Skip to content

Kembara ‘Passion For Meaning As Allah Servant’

March 6, 2009

Salam Aufklarung,

Hijrah 1430 menggerakkan saya untuk terus mencari makna kejadian diri sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumiNya.

Proses kembara ilmu diteruskan dengan penemuan beberapa buah buku yang saya perlukan untuk menambahkan lagi kefahaman saya tentang Islam dan falsafah. Tujuannya ialah untuk mencari formula penyelesaian kepada masalah ummah yang sedang melanda. Bidang falsafah dan Islam ini tidak saya pelajari di dalam dewan kuliah. Malah ia tidak ditawarkan oleh pihak UMS kepada para pelajarnya. Ia juga tidak begitu popular dalam kalangan mahasiswa untuk diteroka melainkan oleh sesiapa yang benar-benar berminat untuk menerokainya sendiri.

Saya mula menyelongkar perpustakaan UMS-KAL, tapi hampa. Tidak banyak buku-buku karangan para pemikir Islam. Yang ramai ialah penulisan para pemikir barat.

Adakah UMS-KAL mahu melahirkan seorang yang faqih dalam ilmu-ilmu kapitalis  dan disebatikan jiwa mereka dengan falsafah-falsafah dari Barat?

Memang ia merupakan proses pendidikan yang holistik untuk melahirkan mahasiswa yang berminda kebaratan.

Saya tidak berniat mahu menyalahkan pihak UMS dalam hal ini. Cuma saya ingin membuka mata semua pihak, terutamanya para pentadbir dan mahasiswa UMS-KAL sendiri.

Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang diadun dengan baik untuk menjadi ‘mesin’ kepada sistem kapitalis dewasa kini (baca: Universiti and The Captive Mind, Wan Rausyanfikir). Ia dilengkapkan lagi dengan bahan-bahan bacaan yang berunsurkan kebaratan yang tidak ditapis nilai kebaratan yang terdapat di dalamnya.

Hasilnya, mampu melahirkan seorang modal Insan yang lahir di negara umat Islam (Malaysia), tetapi berminda barat. Mereka yang terhasil melalui acuan ini, dibimbangi gagal untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka dan keturunan mereka kerana sistem pendidikan yang bersifat dikotomi dan dualistik.

Benar, di UMS-KAL terdapat mata pelajaran TITAS, tetapi adakah ia mencukupi untuk menghasilkan mahasiswa yang mempunyai pandangan sarwa Islam (Islamic world-view) yang betul dan tepat?

Proses pendidikan dalam Islam tidak hanya meliputi pemerkasaan melalui program-program dan matapelajaran-matapelajaran yang bersifat Islamic semata-mata. Lebih dari itu, pendidikan dalam Islam menuntut kepada kefahaman yang jelas tentang pandangan sarwa Islam(Islamic world-view) oleh tenaga pengajar dan staf-staf sokongan yang ada..

Ia perlu diteruskan pula dengan program-program berkala dalam proses untuk mewujudkan pembudayaan ilmu di dalam kampus melibatkan semua pihak termasuk mak cik-mak cik ‘cleaner’ yang sangat berjasa kepada penghuni UMS-KAL yang segelintir daripadanya bersifat pengotor (maaf ya, tapi ini realiti. Jadi kena ubahlah sikap).

Pencarian Berbaloi

Di perpustakaan UMS-KAL, tidak banyak buku-buku karanagn para pemikir Islam, jadi saya ambil keputusan untuk ke UMS Kota Kinabalu untuk menyelongkar khazanah yang terdapat di perpustakaan di sana. Dibantu dengan dua orang sahabat, pencarian bermula.

‘Untungnya korang, banyak bahan di sini,’ Ini ungkapan spontan saya pada mereka.

Dalam masa 20 minit, saya dapat kumpulkan lebih daropada 10 buah buku berkaitan dengan penulis-penulis yang telah saya highlight kan dari awal seperti, Syed hussein Nasr, Prof Hassan Hanafi, Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Prof Wan Mohd Nor Wan Daud dan juga karangan Imam al-Ghazali.

Tetapi disebabkan kekangan kuota pinjaman yang hanya ada 3 lagi kosong (pinjaman melalui kad pelajar), saya terpaksa membuat kos lepas kepada buku-buku yang lain. Hasilnya, saya memilih 4 buah buku. Satu daripadanya, saya pinjam melalui kad pelajar sahabat saya. Yang lain, saya akan pinjam lain kali, Insyaallah.

Ini antara buku-buku yang saya pinjam pada kali ini:

filsafat-dan-prktik-pendidikan-iuslam

Tidak banyak buku karangan Prof Syed Muhammad Naquib Al-attas dan Prof Wan Mohd di sini. Ini buku kedua karangan Prof Wan Mohd Nor yang saya akan abaca selepas buku “Budaya Ilmu: Satu Penjelasan”.

Saya rasa, pihak UMS perlu memperbanyakkan lagi buku-buku karangan Prof  Al-Attas dan pemikir-pemikir Islam yang lain dalam proses untuk mempelbagaikan lagi bahan bacaan yang sesuai buat para mahasiswa UMS. Terutamanya pihak UMS-KAL.

filsafat-islam

Buku ini pula saya pinjam untuk mengetahui salah satu metod berfikir menurut Islam yang dikupas oleh Prof Musa Asy’arie iaitu Rasional Transendental dengan menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh dan ikutan. Agak menarik kupasan beliau dalam hal ini.

sejarah-falsafah-barat

Buku ini pula menceritakan tentang sejarah pendefinisian falsafah menurut alhi-ahli falsafah Yunani dan Barat dan juga hasil-hasil metod pemikiran mereka yang tidak berlandaskan wahyu eperti emperisisme, intuisisme, rationalisme dan sebagainya.

Kenapa saya membaca buku-buku seperti ini?

Saya melihat keperluan semasa masalah umat Islam untuk dianalisis dari sudut yang lebih luas. Kehadiran pihak yang memperjuangkan Islam dari sudut intelektual sebenarnya adalah pelengkap kepada perjuangan Islam dari sudut politik, kerohanian, kebajikan dan lain-lain metod yang digunakan.

Jikalau politik dikatakan salah satu metod paling cepat untuk melakukan islah dalam umat (menurut sahabat saya), saya menambah, ia juga adalah salah satu metod yang amat mudah disalahgunakan oleh para politikus yang tidak melalui tarbiyyah Islam (tidak mustahil yang lalui tarbiyyah Islam juga, turut terpalit pada penyakit lupa diri). Melalui metod ini pula, kita ingin melahirkan lebih ramai mahasiswa bersifat Rausyanfikir (intelektual yang celik permasalahan ummah), permasalahan ummah cuba dirungkai untuk diselesaikan dan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan musuh-musuh yang bersifat Islam, walaupun ia memakan masa yang agak lama dalam proses pembinaan tersebut.

Di dalam sesebuah gerakan Islam yang sedaya upaya mencapai proses yang syumul, sikap menerima pelbagai pihak dan meraikan pihak mengikut kepakaran masing-masing adalah satu usaha yang positif untuk melahirkan para pejuang Islam yang bukan sahaja wujud golongan yang boleh bergerak kerja secara praktikal sahaja, bahkan turut mewujudkan ahli gerakan yang bertindak sebagai pemikir dan juga selaku penggerak secara prktikal.

Pemikir yang dimaksudkan, bukan sahaja pemikir dalam hal-ehwal masalah dalaman gerakan atau bersifat waqi’, tetapi ia adalah golongan yang turut berfikir untuk menyelesaikan permasalahan umat sejagat, melangkaui batasan kepartian dan mazhab.

Proses penghasilan pemikir Islam ini bukan bermakna metod ini adalah metod yang terasing di dalam gerakan Islam. Tetapi ia sebenarnya adalah pelengkap kepada kesinambungan perjuangan gerakan Islam. Masa kini, gerakan Islam di Malaysia memerlukan lebih ramai pemikir untuk keberlangsungan dakwah dengan lebih sistematik dan efektif dari segenap aspek kehidupan.

Saya tertarik dengan perjuangan Prof Hassan Hanafi. Dia seorang ahli Ikhwanul Muslimin, pada masa yang sama aktif sebagai seorang pemikir ummah.

P/S: Banyak yang saya kena belajar dalam hal ini. Kepada pihak UMS, adalah lebih baik untuk pihak UMS-KAL mengkaji semula visi dan pelaksanaan yang dilakukan ke atas mahasiswa-mahasiswa seluruhnya, sama ada pihak UMS melahirkan mahasiswa yang seimbang dari sudut spiritual, emosi dan inteleknya ataupun cacat spiritualnya akibat virus sekularisasi tanpa sedar yang sedang menyebar dengan halus dan berstrategi hingga tidak mudah untuk dikesan. Sekadar cetusan hati seorang mahasiswa yang sayangkan UMS.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

6 Comments leave one →
  1. March 6, 2009 6:35 pm

    integrasi islam dengan ilmu dunia tak banyak dilaksanakan. alhamdulillah uia, walaupun spesifikasinya tak sehebat ipt lain di m’sia, tapi kami terus hidup dengan misi IIICE (islamization, integration, internationalization and comprehensive excellence).

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    March 7, 2009 2:14 am

    Saya suka ke UIA. Ada ‘spirit’ bila singgah di sana untuk ziarah sahabt saya.

    Beruntung sahabat-sahabat di UIA. Cuma terpulang pada para pelajarnya, sama ada untuk menjadikan UIA sebagai gelanggang mencari hakikat penciptaan diri atau hanya sebagai tempat memenuhi syarat endapat kerja..

    Selamat menghidupkan budaya ilmu di sana…
    🙂

  3. March 8, 2009 4:46 am

    Salaam.

    Sdra, teruskan pencarian. Tidak ramai anak muda yang mahu mencari ilmu dan berfikir seperti sdra. Semoga jalannya nanti dipermudahkan Tuhan buat sdra menyumbang kepada kebangkita ummah.

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    March 8, 2009 9:18 am

    Terima kasih Anak Muda.

    Terlampau banyak yang saya tidak tahu daripada tahu..

    mohon tunjuk ajar ya..

    terima kasih atas ziarah…🙂

  5. Aliff Bin Basri permalink*
    March 17, 2009 3:23 pm

    Terima Kasih, kakak.

    Tujuan membaca mesti jelas.

    Jangan membaca untuk menunjuk. Jangan mebaca tanpa asas aqidah…

    Membaca untuk cari hakikat diri. Membaca u ntuk dapatkan kebenaran. Membaca untuk mencari solusi penyelesaian masalah.

    Hakikatnya, membaca hanya untuk mencari Redha dan keampunan ALlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: