Skip to content

Penerusan Agenda Dakwah di Bumi Labuan

March 9, 2009

Salam Aufklarung,

Persatuan Siswazah Sabah Cawangan Labuan(PSS-L) meneruskan lagi agenda dakwah di bumi Labuan.Ketika sahabat-sahabat seperjuangan di semenanjung sedang berjuang memepertahankan kedaulatan Bahasa Melayu di jalan raya, kami di sini meluangkan sedikit masa untuk melaksanakan dua agenda penting pada minggu ini iaitu melawat seorang muallaf dan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah para peserta Kem Intelek Madani yang lepas.

Program yang melibatkan hampir 10 buah rumah peserta muslimat dilengkapkan lagi dengan ziarah bertemu dengan saudari Syafiqah binti Abdullah mengambil masa selama dua hari untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan dipermudahkan Allah.

Ini antara gambar-gambar sepanjang program berkembar berlangsung:

adk-syafiqa-11

Adik Syafiqah bersama para mujahidah Labuan. Adik Syafiqah ada seorang anak berusia hampir 5 tahun tapi sedang berada di Papar, rumah ex-mertuanya.

rmh-andi-3

Ini pula gambar ibu dan adik bungsu Andi, Ikhwan namanya.  Andi mempunyai 7 orang adik beradik, tetapi rumahnya sangat kecil. Memang menginsafkan bagi saya dan sahabat-sahabat yang lain.

rmh-aisah-2

Ayah adik Siti AIsah yang sedang berbual dengan saudara Syukri selaku S/U PSS-L. Besar harapan ayahnya untuk melihat anaknya berpeluang mendapat kemudahan pembelajaran seperti anak-anak orang lain. Pak cik ini sudah pencen dan anaknya seramai 6 orang dan masih kecil-kecil belaka.

rmh-fariza-2

Salah sebuah rumah peserta. Kelihatan nenek peserta yang sedang sakit dan baru pulang dari hospital.

Keadaan semenanjung sedang hangat dengan isu kebobrokan politik dan kehilangan perngiktirafan keintelektualan, manakala di bumi Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, krisis jati diri dan kelonggaran dalam aspek pengalaman hidup beragama menjadi cabaran buat para pendakwah yang ada di sini.

Agenda dakwah akan terus diperkasakan dari masa ke semaa, Insyaallah.

P/S: Hari ini adalah ulang tahun kelahiran Baginda Nabi SAW, ada majlis berbuka puasa di masjid, undur diri dulu…

*Saya tiada di dalam gambar kerana sibuk menangkap gambar.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

 

 

 

 

 

8 Comments leave one →
  1. March 9, 2009 11:31 pm

    salam maulidurasul…..
    aktiviti ziarah madani yang dijalankan selama dua hari. Membuka mata, membuka minda, mengajak otak mentafsir realiti masyarakat labuan…..
    SYUKUR Alhamdulillah kerana program ini berlangsung seperti yang dirancang..
    tambahan pula, adik2 KIM merasa gembira dengan kedatangan kami…
    Matlamat utama:
    1) Merapatkan Ukhuwah Islamiyah yang diimpikan selama ini,
    2) Mendekati adik-adik dan cuba mengenali mereka dengan lebih.
    3) Mendidik Jiwa adik2 untuk terus berbakti di tanah air sendiri.

    Komen..!
    program ini best walaupun banyak rintangan dan halangan yang terpaksa dihadapi…

  2. March 10, 2009 2:29 am

    Syukurlah krn Allah masih memberi kita peluang untuk bermuhasabah dengan setiap perkara yg kita lihat dan pengalaman2 yg berharga ini..mudah-mudahan dengan aktiviti sebegini lebih mendekatkan kita denganNya..

  3. March 11, 2009 6:57 am

    Tahniah PSS Labuan… teruskan usaha dalam mencari keberkatan dan keredaan dariNya…

    Sesungguhya Pulau Labuan amat dahagakan jiwa-jiwa seperti kalian…

  4. March 11, 2009 5:40 pm

    Salam ziarah..alhamdulillah..PSS-L dah benar2 turun ‘ke lapangan umat’..jd bila enta nk ‘selamatkn’ kak Syafiqah? besar amal tuan.. 🙂

  5. Aliff Bin Basri permalink*
    March 11, 2009 11:28 pm

    Salam Aufklarung buat sahabt sperjuangan yang memberi respon.

    Syukran atas sokongan kalian. Moga terus istiqamah dalam perjuangan..

    Khas buat nurilhakim,
    ana suggest enta yang paling sesuai ‘selamatkan’ syafiqah..

    Insyallah, tuan….
    🙂

  6. Aliff Bin Basri permalink*
    March 11, 2009 11:28 pm

    Salam Aufklarung buat sahabt seperjuangan yang memberi respon.

    Syukran atas sokongan kalian. Moga terus istiqamah dalam perjuangan..

    Khas buat nurilhakim,
    ana suggest enta yang paling sesuai ‘selamatkan’ syafiqah..

    Insyallah, tuan….
    🙂

  7. March 12, 2009 6:23 am

    Salam..maaf, asriabdullah dah setuju dah nk ambil..alhamdulillah

  8. inksensei permalink
    March 12, 2009 7:14 am

    teruskan perjuangan bro…jangan abaikan saudara kita =)

Leave a comment