Skip to content

Indonesia: Antara Pemikiran dan Era Baru Gerakan Islam (Part 1)

March 27, 2009

Salam Afklarung,

Sedikit perkongsian artikel tulisan Dr Khalif Muammar, buat tatapan sahabat-sahabat pembaca. Penulisan ini walaupun ditujukan kepada masyarakat Muslim di Indonesia, tetapi ada relevannya ia dikaitkan dengan situasi permasalahan umat Islam di Malaysia.

Oleh : Dr Khalif Muammar*

Lebih seratus tahun wacana kebangkitan Ummah (al-Sahwah al-Islamiyyah) dikumandangkan, wacana kebangkitan Ummah sering dilontarkan para cendekiawan. Tetapi mengapa nasib umat ini masih tidak berubah? Mengapa usaha umat ini sering menemui kegagalan?

Memahami Masalah Ummat

Sejarah adalah rakaman memori yang menentukan identiti bangsa atau umat. Tanpa memori yang betul, maka akan sangat sulit sesuatu bangsa mengekalkan identitinya. Tanpa identiti yang jelas pula, sesuatu bangsa atau umat tidak akan mempunyai masa depan yang cerah. Masyarakat akan tidak mengerti sejarah dan keliru tentang identiti mereka jika banyak fajta-fakta sejarah telah diselewangkan baik oleh para penjajah untuk kepentingan imperialisme mahupun para penguasa bangsa untuk kepentinbgan status quo. Penyelewengan sejarah ini menyebabkan kekaburan identiti ssuatu bangsa sekaligus kekaburan masa depannya.

Hakikat sejarah mencatatkan bahawa bangsa ini telah memilih Islam sebaai agama dan cara hidup mereka sejak lebih kurang seribu tahun yang lalu. Malangnya, hari ini warisan Islam telah dipinggirkan dan sebaliknya warisan agama tertentu pula yang sering dipuja dan di perbesarkan.Sepatutnya Islam dan warisan Islam yang mendapat tempat Istimewa dalam sejarah dan identiti bangsa ini. Penekanan kepada unsur-unsur Hinduisme ketika Orde Baru menyebabkan unsur-unsur keIslaman semaikin mnipis.

Kekeliruan identiti ini mengakibatkankekeliruan epistemologi. Pemikiran umat kian terpengaruh dengan pemikiran-pemikiran yang berlawanan dengan pandangan alam (world-view) Islam. Baik pemikiran sekular-liberal yang diadaptasi dari Barat ataupun pemikiran-pemikiran sesat yang tidak mempunyai kerangka pemikiran yang kukuh (contoh: Logikal Positivisme) sentiasa ditonjol-tonjolkan manakala pemikiran benar yang bersumberkan Islam kian tenggelam.

Arus Sekularisasi, modernisasi dan globalisasi yang deras ini telah menghanyutkan banyak golongan termasuk golongan cendekiawan sendiri yang spatutnya berfungsi menerahkan umat.

Apa Disebalik Kemunduran Ini?

Dengan rahmat dan kebijaksanaan Allah swt, para Nabi diutus dengan risalah tauhid. Tauhid tidak hanya berfungsi sebagai suatu pegangan sahaja, tetapi juga sebagai liberating force (wahana pembebasan). Misi Nabi Musa bukan hanya menyampaikan mesej dari Allah, tetap juga membebaskan Bani Israel dari belenggu penindasan Firaun. Bangsa tersebut telah mengalami penghambaan (isti’bad), pembodohan (istikhfaf) dan subjugasi (istid’af).

Firaun telah memperbodohkan umatnya dengan mengaku sebagai Tuhan (fasrakhaffa qawmahu). Dia selalu memaksa dan menindas bangsanya untuk tunduk dan patiuh hanya kepadanya. Maka melalui tauhid, Islam berperanan memerdekan manusia dari segala bentuk belenggu untuk kemudiannya menjadikan sesuatu bangsa itu bertamadun dan memimpin dunia.

Jadi tauhid dalam Islam adalah antithesis (percanggahan) kepada penindasan, pembodohan dan subjugasi (penaklukan). Dalam hal ini, ucapan masyhur Saidina Umr yang menentang penindasan amat jelas:

“Sejak bilakah kamu mempunyai hak untuk memperhambakanmanusia sedangkan mereka telah dilahirkan oleh ibu-ibu mereka sebagai manusia merdeka.”

Penindasan walau apa bentuk seklipun akan melemahkan sesuatu bangsa dan umat. Al-Khawakibi (1855-1902) melalui bukunya Taba’i al-Istibdad telah menentang keras pemerintahan despotic (zalim), kuku besi yang dilakukan oleh pemerinta di zamannya. Al-Khawakibi, yang terpaksa menulis buku tersebut tanpa memberikan nama sebenarnya, mengatakan bahawa masalah utama umat Islam ketika itu yang menyebabkan umat Islam semakin mundur dan lemah adalah pemerintahan absolutis (prinsip kerajaan berkuasa mutlak atau al-Istibdad al-siyasi).

Tetapi penindasan adalah sesuatu yang biasa berlaku dalam sejarah. Atas dasar ini, Ibnu Khaldun, jauh sebelum Lord Acton, menegaskan bahawa penguasa, secara tabatnya cenderung menindas. tetapi Ibnu Khaldun kemudian memberi solusi bahawa hanya apabila pemerintahan benar-benar berdasarkan kepada agama, maka penindasan tidak berlaku. Kerana itu, apabila Islamn tidak memisahkan politik dari agama,ia menginginkan agar kuasa perlu berada di tangan orang yang beradab. Kerana orang yang tidak beradab tidak akan melakukan “abuse of power”.

ealitinya penindasan dan neo-imperalisme masih berlaku sehingga ke hari ini. Kapitalisme sering dikaitkan dengan imperialisme moden di mana kekayaan sumber alam dan sumber manusia dari negara-negara miskin dieksploitasi untuk kepentingan golongan kapitlis dengan mengorbankan keseimbangan alam sekitar dan kesejahteraan sosial. Kuasa Barat menyokong penguasa-penguasa despotik dan absolutis Islam. Ini kerana kemunduran dunia Islam dan kebergantungan para penguasa kuku besi ini akan menguntungkan Barat. Jelasnya kuasa besar tidak akan membiarkan umat Islam sepenuhnya merdeka dan maju.

* Penulis adalah eorang akedemiadi Koleh Dar al-Himah dan Penyelidik di Akedemi Kajian Ketamadunan (AKK). menamatkan program Sarjana Muda di Universuiti Mu’tah, Jordan (1998) dalam idang syariah dan Pengajian Islam, kemudian memperoleh M. A (Islamic Civilization) pada tahun 2003 daripada IStac (International Institute of Islamic Thought and Civilization), UIAM                                                                                                                                                                                                                                         

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: