Skip to content

Perbualan Bawah Blok

April 1, 2009
tags:

Salam Aufklarung,

Sedang asyik ‘surfing internet, Sathia datang dan duduk dihadapan saya. Seperti biasa:

“Hai, apa khabar?” Sapanya pada saya.

“I sihat…” Spontan sambil tersenyum saya padanya.

Dia tengah tunggu hendak ambil air rupanya. Di bawah blok kami ada 2 buah mesin air Reverse Osmosis (RO). Sementara dia menunggu giliran, dia duduk di hadapan saya. Tiba-tiba dia bertanya:

“Aliff, You kalau sudah Grad, You nak jadi politician ke?” Tekejut saya bila ditanya begitu, tapi tidaklah saya tunjuk tersentak.

Saya kekalkan senyuman. Hendak berhadapan dengan sesiapa sekalipun, kekuatan ‘pandangan pertama’ terletak pada keimanan, keyakinan dan ketenangan pada wajah. Agar tidak timbul curiga dan mereka yakin dengan kita.

“Hm, tidak pasti lagi, Sathia. Tapi I prefer untuk join NGO pada masa yang sama memberi sokongan dan batuan tidak berbelah bahagi pada sesebuah parti yang saya yakini perjuangannya. Lepas grad lah” Saya jawab selamba.

“Jadi, kalau sekarang, kamu ada sokong mana-mana parti? You PAS ke?”

Subhanallah, macam manalah dia boleh teka saya orang PAS atau tidak. Pandai-pandai je dia.

“I sokong mana-mana parti yang mempercayai dan menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka”, Jawab saya sambil tersenyum dan tenang.

“I see.. Ei, I nak tanya, tentang isu hudud tu kan, betul ke hudud tu tidak melibatkan orang Islam?”

“Yup, betul la tu. Hukum hudud adalah sebahagian daripada undang-undang jenayah dalam agama Islam. Ia hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya yang bukan Islam mahu mengimplimentasikan hukum ini pada diri mereka juga, ia tidak menjadi masalah. Tapi ia bukan satu kemestian untuk di ikuti. Agama lain dibenarkan untuk mengamalkan cara hidup mereka..” Jawab saya panjang lebar.

Selain isu hudud, dia ada membangkitkan isu keadilan dalam Islam, perpaduan dan etika berhibur yang Islam ajar. Saya cuba setakat yang boleh untuk menerangkan pada dia apa yang sepatutnya dia tahu.

Ini hanya salah satu contoh perbincangan santai sementara menunggu air di bawah blok. Saya cakap pada Sathia, sebenarnya, amat jarang dan hampir tiada di kampus UMS-KAL ini mahasiswa seperti dia yang berani bertanya berhadapan. Saya pun sebenarnya amat senang jika lebih banyak lagi pertemuan-pertemuan sebegini rupa dapat dilakukan di antara para penggerak ISlam di kampus dengan golongan non-Muslim. Para peggerak Islam harus lebih terbuka dari sudut Personal Relation (PR).

Moga akan lebih ramai lagi rakan-rakan bukan Islam mendapat pengetahuan dan kefahaman tentang Islam. Kalau mereka takut mahu jumpa kita. Kita kena berjumpa dengan mereka.

Sekadar perkongsian petang…

P/S: PAS atau UMNO bukan persoalan dalam hal ini. Yang penting Dakwah dan islah perlu terus dijalankan.

 

Abbas Iecothinker

W.P Labuan

One Comment leave one →
  1. April 2, 2009 11:14 am

    Salam ziarah akhi..
    Best baca bawa blog..
    Santai dan berinformasi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: