Skip to content

Tekanan dan Sang Murobbi

March 23, 2009

Salam Aufklarung,

Terima kasih buat ukhti Munirah yang sudi menghantar DVD Sang Murobbi dari semenanjung pada minggu lepas. Beliau hantar hari Selasa, dapatnya hari Jumaat. Risau juga pada mulanya, sebab tidak sampai-sampai lagi walau sudah lebih 3 hari. Biasanya, jika Pos Ekspress, dalam masa 3 hari, akan sampai ke Labuan.

Hari Jumaat lepas, akhi Johan tolong ambilkan sampul Pos Ekspress tersebut dari pejabat Kolej Kediaman. Rupa-rupanya ‘terperap’ di Kolej Kediaman, bukan pejabat HEP. Alhamdulillah, sampai juga.

Kehadiran DVD tersebut memang tepat pada masanya. Mungkin ini ubat dari Allah untuk’ mengecas’ jiwa yang sedang celaru. Sehingga semalam, sudah 4 kali saya ‘khatam’ menonton Sang Murobbi. Tujuannya, untuk menyerap semangat juang Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah melalui kisah hidup beliau. Kisah tersebut saya rasa amat dekat dengan diri saya.

De-motivated

“I felt de-motivated right now. DOn’t look my face like that!”

Teringat kembali dialog Miss Sylvia pada seorang pelajarnya minggu lepas. Dia punya masalah tersendiri. Tekanan tersendiri. Kadang-kadang aku terfikir, antara dia dengan aku, siapa yang lebih tertekan? Tiada jawapan…. Aku sendiri kurang pasti.

Kadang-kadang, tekanan lahir akibat perbuatan diri sendiri yang menyalahi ‘sistem’ sedia ada. Pendek kata, cari masalah sendiri. Sistem sudah cantik, tetapi akibat sesuatu perkara lain, sistem sedia ada dilanggar. ‘Short-cut’ di ambil kerana merasakan itu jalan yang terbaik. Sedangkan, akibatnya adalah sangat ambiguity (samar-samar).

Tekanan boleh jadi pemangkin positif untuk lebih Istiqamah dalam perjuangan. Dan ia mampu menjadi pemangkin negatif untuk futur dlam perjuangan. Mana satu yang perlu dipilih oleh para pejuang Islam dalam hal ini? Sudah tentu menjadikan tekanan sebagai pemangkin positif dalam perjuangan.

Tekanan juga ialah perkara subjektif. Tiada siapa dapat menilai tekanan siapa yang lebih hebat, tekanan siapa yang kurang hebat. Ia adalah subjektif. Siapa kita untuk menilai tahap ‘soalan ujian’ Allah swt ini pada setiap hambanya. Yang penting, adalah bagaimana kita berhadapan dengan ujian Allah. Kita juga diseru supaya memandang orang-orang yang lebih susah daripada kita supaya kita dapat merasakan bahawa tahap ujian kita tidaklah sehebat tahap ujian yang mereka alami. Dengan itu, akan wujud sifat qanaah dalam diri.

Spirit Sang Murobbi

Kehadiran DVD Sang murobbi amat saya hargai. Saya tidak jemu menonton filem tersebut Ia membuatkan saya makin menghargai fikrah perjuangan yang saya dukungi. Semakin mempertajamkan fahmu dan sifat tajarrud di hati. Semakin mengubat kecelaruan di hati.

Setiap kali saya menonton cerita tersebut, setiap kali itulah saya dapat belajar perkara baru yang tidak saya ketahui sebelum itu. Cerita yang sarat dengan semangat perjuangan, membuatkan diri bermuhasabah dengan tahap yang sedang dilalui sekarang.

Di mana tahap diri ini? Yang pasti masih terlampau rendah dan masih banyak yang perlu dipelajari disamping nasihat dan semangat oleh para sahabat dan murobbi.

Sama-sama kita hayati cerita Sang Murobbi. Mencari spirit yang hilang.

One Comment leave one →
  1. March 25, 2009 7:56 pm

    salam ziarah akhi, lama tidak berkunjung ke sini🙂

    filem sang murobbi tu dari indonesia kan? kalau begitu, mungkin sangat sesuai dengan diri ana untuk menonton, kerana ingin mencari spirit yang seakan-akan pudar. insya Allah dibeli secepat mungkin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: