik-adik ini, kebanyakkan masa mereka turut dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sangat rumit dan bersifat negatif. Arak dan rokok adalah barang yang senang dan murah didapati di Labuan. Barang banyak, tapi yang nampak jelas relatifnya murah ialah penjualan arak dan rokok. Jadi mereka perlukan lebih perhatian untuk ‘counter back’ pemikiran dan tindakan mereka.

Tambahan pula, kedai-kedai arak sangat banyak (tak larat nak kira). Dalam satu barisan rumah kedai, boleh saya katakan terdapat sekitar 4 hingga 6 buah kedai yang menjalankan perniagaan penjualan arak ‘secara intensif’. Ini tidak termasuk kedai-kedai runcit yang menjual arak.

Di pasaraya besar pula, macam Giant, penjualan arak bersifat terbuka. Anak-anak muda belasan tahun seakan-akan bebas beli arak. Pernah satu ketika saya berada ditempat penjualan air sejuk (termasuk ada jual arak disitu), kelihatan beberapa remaja ke hulu ke hilir macam menunggu orang pergi dari situ. Kemudian mereka mengambil beberapa botol Carlsberg dan membayarnya di kaunter.

Itu realiti dan saya tidak mahu perkara itu berlaku pada adik-adik peserta KIM. Oleh itu, proses pentarbiyahan ini akan terus dilaksanakan dan disokong oleh Jabatan Pendidikan Labuan, para ustaz serta ustazah di Labuan. Kami PSS amat hargai kerjasama kalian.

Nah! ini hanya salah satu cabaran iaitu dalam kalangan remaja muslim yang sudah semakin hilang jati diri mereka. Gerakan dakwah di Labuan belum serancak di tempat-tempat lain. Semoga dengan kehadiran PSS di Labuan, akan semakin merancakkan lagi gerakan islah dan dakwah Islam di Bumi Labuan.

Saya juga teringat pesanan Ustaz Syed, Ketua Pemuda Pangkor bila saya meminta nasihat tentang hal ini, sama ada saya patut balik ke Perak secepat mungkin atau duduk di Labuan atau Sabah dalam satu jangka masa tertentu?

“Ana rasa, ada baiknya enta duk Labuan sat, tolong apa yang patut di sana. Timba pengalaman dakwah di sana dan kemudian enta baliklah ke Perak. bantu di Perak pula.” Ini nasihat dan pandangan dia.

Sebenarnya saya keras untuk balik semula ke Perak secepat mungkin kerana dahagakan peluang menuntut ilmu. Saya sendiri kering dan amat kurang dari sudut ilmu Islam dan saya lihat semenanjung adalah tempat yang terbentang luas untuk mendalami Ilmu agama. Tapi alhamdulillah, di Labuan ini Allah hantar beberapa ustaz berasal dari Perak dan mereka mengajar di Labuan. Semoga tempoh praktikal selama hampir 3 bulan ini, dapat saya manfaatkan untuk menuntut ilmu dari mereka.

hafez shahril and shahir

Hafez (pakai kopiah), Shahrir (belakang Hafez), SHahril (kanan sekali)

Saya rindu sangat sebenarnya pada Hafez Sabri (Pres. BERSATU PERAK), Shahril, Shahir, Adlan dan sahabat-sahbat lain yang baru hanya beberapa kali saya berjumpa, tapi aura ukhwah dan semangat untuk bergerak bersama-sama dalam medan dakwah sangat cepat mempengaruhi pemikiran dan tindakan saya sehingga saya yakin untuk  mengambil keputusan berjuang bersama mereka di Perak nanti.

Tapi, sahabat-sahabatku di Perak, buat masa ini, saya mohon kelonggaran untuk bersama dengan beberapa orang sahabat saya di Labuan dan Sabah. Tidak sampai hati saya hendak tinggalkan sahabat-sahabat di Labuan bekerja dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Memandangkan proses pentarbiyahan adik-adik ini sudah ada manhaj yang jelas untuk dilaksanakan, saya akan bersama dengan sahabat-sahabat di Labuan untuk satu tempoh untuk melaksanakannya. Bob, Ady, Adzmin, beberapa orang muslimat, adalah di antara sahabat-sahabat yang akan sama-sama bersama di medan Labuan.

aku n syukri

Ini kerja Johan, candid camera saya dengan syukri. Bincang apa pun tak tahu. Lupalah. Tentang program kot.

Seorang sahabat saya, akhi Syukri (salah seorang guru saya juga) sudah melanjutkan pelajaran di KUIS dalam bidang Syariah dan Undang-Undang. Dan dia akan pulang semula ke Labuan setelah tamat pengajian nanti.

Haha…ini sekadar perkongsian hati dengan sahabat-sahabat. Nak kata macam surat penghargaan pun tidak. Tak tahulah apa jenis penulisan saya kali ini. Tapi lebih kepada nak kongsi dengan pembaca tentang situasi di Labuan. Kalau nak rasa waqi’ Labuan, datanglah Labuan(buat para penggerak Islam di semenanjung). Hehe…

Teringin hendak kongsi pengalaman selama praktikal di sini, tapi nanti-nantilah.

P/S: Petang ini akan diadakan program Qiyamullail Bulanan di Masjid Kerupang, Labuan, untuk bulan Mei ini. Doakan program kami berjalan lancar ya.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

 

2 Comments leave one →
  1. May 17, 2009 6:29 pm

    astagfirullahal azim.
    knapa plak c tasnim tonggeng mcm tue.
    huhu ! nvrmd ~

  2. nur qasih aisyah balqis permalink
    August 14, 2010 12:11 pm

    salam ukhwah….ne salah sorg dr adk2 KIM..nk minta tlg dkt abg utk buat reunion utk bdk2 KIM’09….masih ada yg tersalah arah slps KIM N stelah abg2 n akak2 yg dulu pulang ketanah kelahiran masing2….minta bantuan dkt Labuan utk dtg skali lg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: