Skip to content

Website Ilmiah Perlu Diperbanyakkan

April 29, 2009

Salam Aufklarung,

Saya tidak pasti sama ada budaya berfikir yang sedang berlaku kini dalam kalangan anak-anak muda di Malaysia ini sudah berlaku secara serius sejak dahulu tetapi tiada medium untuk berkongsi idea seperti sekarang (seperti aplikasi blog dan website atau laman web) atau ia baru benar-benar mula meledak dengan hebatnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Buktinya, dengan kelahiran blog-blog baru, memaparkan pelbagai isu yang dibincangkan atau dikongsikan oleh para penulis blog masing-masing. Tinggal lagi sama ada sesuatu isi itu sahih atau tidak, berunsurkan ilmiah, secara emosi atau langsung tidak ada adab-adab dalam menyampaikan idea atau pandangan.

Hakikatnya, masing-masing ada idea yang ingin dikongsikan.

Pada pandangan saya, ini merupakan satu fenomena yang sihat dari satu sudut kerana ia sebenarnya melatih seseorang individu itu untuk berfikir dan berkongsi idea atau pandangan. Walau bagaimanapun, sesuatu idea itu sepatutnya dipandu berdasarkan ilmu dan fakta yang betul. Jika tidak, perkara sebaliknya akan berlaku seperti fitnah memfitnah, fakta yang salah dan kata nista yang jauh dari adab seorang manusia, apatah lagi jika ia datang dari seorang yang mengaku sebagai ahli gerakan Islam.

Keperluan Website Ilmiah

Website ilmiah ialah salah satu kaedah penyampaian sesuatu disiplin ilmu untuk tatapan pembaca yang melayari internet. Satu kekurangan di Malaysia yang saya dapat lihat ialah kurangnya laman web yang berunsurkan ilmiah. Ia lebih kepada bersifat peribadi, tidak secara bersepadu (intergral), mencapah dan lebih kepada salah satu juzuk iaitu bersifat ke-politik-an semata-mata. Sesuatu isu yang timbulkan lebih bersifat provokasi dan tidak mempunyai penjelasan fakta yang jelas dan boleh dipercayai (bersifat spekulasi semata-mata).

Tidak salah jika wujudnya laman web-laman web yang bersifat ke-politik-an, tetapi adalah lebih cantik jika ia diseimbangkan dengan memperbanyakkan juga laman web-laman web yang bersifat ilmiah. Ia mungkin sebuah laman web yang mampu menjadi dasar kepada perbincangan sesuatu isu yang ditimbulkan. Mampu menjadi ‘guideline’ kepada para pembaca dalam menilai sesuatu isu yang sedang berlaku. Ini penting supaya para pembaca tidak merasa selesa dengan ‘menelan’ isu-isu semasa yang timbul dalam kerangka pemikiran yang berunsurkan andaian atau spekulasi semata-mata. Lebih berunsurkan prejudis dan ‘sceptic’ terhadap sesuatu isu yang timbul tanpa hujah berdasarkan fakta yang sahih.

Bila ini berlaku, dibimbangi ia mampu melahirkan insan yang bersifat berat sebelah dan tidak bersikap objektif terhadap kebenaran. Ini salah satu virus psikologi yang perlu disedari oleh setiap aktivis gerakan Islam khususnya dan umat Islam am-nya.

Bila saya ‘surfing’, saya lebih berminat untuk gandingkan bersama isu-isu semasa yang saya dapat melalui laman web-laman web tempatan yang ada (yang lebih bersifat ke-politik-an) dengan laman web-laman web berbentuk ilmiah. Dan kebanyakannya dalah dari negara jiran kita iaitu Indonesia. Antara yang saya boleh kongsikan di sini ialah:

http://afkar.numesir.org/

http://hidayatullah.com/

http://insistnet.com/

Jika di Malaysia, selain dari laman web-laman web gerakan mahasiswa seperti GAMIS, PKPIM, dan juga penulisan blog sahabat-sahabat, saya suka melayari laman web seperti:

http://ummahonline.com/

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

http://drmaza.com/home/

dan beberapa lagi laman web yang lain. Isi-isi yang terdapat di dalamnya sebenarnya banyak memotivasikan diri untuk berfikir dalam konteks yang lebih luas. Tetapi terarah. Hendak dapatkan bersifat ‘terarah’ ini bukan main hentam sahaja. Perlu banyak bertanya dan merujuk. Tambahan pula bila duduk Labuan, sumber rujukan adalah terhad. tetapi alhamdulillah, dengan izin Allah, Dia kurniakan saya dengan sahabat-sahabat yang dapat membantu dalam usaha melatih diri berfikir dan berzikir.

Harapan saya, dalam masa terdekat ini, akan wujud lebih banyak laman-web-laman web yang berunsurkan ilmiah sebagai asas atau ‘guideline’ dalam bertindak. Juga sebagai wadah untuk mengembalikan ke-izzah-an Islam melalui kelahiran semula umat Islam yang beramal berdasarkan ilmu dan penuh kesedaran bahawa diri adalah hambaNya yang amat memerlukanNya.

Mungkin para pemuda Islam yang rajin berkongsi idea melalui blog peribadi dapat dikumpulkan bersama pandangan mereka dalam satu wadah. Agar dapat difikir dan dikembangkan lagi oleh para pembaca.

Sekadar untuk perkongsian…

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

 

5 Comments leave one →
  1. April 29, 2009 7:36 pm

    Salam ziarah,
    Rasa terpukul bila baca penulisan ni. Diri yg semakin dewasa ni kurang dilatih untuk menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah..blog yg ada pun seperti hilang arah.menjadi kerugian buat diri yg kononya dikelaskn sbg ahli gerakan.trm ksh atas penulisan yg membuatkan diri ini trgadah.

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    April 29, 2009 9:32 pm

    Salam buat ukhti…

    Ilmu yang ada untuk dikongsi dan diamalkan. Terus perkasakan diri untuk Islam yang kita cintai.

    Kita perlukan muslimat seperti Zainah Anwar (Sisters in Islam), yang berjaya menggerakkan perempuan dibawahnya memperjuangkan isu perempuan. Tapi sayang, ia ‘salah jalan’. Jadi siapa nak betulkan?

    Kita lah…entilah…hehehe..
    Bah,teruskan perjuangan..
    🙂

  3. May 1, 2009 11:12 pm

    slm ziarah.. banyaknya informasi baru ana dapat dari blog ni.. keep it up.. moga terus istiqamah.. (^_~)

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    May 3, 2009 10:27 pm

    Syukran atas ziarah, mukmin..

    Moga bermanfaat ya..

    Amin..doakan kita bersama…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: