Skip to content

Indonesia: Antara Pemikiran dan Era Baru Gerakan Islam (Part 2)

March 29, 2009

Oleh: Dr Khaliff Muammar

Watak Penjajah Dan Barat

Indonesia adalah antara negara yang kaya dengan sumber asli dan memiliki sumber manusia yang dapat menggoncangkan dunia. Ironisnya, kekayaan sumber alam dan sumber manusia ini tidak meletakkan bangsa ini di antara bangsa yang berpengaruh di dunia. Setelah lebih setengah abad para pnguasa gagal engurus dan memimpin bangsa ini dengan baik dan amanah adalah antara penyebab bangsa ini kian terpuruk.

Di samping kegagalan penguasa, ada beberapa perkara yang menyebabkan sesuatu bangsa itu terus lemah: Pertama, memiliki Watak Pasrah dan Kedua, memiliki Watak Submissif.

Ramai yang memberi jawapan bahawa punca kemunduran umat Islam adalah permasalahan dalam aspek politik dan ekonomi. Tidak sedikit juga yang berpandangan bahawa segala permasalahan umat akan selesai jika berlaku peralihan kuasa atau kuasa ekonomi berada di tangan umat Islam. Ini adalah jawapan yang mudah dilontarkan dan mudah difahami oleh masyarakat luas. Tetapi, ia juga adalah jawapan yang agak dangkal, tidak historis dan tiada mengakar. Mencari kesalahan pada satu pihak yang paling tampak dipermukaan  adalah langkah yang paling mudah dan menyenangkan. Sebenarnya jika diteliti dengan mendalam, akan jelas bahawa apa yang di lihat hanyalah yang wujud dipermukaan sedangkan yang keadaan yang sebenar adalah jauh lebih serius dan mendalam.

Berangkat dari premis yang ditegaskan dalam al-Quran bahawa nasib suatu ummah tidak akan berubah melainkan umat itu merubahnya sendiri, kita perlu melihat bahawa mungkin al-Quran ingin memberikan isyarat perlunya sesuatu dilakukan terhadap watak umat Islam. Kerana kejadian manusia tidak dapat diubah, yang menjadi kendala kepada perubahan yang didambakan adalah diri terutamanya pemikiran dan jiwa sesuatu bangsa. Keadaan diri ini apabila terpahat sekian lama akan mencipta watak yang tersendiri. Di sinilah kita akan melihat kepada psyche (watak) bangsa Melayu-Indonesia yang terhasil dari proses sejarah yang cukup lama.

Memang tidak banyak orang yang berani melihat kekuarangan dan keburukan sendiri, oleh itu, memahami dan berani mengakui untuk kemudian melakukan perubahan adalah sutu keberanian. Dalam al-QUran, Allah swt menjelaskan bahawa walau apapun tragedi yang menimpa kita adalah kerana kita sendiri:

Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kalilipat kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar) kamu berkata: Dari mana datangnya (kekalahan) ini?, katakanlah: Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (ALi-Imraan:165)

Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa sarjana bahawa umat Islam memiliki watak pasrah, berjiwa submissif dan berfikiran tawanan (the captive mind). Syed Husein al-Attas menegaskan bahawa dalam masyarakat membangun hari ini yang telah lama bebas dari penjajahan dan ramai cerdik pandai tetapi kewujudan intelektual sebenarnya hampir tidak ada sama sekali. Yang berpengaruh malah ‘orang pandir’ sehingga bangsa gagal menyelesaikan masalahnya.

Pandangan beliau ini tentu bukan hanya berkaitan pemikiran dan intelektualisme tetapi juga kejiwaan bangsa tersebut kerana keduanya saling berkaitan. Malik Bennabi menegaskan bahawa colonisibility atau kecenderungan untuk dijajah, yang menjadi punca penjajahan berlaku sekian lama terhadap umat Islam. Kelemahan dalaman ini terjelma kerana sikap terlalu kagum terhadap Barat, lalu mengnggap segala apa yang datang dari Barat adalah yang terbaik. ekaguman yang keterlaluan ini datang kerana mereka menganggap diri mereka kecil dan perasaan kerdil ini lahir setelah sekian lama diperkecilkan. Maka watak orang yang dijajah, baik kesan daripada penjajahan tradisional mahupun panjajahan baru (neo-imperalisme) adalah suka mengikut penjajah, sehingga dalam menyelesaikan masalah sendsiripun, kaedah dan parameter yang digunakan selalunya diambil daropada penjajah.

Watak sesuatu bangsa benar-benar wujud. Kita melihat bagaimana sesuatu bangsa secara kolektif mempunyai keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri. Mereka berfikir bersama, merasakan kepaitan bersama, mempunyai semnagat bersama dan rasa bangga terhadap pencapaian bangsa, semanagt untuk membangunkan bangsa sendiri. Semua ini berlaku dalam proses yang panjang, dan kondisi sosio-politik sesuatu masyarakat banyak mewarnainya. Tentunya keadaan bangsa yang selalu diperhambakan, dperkecilkan dan mengalami pembodohan untuk sekian lama bayak mempengaruhi watak negatif ini.

Pemerintahan feudal Hindu-Budha selama sekitar dua ribu tahun sebelum kedatangan Islam tentu memberi kesan yang mendalam ke atas watak dan identiti bangsa. Hanya setelah beberapa abad Islam masuk, penjajah datang untuk merampas kemerdekaan bangsa ini. Penjajahan juga berperanan menindas dan memeras rakyat untuk kepentingan kompeni. Setelah Indonesia merdeka, seperti dinyatakan oleh Rendra, ia diperintah oleh penguasa-penguasa di kalangan bangsa sendiri yang mengikut model dan cara pemerintahan penjajah. Justeru itu, pemerintahan diktator dan otoriter pada zaman Orde Lama dan Orde Baru tidak memulihkan watak pasrah dan watak submissif bangsa ini. Malah tanpa disedari gaya pemerintahan ini telah mengekalkan watak tersebut untuk kepentingan politik. Atas dasar ini Rendra mengatakan bahwa walaupun Indonesia telah merdeka tetapi rakyat Indonesia masih belum Merdeka. Rakyat masih lagi dijajah dan ditindas oleh kapitalis-kapitalis yang memeras kekayaan negara.

Semua peristiwa hitam ini terpahat dalam sejarah bangsa dan ia menjadi sebagian dari memori dan identitas bangsa ini. Peristiwa-peristiwa yang menjadi sebagian dari pengalaman bangsa ini mahu tidak mau memberi kesan yang luar biasa kepada wataknya.

Persoalan selanjutnya adalah bagaimanakah membuang watak-watak negatif tersebut kepada watak yang positif, maju dan merdeka? Watak-watak ini perlu dibuang karena ia menjadi puncak kemunculan budaya yang anti kemajuan, sehingga bangsa senantiasa dihantui kemunduran dan keterpurukan. Watak pasrah akan menyebabkan masyarakat tidak mau atau tidak merasa perlu berusaha lebih, menerima kemiskinan, kesempitan, kejahilan, penindasan sebagai ketentuan nasib yang tidak mungkin dirubah. Masyarakat seperti ini tidak mampu melihat sumber dan sebab-sebab yang mengakibatkan keterpurukannya. Ada keengganan untuk bertindak menghilangkan sebab-sebab kemunduran atas alasan tidak ada apa yang dapat diperbuat. Ini menjadikan bangsa itu bangsa yang pesimis, menganggap nasib sesuatu yang tidak dapat dirubah. Pengaruh Hindu-Jawa yang seharusnya menipis dengan proses Islamisasi kembali menebal dengan proses subjugasi.

Watak submissif adalah kecenderungan seseorang untuk tunduk dan ikut apa saja yang diperintahkan oleh “si tuan”. Orang seperti ini tidak merasa memiliki dirinya sendiri. Tuannya berhak memperlakukan apa saja terhadapnya. Dalam sistem feodal hal ini tertanam dalam fikiran bangsa kita. Apa saja usaha yang dilakukan oleh rakyat hasilnya adalah untuk diberikan kepada Raja. Karena segalanya milik Raja. Dalam zaman penjajahan hal ini berlaku dengan paksaan dan ancaman. Penjajah telah memeras sumber manusia dan sumber alam bangsa ini melalui kerja paksa.  Sehingga ketika membina jalan raya Anyer-Panarukan ratusan ribu rakyat mati akibat kerja paksa. Bangsa yang berwatak submissif akan menerima nasib sedemikian sebagai takdir. Di sinilah puncak wujudnya sikap fatalis. Mereka merasakan memang sudah nasib mereka demikian. Sabar adalah satu-satunya yang dapat menenangkan mereka.

Watak pasrah dan hamba ini menimbulkan satu budaya yang menghalang kemajuan. Budaya anti kemajuan akan merubah nilai-nilai yang sekian lama ternanam dalam identitas bangsa. Nilai kejujuran, nilai keberanian, nilai solidaritas sosial akan lenyap dan diganti dengan nilai kerakusan, nilai kepentingan diri, nilai kebendaan. Akhirnya korupsi yang semula dikecam dalam agama menjadi perkara yang lumrah dan keperluan hidup. Maka korupsi menjadi budaya dan kualitas menjadi tidak penting lagi. Dan akhirnya masa depan bangsa yang tergadai.

Maka untuk merubah watak bangsa, arah aliran mesti dibalikkan. Tentunya pertama sekali bangsa itu perlu dibebaskan daripada penindasan dan subjugasi. Ini tidak akan berlaku jika bangsa itu tidak sadar bahwa apa yang dialaminya adalah satu bentuk penindasan dan subjugasi. Watak akan berubah jika budaya berubah dan budaya akan berubah jika nilai berubah. Karena budaya adalah penjelmaan nilai-nilai.

Dalam Islam, nilai yang baik datang daripada Allah swt dan nilai yang buruk datang daripada syetan. Maka untuk menanamkan nilai-nilai murni, umat Muslim perlu kembali kepada Islam. Karena itu Islam menentang materialisme, hedonisme, penindasan, dan menggalakkan kesetaraan,  keharmonian dan keadilan.

Kunci kepada perubahan watak dan nilai-nilai ini adalah kesadaran. Dan kesadaran bukan sesuatu yang dapat dipaksakan. Ia perlu melalui proses pendidikan baik formal maupun bukan formal. Karena itu pendidikan bertujuan untuk meningkatkan kesadaran manusia (the raising of human consciousness).

*Penulis adalah seorang akademia di Kolej Dar al-Hikmah dan Penyelidik di Akademi Kajian Ketamadunan (AKK). Menamatkan program Sarjana Muda di Universiti Mu’tah, Jordan (1998) dalam bidang Shari‘ah dan Pengajian Islam, kemudian memperolehi M.A. (Islamic Civilization) pada tahun 2003 daripada ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization), UIAM.

P/S: Kaitkan penulisan beliau dengan keadaan yang sedang berlaku di negara Malaysia kini. Isu PPSMI adalah sebagai contoh.

2 Comments leave one →
  1. March 29, 2009 8:18 pm

    Assalamualaikum

    Setuju sekali….bahkan sampai pemimpin bangsa ini masih tertular gaya hindia Belanda…semua aset di kelola pihak asing

  2. April 1, 2009 3:24 am

    Abbas, teruskan usaha mendekati semua orang. jangan ada sikap pendakwah sensitif, jijik nak dekat dengan orang yg xpakai tudung, pelacur, mat rempit, maknyah…salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: