Skip to content

Durham II: Apa Respon Gerakan Islam Kampus?

April 27, 2009

Salam Aufklarung,

Sudah lama keyboard tidak ditekan untuk berkongsi apa yang perlu. Hampir sepuluh hari saya tidak menulis di sini. Hajat mahu menulis, tapi saya semakin dicengkam perasaan mahu menghadam sesuatu ilmu sebelum disampaikan. Akibatnya, hendak menulis satu perenggan sekali pun, saya berfikir banyak kali.

Walau bagaimanapun, ada beberapa persitiwa yang memerlukan perhatian semua. Terutamanya para penggerak Islam.

Isu Durham II Di Geneva Switzerland

Pada 20 April hingga 24 April yang lalu, Durham II telah berlangsung dengan penuh kontroversinya, bertempat di Geneva, Switzerland. Sebuah negara yang mengamalkan negara yang berkecuali dengan konflik yang melanda dunia. Persidangan yang dianjurkan oleh PBB di bawah UNESCO ini, sebenarnya dikenali sebagai World Conference Against Racism (WCAR). WCAR adalah medium untuk para pemimpin setiap negara terlibat untuk menentang puak-puak atau golongan-golongan yang memainkan sentimen perkauman di seluruh dunia.

Tahun ini adalah kali keempat persidangan ini diadakan bertujuan untuk menilai semula kesinambungan perbincangan isu pada persidangan kali ketiga yang diadakan pada 2001 di Durham, Afrika Selatan. Ketika itu, isu Palestin yang menjadi mangsa penindasan puak Zionis Israel menjadi perbincangan utama anggota persidangan. Dan pada tahun ini juga ia menjadi semakin hangat dengan dilengkapi ucapan yang disampaikan oleh Presiden Iran, Mahmod Ahmadinejad. Kelantangan beliau yang menyampaikan isi ucapan berkisar tentang ‘Memperingati Hari Holocaust’ telah berjaya menjadikan punggung para pemimpin Barat menjadi panas.

Akibatnya, ramai para pemimpin Barat yang bertindak keluar dewan dan tidak kurang juga yang memboikot persidangan ini sejak dari awal lagi yang pada mereka dilihat sebagai sebuah persidangan yang bersifat ‘Anti-Semitic’ dan anti-Barat.. Antaranya ialah Amerika Syarikat, Israel (sudah tentu panas terbakar, langsung tidak hadir), Italy, Canada, Australia, German, Netherlands, New Zealand, dan Poland. Selain itu, ramai pemimpin Barat yang hadir ke persidangan tersebut bersifat dingin dan ‘membenci’ ucapan Presiden Iran tersebut.

Ini baru sahaja ucapan yang disampaikan oleh seorang presiden. Belum lagi sekumpulan pemimpin umat Islam. Hanya dengan satu ucapan, ia mampu membuatkan negara-negara Barat menarik diri dan tidak senang duduk. Sememangnya mereka sukar menerima hakikat bahawa mereka adalah golongan manusia yang mempunyai sifat perkauman yang tinggi dan mereka sebenarnya amat dibenci hampir seluruh penduduk dunia.

Kebencian oleh umat Islam adalah suatu hakikat yang jelas, sebagai tanda cinta pada Islam, tetapi kecintaan tersebut belum mampu meledakkan satu kekuatan untuk menghancurkan pemikiran barat yang penuh dengan kesamaran dan tidak ada metodologi pemikiran yang mendasar. Ini turut diakui oleh cendekiawan Islam seperti Dr Aslam Haneef dalam makalah beliau yang berkaitan dengan metodologi ekonomi Islam.

Tidak berlakunya ledakan kekuatan ini sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti lemahnya aqidah dan iman. Akar kepada permasaahan ini ialah tiadanya kesedaran dalam diri umat Islam untuk menjadi seseorang yang mencintai ilmu pengetahuan. (Tidak seperti Yahudi. Mereka berpegang kepada konsep ‘Passion For Meaning’. baca: Budaya Ilmu: Satu penjelasan)

Adalah tidak mustahil untuk wujudnya 10 orang presiden atau pemimpin tertinggi seperti Ahamdinejad, tetapi dengan syarat, seseorang pemimpin itu mestilah seorang yang adil Adil dalam erti kata meletakkan ilmu dan sumbernya sebagai tempat yang tinggi melebihi faktor kepentingan diri dan golongan tertentu.

Pemimpin yang mempunyai aqidah yang kuat sahaja mampu menentang arus kebaratan yang semakin mencengkam ummah pada masa kini. Keberanian Ahmadinejad patut dijadikan contoh buat para pemimpin Islam yang pada zahirnya gah di mata dunia dengan pakaian yang hebat-hebat dan kononnya ramai pengikut, tetapi sebenarnya senyap apabila diserang oleh dunia Barat, khususnya Israel dan sekutunya. Senyap dalam erti kata tidak mampu mempengaruhi dunia untuk menzahirkan Izzah (kemuliaan) sebagai seorang pemimpin kepada umat Islam.

Ini tentang isu kepimpinan umat…

Di mana gerakan Islam dalam mentanggapi isu seperti ini? Isu yang melibatkan seluruh penduduk dunia untuk melihat sifat ‘temberang’ dalam kalangan para pemimpin barat, termasuk pemikiran mereka yang tidak bertamadun.

Adalah wajar untuk penggerak-penggerak Islam kampus untuk mengambil cakna isu-isu seperti ini. Isu yang mungkin tidak ada kaitan dengan kampus, tetapi ia berkaitan dengan survival umat Islam diperingkat antarabangsa. Kita memerlukan lebih ramai para pemimpin yang berperwatakan seperti Ahmadinejad. Tentang keberanian dan istiqamahnya beliau dalam memerangi musuh-musuh Islam.

Penggerak Islam harus bergerak di dalam realiti semasa, tetapi jangan sampai dilitupi oleh kegilaan hanya mahu mengikut waqi’ yang kecil sehingga mampu membunuh idea dan pemikiran yang sememangnya ada tempat di sisi Islam.

Sekadar perkongsian.

Rujukan untuk bacaan tambahan:

http://en.wikipedia.org/wiki/World_Conference_against_Racism

http://en.wikipedia.org/wiki/Durban_Review_Conference

http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/8010747.stm

http://www.muslimpresenceottawa.ca/en/?p=2045

Pesanan buat adik-adik UMS: UMS-KAL harus berubah wajah melahirkan manusia dengan sifat kemanusiaan. Bukan melahirkan manusia dengan sifat ke-robot-an. Ia berkaitan dengan keperluan mengembalikan pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat kampus. Ada benda yang saya hendak kongsi dengan sesiapa sahaja warga kampus UMS-KAL dalam hal ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: