Skip to content

Keperluan Golongan Intelektual Dalam Gerakan Islam

March 27, 2009

Salam Aufklarung,

Saya baru sahaja membaca blog Ustaz Dzulkhairi (Presiden GAMIS), tentang artikel berjudul Rehlah Pintas Jemaah. Saya tertarik dengan isu ringkas yang dikupas tentang keperluan para aktivis gerakan Islam untuk memiliki tahap inteltual yang tinggi bagi berhadapan dengan serangan pemikiran yang semakin dahsyat.

Golongan intelektual Islam tidak boleh dikesampingkan sumbangan mereka dalam bidang pengkajian sesuatu bidang ilmu selain dari bidang khusus Usuluddin atau Hadis atau yang berkaitan dengannya. Golongan intelektual Islam harus dihasilkan dengan berlakunya peningkatan dari tahun ke tahun dalam pelbagai bidang kepakaran untuk mengurus sistem dan memperbaiki pemikiran umat.

prof-smn-al-attasSaya gembira dan bersyukur kepada Allah swt, apabila melihat peningkatan bilangan kelahiran aktivis dakwah setiap tahun. Tetapi semakin hendak meninggalkan dunia kampus, saya makin risau melihat situasi semasa para aktivis kampus. Gerakan Islam kampus masih dan amat kekurangan ahli aktivis yang mempunyai semangat untuk memajukan diri dalam bidang akademia. Saya tidak maksudkan untuk menjadi seorang ahli akademia yang buta realiti! Tetapi saya memaksudkan agar lahirnya ahli akademik dalam kalangan aktivis gerakan Islam seperti mana lahirnya Prof. Hassan Hanafi (kaderan Ikhwanul Muslimun di Mesir), Prof Wan Mohd Nor Wan Daud (MISG), Ustaz Zaharuddin (GAMIS), dan ramai lagi ahli akademia yang faham perjuangan dan tanggungjawab mereka tehadap Islam. Mereka adalah pelengkap kepada perjuangan para Tuan Guru dalam bidang agama.

150px-ismail_raji_al-faruqi

Sebarang rasa prejudis kepada golongan seperti mereka hendaklah dijauhkan dalam hati sanubari para aktivis dakwah gerakan Islam.

Iya, mereka mungkin tidak bergerak kerja bersama sahabat-sahabat di dalam wadah sedia ada seperti PAS sebagai contoh, tetapi sedar atau tidak, mereka sebenarnya boleh jadi pelengkap kepada kewujudan para aktivis dakwah sedia ada.

Prinsipnya di sini, lapangkan dada. Terima kewujudan pihak-pihak lain yang turut mahu memperjuangkan Islam melalui wadah yang mereka pakar di dalamnya. Gerakan Islam memerlukan mereka dalam konteks pengesahan sesuatu bidang ilmu dan dalam persediaan ke arah mendirikan sebuah daulah Islam yang teguh.

Jangan ada prejudis dalam diri para aktivis dakwah yang tidak sehaluan dengan kita dari sudut wasilah. Yang penting, kita sendiri kena perkasakan diri, untuk kita perkasakan Islam di mata manusia yang semakin meninggalkan Islam dalam kehidupan. Umat Islam harus bersatu untuk berhadapan dengan musuh yang semakin ganas.

Pengislamisasian Ilmu

Istilah ini mula digunakan oleh seorang cendekiawan Muslim, Prof Syed muhammad Naquib Al-Attas. Dan gagasan ini terus di popularkan oleh Dr Ismail al-Faruqi serta yang seangkatan dengan beliau yang mendukung gagasan ini.

Gagasan Pengislamisasian Ilmu (The Islamization of knowledge) ini secara ringkasnya merujuk kepada keperluan para intelektual Muslim masa kini dalam usaha untuk menghilangkan jurang akibat sistem pendidikan secara dikotomi yang memisahkan Islam dan sains serta dalam  bidang-bidang ilmu kehidupan yang lain. Jika sekarang, kita ada subjek Usuluddin, Hadith, Syariah. Ini dalam bidang agama. Manakala, ada pula bidang pengajian kedoktoran, pemasaran, perakaunan dan sebagainya. Kita jangan menyangka, dengan adanya bidang pengajian Usuluddin, Hadith dan yang seangkatan dengannya, ia sudah cukup untuk mengatakan sesebuah sistem pendidikan itu adalah syumul. Tetapi sebenarnya, adalah penting dan perlu pada masa kini ialah untuk merombak semula disiplin-disiplin ilmu yang ada, seperti kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan, perniagaan, dan sebagainya untuk disaluti dengan aqidah Islamiyyah dan epistemologi ilmu Islam.

Proses penyatuan atau pengintegrasian ilmu sebegini yang perlu diperluaskan pada masa kini, agar dapat melahirkan genersi quran yang benar-benar hidup dalam ruang lingkup Islam bagi setiap bidang yang mereka ceburi.

Gagasan pengislamisasian Ilmu ini adalah sebuah gagasan besar yang perlu disedari dan dipikul oleh setiap Muslim. Ia bukan proses menempel Islam pada ilmu-ilmu sekular hasil kajian barat, tetapi ia adalah satu proses pemurnian semula ilmu-ilmu Allah yang telah dicemari dengan dasar-dasar sekularisasi dan liberalisasi.

Akhir kata, gerakan Islam harus bersedia dengan para aktivis yang mempunyai kepelbagaian kepakaran, sama ada dalam geraka kerja yang laju mahu pun dari sudut kepakaran dalam pengurusan sesuatu sistem yang amat diperlukan dalam Islam.

P/S: Sekadar lontaran, pada saya, ilmu falsafah perlu dipelajari oleh para aktivis dakwah untuk mengetahui akar permasalahan umat Islam hasil daripada tercemarnya pemikiran umat Islam dengan falsafah-falsafah Barat Moden ataupun Skolastik. Kajian tentang akar dan punca perlu disedari. Konsep isme-isme ciptaan manusia perlu dicerna oleh para aktivis dakwah. Ini penting untuk maslahah dakwah.

 

Abbas Iecothinker

W.P Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: