Skip to content

Berapa Ramai Jadikan Universiti Sebagai Tempat Untuk Tingkatkan Diri?

April 8, 2009

ums waktu senja

UMS di Waktu Senja

Salam Aufklarung,

Teringat saya sesi perbualan santai saya dengan adik-adik ketika di kafeteria beberapa minggu lepas. Sedang asyik menjamu selera dan tiada topik khusus yang mahu dibincangkan, saya teringin berkongsi sesuatu dengan mereka:

“Sepanjang abang berada di kampus selama hampir 4 tahun ni, abang dapat lihat macam-macam jenis manusia. Ini belum lagi kalau dah keluar dari kampus…” Saya memulakan bicara.

“Maksud abang?” Soal adik usrahku, pantas.

“Begini, abang jenis suka memerhatikan orang sebab mungkin ada sesuatu yang abang boleh belajar daripada depa. Jadi, dalam tempoh pemerhatian abang pada seseorang tu, kadang-kadang memang berlaku perubahan pada depa. Contohnya, ada dalam kalangan muslimat, masa baru masuk U, pakai tudung agak labuh dan pakai stokin, tapi bila sudah agak lama, sekitar 3, 4 bulan di kampus, depa mula tak pakai stokin, tudung pula makin singkat. Ada juga yang dah berani berdua-duaan. Tapi tidak kurang pula, ada yang dahulunya non-muslim, tapi sekarang sudah masuk Islam. Ada juga yang dahulunya tidak pakai stokin dan bertudung singkat, tapi sekarang sudah bertudung labuh dan berstokin. Itu yang perempuannya. Lelaki pun sama juga, ada yang pada mulanya pakai seluar panjang, tetapi lama-lama sudah berani pakai seluar pendek. Kalau di bilik, ok lagi, tapi ini sampai di kafeteria! Begitu juga sebaliknya. Sedih juga bila tengok.” Saya berceloteh pada mereka. Mereka sekadar menganggukkan kepala.

Saya menyambung semula:

“Secara kesimpulannya, abang boleh simpulkan kepada 2 golongan. Iaitu pertama, golongan yang mengalami perubahan dalam dirinya selama dia berada di kampus. Tapi golongan ini boleh dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu berubah kepada positif dan berubah kepada negatif. Macam yang abang cakapkan tadi. Golongan kedua pula ialah golongan yang tidak berubah. Contohnya dik, masa mula-mula masuk U, dia seorang yang tidak pandai bercakap, dia seorang yang tidak pernah datang masjid (kecuali solat Jumaat), sehinggalah dah nak keluar U, dia masih di takuk yang lama.”

” Jadi, kamu rasa, kamu di mana?” Tersipu-sipu mereka. Tidak mengapa, yang penting sama-sama dapat muhasabah diri, di mana tahap kita berbanding semalam.

Saya mematikan perbualan pada tengah hari itu dengan persoalan tersebut. Moga ada sesuatu yang adik-adikku dapat pada tengah hari ini, di kafeteria.

Tatkala, orang lain bergelak ketawa tanpa arah, ber‘dating’, dan buat bersembang benda-benda yang tidak bermanfaat, kami diberikan sedikit kekuatan untuk merenung semula hakikat kejadian kami.

Alhamdulillah….

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

One Comment leave one →
  1. April 10, 2009 2:09 pm

    salam….
    alif aku yang kat mana..??
    aku sedang cari diri sendiri neii…
    mcam hilang plak…??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: