Skip to content

Antara Konflik Idea Baru dan Ukhwah Islamiyyah

April 4, 2009

Salam Aufklarung,

Hari Ini

Saya baru sahaja lepas temuduga untuk berusaha melanjutkan pelajaran ke INCEIF (International Centre For Education In Islamic Finance). Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya sedang ceburi ketika ini. Usaha melalui temuduga sudah, tinggal lagi untuk menghabiskan pengajian dan terus berharap dan berdoa pada Allah, apa yang sebenarnya terbaik untuk diri dan ummah.

Dapat atau tidak, soal kedua atau ketiga, yang utamanya ialah mesti tahu dan sedar apa yang dilakukan, untuk apa dan juga berusaha sehabis baik.

Gagasan Untuk Dihayati

Saya melihat gagasan pengislamisasian Ilmu pengetahuan adalah sebuah gagasan pencerahan untuk dihayati dan didukung oleh para ilmuan dan umat Islam seluruhnya. Ia bukan gagasan retorik semata-mata, tetapi ia adalah sebuah gagasan yang praktikal. Keperluan merombak sistem penulisan buku-buku teks dan rujukan yag seharusnya dipadankan dengan asas yang Islam ajar dan tuntut.

Proses pelaksanaan ini seharusnya didukung oleh para pendidik sama ada para guru ataupun para pensyarah ataupun para pendidik seluruhnya. Saya fokuskan idea ini agar dapat dihayati oleh para pendidik muda khususnya. Untuk lebih lanjut, cari dan bacalah buku atau artikel oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof Syed Muhammad Naquib AL-Attas, Islamil AL-Faruqi dan lain-lain tokoh yang berusaha untuk mempopularkan gagasan ini untuk dihayati dan dipraktikkan.

Pembudayaan Inteletual pula harus disemai bagi melahirkan umat Islam yang benar-benar menghayati kehidupan yang islamik melalui proses mendapatkan kebenaran dengan cara mentadabbur alam dan ayat-ayat al-Quran serta as-Sunnah.

Hindari prasangka, Tingkatkan Waspada, Perkasakan Ukhwah Islamiyyah

Budaya mentaklid tanpa membuat kajian, menuduh tanpa bukti, membuat spekulasi tanpa fakta yang jelas, lebih cepat membuat hukuman terhadap saudara seagama daripada mengambil sikap menghampiri dan mendapatkan penjelasan, mampu melahirkan permusuhan sesama umat Islam apabila perasaan sangsi dan ragu terhadap saudara seagama wujud di dalam diri. Ini mampu menjadi ‘percikan api’ yang akan menghancurkan kekuatan ummah dalam diam dan di atas alasan mahu ‘menjaga ummah dari pemikiran yang songsang’. Sejauh mana kebenaran ayat ini di mulut mereka, tidak diketahui.

Suasana politik, ekonomi, krisis pemikiran yang wujud di sekitar dan kekurangan ilmu di dada mempengaruhi emosi-emosi para penggerak Islam kampus masa kini. Wujud idea-idea baru untuk menggarakkan dakwah yang mungkin berbeza dengan cara atau pendekatan konvensional. Walau bagaimanapun, saya melihat ini adalah proses sihat untuk membuktikan bahawa mahasiswa Islam ada berusaha berfikir untuk kemaslahatan ummah. Janganlah disebabkan oleh perbezaan idea dan pandangan, maka kita perlu berpecah atau bermusuhan. Ini pengajaran buat diri saya sebenarnya.

Apa yang lebih penting bila timbul idea-idea yang baru ialah, ia perlu diperhalusi oleh sesiapa sahaja yang mengetahui idea-idea tersebut. Mengapa mereka mengutarakan idea-idea kontroversial tersebut? Untuk apa? Siapa pula yang bercakap tentang idea tersebut? Dan sebagainya. Jalani proses memahami apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain sebelum membawa orang lain memahami apa yang ingin kita perkatakan.

Islam mengajar agar kita dapat menghindari syakwa sangka, terutamanya terhadap saudara seagama, apatah lagi sahabat seperjuangan dalam satu ‘kenderaan’ yang sama.

Islam juga mengajar agar dakwah dapat terus dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana.

Islam mengajar supaya umat Islam yang matang agar dapat berfikir sebelum mengeluarkan padangan dan pendapat. Ini penting supaya selari dengan syarak. Walau bagaimanapun, cara seseorang itu berfikir bergantung kepada pandangan sarwa hidup masing-masing.

Sekiranya pandangan sarwa mereka adalah pandangan sarwa (world-view) Islam, insyaallah, padangan mereka adalah benar kerana ia menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai ‘guideline’ dalam berfikir.

Ukhwah Islamiyyah perlu terus disemai dan dijaga sebaik mungkin. Tidak kisah kamu dari PAS, JIM, ABIM atau apa sahaja pertubuhan Islam, umat Islam mesti bersatu dan memperhalusi idea-idea baru yang ditimbulkan. Mungkin tidak sesuai waktu ini, tapi ia mungkin amat berguna sedikit masa lagi.

Berbeza orang yang memberi idea serta terjun dalam perjuangan dengan orang yang memberi idea tetapi tidak terjun dalam perjuangan. Bahkan, tahap perjuangan seseorang itu juga berbeza. Jadi, analisislah dengan saksama dan nilailah dengan adil kerana Islam menuntut keadilan dalam membuat sebarang keputusan. Jangan kita zalimi usaha orang lain yang turut berusaha mahu melihat Islam gemilang di bumi Allah swt.

Untuk difikirkan bersama…

teliti-gambar-udara

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: