Skip to content

Keperluan Kesatuan Fikrah dan Amal Umat Islam

April 6, 2009

Kesatuan Ummah adalah harapan para pejuang Islam yang ikhlas dalam perjuangan. Ini adalah pasti. Kesatuan ummah amat diperlukan untuk membina kekuatan umat Islam masa kini.

Sekarang  pula wujud kepelbagaian jemaah Islam, sama ada di dalam Malaysia atau di peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan, setiap jemaah ada ciri dan kelebihan tersendiri yang membezakannya dengan jemah-jemaah Islam yang lain. Walau bagaimanapun, perbezaan yang wujud adalah akibat perbezaan cara berfikir dan berijtihad (berdasarkan nas, sudah pasti) dan metod dakwah yang digunakan oleh sesebuah gerakan Islam.

Perbezaan JIM, ABIM, Hizbut Tahrir, Tabligh dan beberapa gerakan Islam yang lain dengan gerakan Islam PAS adalah penglibatan PAS secara langsung di dalam medan politik tanah air. Ini perbezaan ketara antara PAS dan gerakan-gerakn Islam yang lain kerana gerakan Islam lain menafikan penglibatan mereka secara terus di dalam medan politik kepartian di Malaysia.

Saya tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya PAS juga akan mengikut jalan seperti jalan-jalan dakwah yang dilalui oleh NGO-NGO Islam yang lain.

Siapakah yang akan berusaha mendaulatkan Islam secara berhadapan dengan parti-parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka yang berpolitik?

Siapa yang akan menjadi suara dominan yang mempertahankan kesucian Islam melalui perundangan-prundangan atau dasar-dasar yang diputuskan di dalam dewan mulia Parlimen?

Adakah NGO-NGO Islam berpeluang untuk duduk dikerusi Parlimen dan mempertahankan kesucian serta menyebarkan dakwah Islam di dalam dewan Parlimen? Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak terlibat dengan politik kepartian dan layak untuk menjadi calon.

Ini berbeza dengan PAS yang merupakan wadah keberlangsungan dakwah Islam di tanah air Malaysia yang mengguankan politik sebagai salah satu wasilah disamping wasilah-wasilah dakwah yang lain.

Dari pengamatan saya, dalam situasi semasa, PAS mampu menjadi wadah penyatuan ahli-ahli gerakan Islam dari pelbagai jemaah atau gerakan-gerakan Islam yang lain untuk bersama-sama mempertahankan Islam di Malaysia daripada musuh-musuh Islam. Kekuatan umat Islam dari pelbagai pecahan jemaah Islam yang lain harus di salur dakn diperkasakan melalui satu tanzim yang tersusun. Adalah tidak releven untuk mewujudkan gerakan Islam yang baru untuk menentang musuh-musuh Islam melalui medan politik kepartian sedangkan sudah ada yang berjuang melaluinya. Apa yang perlu sekarang adalah kesatuan ummah.

Ya, dari sudut jemaah masing-masing, ada metod pentarbiyyahan dan dakwah tersendiri, sedikit berbeza dari satu dengan yang ain, tapi yang pastinya, untuk melihat syariat Allah tertegak di diri setiap muslim dan bumi Malaysia adalah menjadi impian da cita-cita bagi setiap gerakan Islam yang wujud. Boleh sahaja, pada saya, setiap gerakan Islam memainkan peranan dengan melaksanakan amal-amal islami melalui gerakan Islam masing-masing, tetapi untuk penyatuan yang lebih besar dan lebih utama, adalah diharapkan agar ahli-ahli gerakan Islam dari pelbagai gerakan Islam lain utuk berpayung di bawah satu payung yang diharapkan mampu menjalankan syariat slam secara syumul di bumi Malaysia melalui medan politik tanah air.

Saya ingin memetik salah satu bab atau pelajaran oleh Ustaz Sa’id Hawwa di dalam bukunya, ‘Beberapa pelajaran Dalam Amal ISlami 1’:

PERLUNYA MENCARI SUATU CORAK PENYUSUNAN DEMI UNTUK

HARAKAH ISLAMIYYAH YANG SATU

 

Allah Subhanahu Wata‘ala memerintahkan kepada orang-orang Islam supaya mereka menjadi seperti tangan yang satu. FirmanNya di dalam Al Qur’an:

 

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (ugama) Allah, dan jangan berceraiberai.”

(Surah Ali-Imran: Ayat 103)

 

“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar

dan hilang kekuatan.”

(Surah Al-Anfal: Ayat 46)

 

Orang-orang Islam secara keseluruhannya berkewajipan untuk bekerja bagi melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata’ala ini. Tetapi bagaimanakah dapat kesemua orang-orang Islam di dalam sesuatu negeri bersatu sehingga menjadi seperti tangan yang satu, dan bagaimanakah pula seluruh orang-orang Islam di dalam suatu daerah dapat bersatu sehingga menjadi seperti tangan yang satu; dan bagaimana pula semua orang-orang Islam di dalam sesuatu benua atau di seluruh dunia dapat bersatu menjadi seperti tangan yang satu, menjadi blok yang satu?

 

Sesungguhnya kita berkewajipan untuk mencari dan memeriksa corak-corak penyusunan ( الصيغ التنظيمية ) yang dengannya matlamat di atas, dapat dicapai, serta berkewajipan memeriksa dan mencari individu-individu yang dapat bergerak ke arah pencapaian matlamat-matlamat ini. Begitu juga kita berkewajipan menyelidiki halangan-halangan yang merintangi usaha-usaha ke arah ini sehingga dapat kita membersihkannya. Orang-orang Islam tidak akan lemah dengan fadilat Allah untuk mencapai satu tahap yang sempurna di dalam usaha ini. Dan mereka mestilah bersatu buat mengahadapi sesiapa sahaja yang menghalang dan terlaksananya suruhan ini. Sesungguhnya di antara perkara-perkara yang membantu kita ke arah ini adalah dengan adanya langkah-langkah permulaan penyusunan yang tunggal di kalangan orang-orang Islam.

 

Oleh itu hendaklah wujud kesedaran Islam ( وعي الاسلامي ) yang luas terhadap apa yang semestinya kita kerjakan. Telah pun kita perkatakan dan Insyã’ALlah akan kita perkatakan lagi di dalam kitab ini sesuatu yang dapat membantu kita dalam usaha ke arah pencapaian matlamat-matlamat yang disebutkan di sini adalah merupakan satu ijtihad yang boleh diperbahaskan Ianya bukanlah merupakan satu-satunya corak yang tunggal, malah corak yang paling istimewa sekali adalah sesuatu yang dihasilkan melalul perbahasan dan sesuatu yang dilahirkan oleh pengalaman. Apa yang perlu ialah setiap orang-orang Islam menghulurkan tangan masing-masing kepada satu sama lain dan mendapatkan tahap minima dan maksima supaya kesemuanya dapat dipertemukan.

 

Ingatlah, selagi mana seluruh orang-orang Islam tidak dapat disusun dan selagi mana penyusunan-penyusunan Islam tidak dapat bertemu pada matlamat—matlamat yang tertentu, maka sesungguhnya satu pengabaian yang sangat merbahaya telah berlaku. Untuk itu orang-orang Islam perlu memiliki ‘aqal yang menyusun ( العقلية المنظمة )di mana ‘aqliyyah ini mampu melahirkan suatu tanzim yang sihat dan yang mampu kelahirkan perubahan-perubahan; semuanya ini mestilah bermula dari sekarang. Tanpa kesemuanya ini, kedudukan orang kafir akan bertambah kukuh dan lebar betapa ngerinya natijah di masa hadapan : Betapa sukarnya untuk mengelakkan bencana ini dan betapa banyak pula dosanya…

Ini antara saranan beliau untuk melihat umat Islam dapat bersatu, dalam konteks sekarang, kepelbagaian gerakan Islam agar dapat bersatu untuk merealisasikan matlamat Islam yang jelas dan besar. Tindakan ke arah penyatuan ini memerlukan kelapangan dada untuk menerima kepelbagaian perbezaan pandangan yang bersifat furu’ akan tetapi adalah perlu untuk disatukan dari sudut fikrah dan amal secara menyeluruh.

 

Sebelum ini atau sekarang, mungkin wujud secara rasmi atau tidak rasmi hebahan-hebahan kononnya ‘jemaah sekian-sekian dipihak kita’ atau ‘jemaah sekian-sekian puak sana’. Ini adalah apa yang selalu didengari. Walau bagaimanapun, saya belum melihat wujudnya kesepakatan yang konkrit untuk menyatukan amal Islami mengikut kepakaran dan kebolehan masing-masing. Kesatuan kehebatan umat Islam dari pelbagai ahli jemaah-jemaah Islam, masih belum dapat dilihat secara jelas pada ketika ini. Yang ada hanyalah kritikan dari jauh, rendah-merendahkan jemaah lain dan yang seangkatan dengannya.

 

Secara peribadi, saya ada keinginan yang tinggi untuk melihat bersatunya gerakan-gerakan Islam serta ahli-ahlinya di bawah satu payung utama sebagai jalan awal untuk melihat kejayaan umat Islam bersatu di dalam satu wadah, fikrah dan amal. Dari sudut NGO, memang bergerak ikut perancangan, tetapi sangat diharapkan agar perancangan tersebut dapat mencapai matlamat yang besar dan tidak ‘clash’ atau langsung jauh dari keutamaan yang perlu dicapai. Kesepaduan ini hanya dapat dicapai melalui berlakunya kesepaduan yang besar untuk capai matlamat yang lebih jelas.

 

Bersediakan kita bersatu?

 

P/S: Belajar berlapang dada dengan perbezaan pandangan sesama ahli gerakan Islam, tetapi ukhwah tetap dijaga, sifat tajarrud tetap terpelihara.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

3 Comments leave one →
  1. April 7, 2009 5:24 pm

    Bilakah lagi kita semua satu hati…..?

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    April 8, 2009 1:07 am

    Sekarang… Jangan tunggu sampai esok…🙂

  3. nur balqis permalink
    August 30, 2010 9:17 pm

    ~ marilah saudara2,,kta bsatu hati!
    ~ mmbawa 1 mtlamat dan misi utk mnggemilangkan panji ISLAM!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: