Skip to content

Bagaimana Khutbah Jumaat Kita Sekarang?

April 10, 2009

Salam Aufklarung,

Salah satu medium tarbiyyah yang terbaik selain usrah, untuk peringkat ta’arif ialah melalui medium khutbah Jumaat. Ketika khutbah Jumaat, umat Islam akan berkumpul dan mendengar khatib berkhutbah. Ini adalah aktiviti mingguan yang menjadi kewajipan umat Islam di seluruh dunia.

Satu perkara yang menyedihkan pada hari ini ialah pembawaan khutbah oleh para khatib yang setakat pengamatan saya amat mengecewakan. Isi yang disampaikan masih tidak mampu membangkitkan jemaah yang sedang dalam ketiduran. Acapkali, waktu ketika khutbah Jumaat dijadikan medan untuk sebilangan jemaah diulit mimpi.

Ini amat mengecewakan kerana khutbah Jumaat seharusnya menjadi wadah untuk para jemaah bermuhasabah diri dan juga sebagai wadah untuk menyampaikan info-info tentang Islam dan juga keadaan umat Islam semasa. Adalah satu kegagalan, bagi saya, apabila khatib gagal membawa ahli jemaah menghayati khutbah Jumaat yang disampaikan.

Suatu kegagalan dakwah yang perlu dimuhasabah sepatutnya! Tetapi berapa ramai khatib yang mengambil berat untuk memperbaiki isi dan cara penyampaian khutbahnya? Hanya khatib dan AJK-AJK Masjid berkenaan yang dapat menjawabnya. Saya hanya melontarkannya. Bagus kepada yang ada melakukannya dan ini sebagai nasihat kepada yang belum melakukannya. Saya rasa bukan setakat di Labuan sahaja dan bukan semua khatib adalah seperti yang saya maksudkan. Jadi jangan terasa hati kepada para khatib yang telah menjalankan tugas menyampaikan khutbah sebaik mungkin.

Sedikit saranan buat para AJK-AJK Masjid dan para khatib yang ditugaskan untuk menyampaikan khutbah:

1) Perihal Maudu’: Adalah lebih baik khutbah-khutbah dibuat dalam bentuk silibus bagi melihat peningkatan tarbiyyah yang diterima oleh para jemaah, memandangkan para jemaah yang hadir majoritinya adalah dalam kalangan penduduk sekitarnya. Silibus ini diatur dengan baik dan juga boleh bersifat fleksibel atau boleh berubah bergantung kepada pertambahan sebarang isu atau info yang hendak disampaikan kepada para jemaah yang hadir. Saya berpendapat, adalah tidak wajar jika jabatan-jabatan agama mewajibkan agar setiap masjid menggunakan modul khutbah yang dikeluaran tanpa melihat kepada keperluan setempat yang mungkin berbza dengan tempat lain. Dalam hal menetapkan silibus, Jabatan-jabatan agama mungkin boleh membantu para AJK masjid.

2) Perihal Khatib: Dinasihatkan kepada para khatib tidak membaca khutbah, tetapi ‘berkhutbah’. Berbeza maksud membaca khutah dan berkhutbah. Ini saya ‘quote’ kata-kata TG Nik Aziz yang pernah saya dengar. Bila kita membaca khutbah, ayat jadi ‘skema’ dan amat membosankan. Tapi bila berkhutbah, ayat seolah-olah hidup dan mampu menarik perhatian dan hati para jemaah, Insya-Allah. Jika boleh, para khatib mungkin dapat meningkatkan skil atau kemahairan menyampaikan pidato atau berkhutbah supaya dapat menyampaikan lagi khutbah dengan lebih berkesan. Saya tidak pasti jika jabatab-jabatan agama ada menyediakan kursus penyampaian khutbah yang efektif. Jika tiada, adalah amat patut diadakan.

Ini dua saranan yang diharapkan dapat membantu agar dakwah Islamiyyah melalui medium khutbah Jumaat dapat dilakukan dengan lebih efisen dan efektif. Janganlah kita berada di takuk yang lama dalam gerak kerja dakwah.

Ada perkara yang masih releven dilakukan dalam metod tarbiyyah, tetapi dari segi pendekatan pelaksanaan metod-metod tersebut, mungkin perlu di‘revise’ semula. Contohnya, usrah adalah amat releven dalam proses pentarbiyyahan, bahkan menurut psikologi sekali pun, cara LDK (boleh juga diistilahkan sebagai sistem usrah, walaupun bukan) adalah salah satu cara menyampaikan sesuatu dengan lebih berkesan berbanding ceramah secara beramai-ramai (saya tidak menidakkan metod ceramah sebagai tidak releven). Apa yang boleh diubah,ialah isi usrah, peranan naqib, dan bahan usrah.

Itu diperingkat khatib. Diperingkat jemaah pula, dinasihatkan agar tidak bercakap-cakap ketika berkhutbah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang bemaksud:

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu berkata ‘diamlah’ kepada rakanmu pada hari Jumaat padahal Imam sedang berkhutbah, maka sia-sialah engkau (pahala Jumaat).”

(Hadis Riwayat Bukhari, petikan dari Nailul Authar, susunan Imam Syaukani)

Semoga ibadah solat Jumaat kita tidak sia-sia dan semoga dakwah yang dilakukan tidak hanya ‘seperti melepaskan bato’ di tangga’.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

3 Comments leave one →
  1. munirah permalink
    April 10, 2009 10:18 pm

    salam..

    ana teringat masa zaman sekolah menengah..masa duk asrama, stiap kali sembahyang jumaat pelajar lelaki akan bwk pen dan kertas untuk catat isi khutbah..ini adalah arahan dr waden asrama..lps tu, isi khutbah yg dh dicatat akan diserahkan kpd pelajar perempuan untuk dibaca..secara tak langsung pelajar perempuan dpt tahu isi khutbah yg disampaikan pd hari tersebut..bg ana bagus jgk cara ni kerana proses menyampaikan ilmu berlaku dari khatib kpd jemaah dan seterusnya..sekadar perkongsian..teruskan menulis..=)

    Abbas Iecothinker:
    Ya? Bagus idea tu. Moga ia dapat dipraktikkan oleh muslimin zaman sekarang.hehehe.
    Masa disekolah pun, ana inat lagi, kami dikehendaki catat isi khutbah Jumaat untuk dijadikan rujukan sendiri dan disampaikan pada sahabat yang lain…
    🙂

  2. siswa_KAL permalink
    April 16, 2009 1:04 pm

    Salam….

    satu kupasan yang baik. tapi, saya mahu bertanya. adakah cadangan @ tulisan idea saudara ini telah dikemukakan pada mereka yg sepatutnya tahu?. kalau setakat tulis dan luah kat blog, mmg TINDAKAN tidak akan berlaku. ia akan masih juga kekal seperti yang lama. sekian, terima kasih.

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    April 16, 2009 5:10 pm

    Salam kembali buat siswa_KAL…

    InsyaAllah, dalam proses ke arah apa yang siswa_KAL cakapkan. Syukran ingatkan ana..

    Ana utarakan dalam blog sebagai perkongsian untuk difikirkan bersama..

    Ini cadangan perubahan untuk semua peringkat..

    Syukran ya..

    🙂

Leave a reply to munirah Cancel reply