Skip to content

Hubungkait Kematian dan Keikhlasan: Satu Muhasabah

May 3, 2009

Salam Aufklarung,

Bila berpisah, hati rasa sakit, rasa pedih dan rasa ia tidak patut berlaku. Tetapi ia pasti akan berlaku dan semua orang pasti akan mengalaminya. Proses perpisahan adalah proses fitrah yang berlaku dalam kehidupan manusia. Di dalam al-Quran ada dijelaskan tentang hakikat mati yang menandakan terpisahnya ruh dan jasad. Hakikat terpisahnya ruh dan jasad diceritakan dengan jelas melalui hadis Nabi saw tentang kesakitan atau keperitan apabila berpisahnya ruh dan jasad. Sekali lagi keperitan dan kesedihan berlaku.

Bila jasad terpisah dari ruh, jasad akan hancur dan ruh akan kekal. Bila jasad terpisah dari ruh, amalan akan terhenti kecuali 3 perkara yang akan berterusan iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Tiga jenis ruang lingkup amalan yang akan berterusan ini ialah pelaburan akhirat yang amat bermanfaat bagi setiap muslim jika sedar akan kelebihannya.

Bila jasad terpisah dengan ruh, ia adalah bukti berakhirnya kehidupan kita di dunia Allah. tetapi, ia bukan pengakhiran bagi segala-galanya. Manusia akan dibangkitkan dan akan diadili dihadapan Allah. Di hadapan Allah, tiada satu amalan pun akan tersembunyi. Bak kata ustazah saya masa di sekolah:

“Nanti akan ada skrin besar yang akan menunjukkan amalan-amalan kita di dunia ini.”

Tertanya-tanya juga, apalah nasib diri dihadapan Alllah kelak? Ada peluang ke masuk syurga? Dapat ke jumpa sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang di dunia ini?

Aduh… Ikhlas pula jadi persoalan. Sama ada ikhlas atau tidak, tanyalah pada hati. Ia anugerah Allah. Anugerah yang diberikan kepada hamba-hambaNya yang tawadhuk dan sentiasa mengharap pertolongan Allah dalam setiap gerak kerja Islamnya. Sikap ikhlas penting dalam perjuangan. Ia membentuk peribadi yang tulus dan tidak mengharap apa-apa balasan. Sifat ini menjadi penentu di akhirat nanti. Banyak atau tidak amalan, akan dilihat kepada niatnya.

Kematian dan keikhlasan adalah titik peristiwa dan menjadi penentu di akhir hidup kelak. Jika kematian disediakan dengan amalan-amalan yang ikhlas, alhamdulillah, berbahagialah hamba-hambaNya yang baka mendapat tempat disisiNya. Tetapi jika kematian diiringi dengan amalan-amalan yang tidak ikhlas, maka azab menanti dikehidupan mendatang.

Hakikatnya, kematian itu pasti dan ia memerlukan persediaan.

Bersedia ke kita untuk hadapi kematian? Sekali lagi, kena tanya pada hati.

P/S: Semakin hendak grad semakin rasa banyak kekurangan.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: