Skip to content

Nukilan Terbuka Buat Tatapan Pemimpin di Malaysia

March 3, 2009

Keadaan politik semasa yang semakin bercelaru akibat orang-orang yang gila kuasa amat memeningkan kepala untuk difikirkan. Penyalahgunaan kuasa membuatkan saya semakin meluat dengan mereka yang berkaitan. Khususnya yang berlagak baik. Kalau pintar, teka sendiri.

Sikap mereka seperti serigala yang bertopengkan kucing comel (kalau adalah peribahasa ini), membuatkan rakyat tidak tenteram. Sikap salah-menyalahkan kelihatan secara terang-terangan berlaku.

Tidak mustahil Malaysia akan hancur di tangan para pemimpin yang seperti budak-budak. Mereka ingat mereka cukup matang, tapi sebenarnya tanpa disedari (mungkin juga mereka sedar), mereka sedang ditertawakan oleh golongan muda yang sudah pandai berfikir dan menganalisis. Juga sudah mampu untuk menentukan hala tuju negara.

Sejujur hati, saya menasihatkan para pemimpin yang membuat kekacauan di Perak (khususnya) juga di negeri-negeri lain agar mereka meletak jawatan dengan segera. Anda semua sudah tidak dihormati oleh rakyat. Rakyat sudah tiada ‘thiqah’ (kepercayaan) pada anda semua.

Kebijaksanaan anda sudah diitupi dengan akhlak yang buruk dan menyusahkan rakyat. Saya sendiri tidak yakin dengan kepimpinan anda semua.

Ini mungkin makalah yang agak kurang sopan, tetapi ia dari hati seorang rakyat yang sudah sangat meluat dengan kerenah orang tua seperti anda semua. Amat menyusahkan rakyat.

Ini tidak hanya merujuk kepada kerajaan sahaja, malah turut untuk para pemimpin dari pembangkang yang mempunyai mentaliti yang sama seperti kanak-kanak. Tiada harga diri dan maruah. Memalukan bangsa dan agama.

Kepada Mahasiswa dan Belia,

Jangan mudah menerima segala apa yang dicanangkan oleh para politikus yang tiada maruah diri. Cabaran akan datang mengundang 1001 masalah yang ditinggalkan oleh para pemimpin semasa.

Kelemahan dalam bidang ilmu, akan menjeratkan diri kita di dalam perangkap kejahilan. Kejahilan yang wujud di dalam diri mampu membuatkan kita seolah-olah sedang menggadai tanah dan agama sendiri tanpa disedari.

Kuasai bidang masing-masing dan jadikan pencarian ilmu sebagai budaya hidup. Ilmu bukan bertujuan untuk disampaikan semata-mata, lebih dari itu ialah untuk mencari solusi kepada permasalahan umat masa kini dan sepatutnya semakin menjadikan kita lebih bertaqwa di sisi ALlah.

Ahli muda gerakan Islam terutamanya, perlu sedar hal ini dan perlu bergabung tenaga untuk menghadapi cabaran mendatang. Pemikiran yang luas dan tanpa dibatasi konteks semasa tempat masing-masing  perlu dimiliki oleh setiap ahli gerakan Islam.

Di samping berusaha menyelesaikan masalah dalaman gerakan, perlu juga ada segolongan yang terus berfikir untuk menyelesaikan permasalahan ummah sejagat. 

Benar, tanggungjawab adalah lebih banyak dari masa yang diperuntukan.

P/S: Semakin celaru memikirkan masalah ‘orang tua’ yang macam budak-budak. Kalau tidak ambil kisah, boleh memudaratkan generasi akan datang. Tiada jalan lain, minda akan terus berfikir untuk mencari solusi, fizikal akan terus bertindak untuk megislah diri dan masarakat.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: