Skip to content

Kem Remaja Unggul 09: Suatu Pendedahan Realiti

March 17, 2009

Salam Aufklarung,

Dua hari lepas, berakhir sudah program Kem Remaja Unggul anjuran Majid Jamek  dengan kerjasama JAWI dan Persatuan SIswazah Sabah Cawangan Labuan (PSS-L).

Para peserta yang terdiri daripada 26 orang muslimin dan 10 orang Muslimat berjaya menghabiskan kursus ringkas ini yang bermula pada tengah hari Sabtu dan berakhir pada tengah hari Ahad lepas.

Khazanah Labuan Yang Perlu digilap

Para peserta yang hadir merupakan khazanah Labuan yang bakal mencorak bumi Labuan satu hari nanti. Adalah satu kerugian apabila khazanah yang di miliki ini tidak digilap sebaik dan secantik mungkin. Akibatnya ‘khazanah’ tersebut mampu membawa kehancuran kepada bumi Labuan satu hari nanti.

Generasi muda Labuan masa kini sedang berhadapan dengan kesan virus-virus Sekularisme, Liberalisme dan Pluralisasi agama. Mereka tidak akan sedar jika tiada pendedahan diberikan. Tambahan pula, mereka dihimpit dengan budaya hidup yang amat menyedihkan. Proses pembesaran mereka di zalimi dengan persekitaran yang negatif. Penjualan arak yang terbuka dan murah serta sedang didapati, pusat-pusat hiburan yang bersepah di sana sini sekitar Labuan, penjualan rokok yang pelbagai dan murah dan kegiatan pelacuran yang aktif adalah sarana-sarana yang membantu ke arah penghancuran generasi baru Labuan.

Sesuatu perlu dilakukan untuk atasi masalah sosial yang kian meruncing.

Tetapi, bila lihat adik-adik peserta yang hadir ke program, saya rasa gembira dan bersyukur kerana mereka dibuka pintu hati untuk ikut serta. Semoga mereka bakal merubah suasana Labuan satu hari nanti.

dsc00038

Peserta Muslimin Yang Hadir. Lingkungan tingkatan 1 hingga 5

dsc00041

Peserta Muslimat Yang Hadir

Ini adalah permulaan bagi proses menggilap ‘khazanah’ Labuan.

Terima Kasih atas kerjasama dari semua pihak termasuk sahabat-sahabat kampus yang sudi melapangkan masa menyokong program ini.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

2 Comments leave one →
  1. March 17, 2009 5:28 pm

    salam ziarah ya Iecothinker…
    ana teruja melihatkan… bukan sahaja orang tua malah anak-anak muda mengikuti program seumpama ini… Inilah cabaran yang perlu ditempuh penggerak dakwah kampus dan kawasan dalam menilai kembali sejauh mana peranan dakwah yang dimainkan…sama ada berlagu itu nyaring atau hanya membutuhkan jiwa yang longlai…

    Labuan dahagakan aktiviti dakwah…

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    March 18, 2009 9:07 am

    Betul tu,tuan…

    Baru ana dapat menghayati konsep rausyanfikir…

    Bukan hanya berfikir untuk ummat, malah turut terjun dan menghayati masalah ummat. Dari situ, ana yakin dapat membina strategi pengislahan ummat dengan lebih tepat, insyaALlah..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: