Skip to content

Gerhana Dalam Berfikir 1

February 25, 2009

gerhana

 

Pagi ini tiada kelas. Dr Rosita (pensyarah merangkap dekan) ke Kota Kinabalu untuk mengahadiri satu mesyuarat. Pagi ini saya gunakan untuk melakukan sedikit kajian tentang sistem ekonomi kewangan Islam.

Di kepala saya, pelbagai persoalan timbul setiap kali selesai kuliah di dewan kuliah. Terutamanya apabila kuliah yang berkaitan dengan kewangan Islam. Semalam, ketika kelas Cik Raihana (Islamic Financial Institutions and Markets), membincangkan tentang institusi kewangan Islam di luar negara. Pakistan dijadikan sebagai ‘case study’.

Perubahan yang boleh dianggap mendadak di bawah pemerintahan General Muhammad Dhiaul-haq sekitar tahun 70-an untuk ‘pengislaman’ sistem kewangan di Pakistan menjadi isu utama dalam perbincangan.

“Islamization of Finance In Pakistan”

Pengislaman sistem kewangan di Pakistan adalah lanjutan kepada cita-cita General Dhia-ul Haq untuk mewujudkan sebuah negara Islam Pakistan. Sistem ekonomi yang berteraskan riba dimansuhkan oleh beliau. Begitu juga konsep-konsep yang bercanggah dari ajaran Islam.

Menurut Cik Raihana, pengislaman sistem kewangan di Pakistan telah menimbulkan kesan yang negatif kepada ekonomi Pakistan. Apa kesan negatifnya? Itu yang sedang saya cari…

Benchmark 5%, 10%, 20%

Di dalam penetapan sesuatu syarikat sama ada untuk diterima ke dalam senarai syarikat yang berlandaskan syariah (Syariah Listed Company) atau tidak, beberapa kriteria ditetapkan agar ia dapat di terima (approved).

Dalam hal penetapan ‘benchmark qualification’ ini, sesebuah syarikat yang melibatkan pengoperasian dan pendapatan dalam hal-hal yang diharamkan dalam Islam (not permissible item) akan dinilai dengan teliti untuk membolehkan mereka berada di dalam ‘Syariah Listed Company’ (SLC).

Sebagai contoh, syarikat Syubhah Corporation menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan pengangkutan. Ia merupakan sebuah syarikat yang besar. Dari sudut perniagaan yang dilakukan, adalah diterima di dalam Islam, tetapi, syarikat ini terlibat dengan aktiviti pinjaman berasaskan riba’. Kalau diikutkan, syarikat ini tidak layak berada di dalam SLC kerana di dalam pengoperasiannya melibatkan perkara yang dilarang syarak, tetapi dalam situasi ini, formula benchmark qualification digunakan untuk membenarkan syarikat tersebut berada atau duduk sebaris dengan syarikat-syarikat halal yang lain. Dengan syarat, nilai pulangan berasaskan riba tersebut mestilah tidak melebihi 5% (5% adalah peratusan yang melibatkan syarikat yang terlibat dengan aktiviti kadar faedah) dari keseluruhan pendapatan atau hasil.

Ini hanya contoh salah satu realiti yang sedang berlaku dalam sistem ekonomi Islam sekarang.

Kenapa ia berlaku? Bukankah riba tetap haram dan tidak boleh diterima syarak?

Saya pernah membincangkan isu ini bersama dengan Ustaz Abdullah (pensyarah jemputan yang mengajar saya Usul- al-Fiqh) dari USIM. Hasil perbincangan ringkas yang kami lakukan, beliau memandang keadaan ini berlaku kerana realiti yang mendesak kerana tidak banyak syarikat muslim yang beroperasi. Apabila ini berlaku, kita tidak dapat memperkembangkan lagi modal bagi memajukan ekonomi umat Islam. Oleh yang demikian, di dalam keadaan ini, konsep umum al-balwa’ di gunakan.

Apa itu umum al-balwa’?

Antara definisi Umum al-Balwa adalah :

شمول وقوع الحادثة ـ مع تعليق التكليف بها ـ بحيث يعسر احتراز المكلفين أو استغناؤهم عن العمل بها الا بمشقة زائدة تقتضي التيسير والتخفيف.. أو يحتاج جميع المكلفين ـ أو كثرتهم ـ إلي معرفة حكمها

Ertinya : Menyeluruhnya berlaku sesuatu perkara yang terlalu amat sukar bagi seorang mukallaf mengelakkan diri dari melakukannya, atau ia berhadapan dengan kesukaran tambahan yang menuntut keringanan, atau terlalu sukar untuk orang ramai mengetahui hukumnya secara tepat.

Konsep ini sebenarnya duduk di bawah kaedah Umum Fiqh iaitu

المشقة تجلب التيسير

Ertinya : Kesukaran yang bersangatan boleh membawa kepada keringan (dalam hukum)

Namun Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi mengatakan dengan jelas bahawa kaedah ini tidak terpakai dalam perkara harian yang telah putus hukumannya dengan jelas ( Qat’ie) seperti zina, rompak, rasuah, riba, bunuh, homoseksual, liwat dan banyak lagi. [1]

Ini menurut Dr al-Qaradhawy. Tapi hakikat kini bagaimana? Satu lagi persoalan…

Dalam hal ini, rasa-rasanya, sampai bila kita akan tersepit dengan situasi ini? Perkara haram dibenarkan kerana keadaan terdesak. Begitu juga dalam bidang hal-hal yang lain.

Mungkin di sinilah perlunya kita menanamkan semangat untuk berjihad dalam bidang ekonomi. Para usahawan muslim perlu terus memacu perjuangan untuk meningkatkan kembali maruah ummah dalam bidang yang diceburi.

Apabila umat Islam, khususnya pemuda Islam yang sedang membaca makalah ringkas ini, sedar akan tanggungjawab terhadap Islam yang terlalu luas dan tidak terhad sekadar gerakan penyedaran (tetapi melibatkan gerakan pengisian kepada kesedaran), maka adalah perlu untuk terus berusaha mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Isu yang sedang membelenggu ummah.

Adakah Benchmark ini akan kekal atau sebagai jambatan sementara? Jika sementara, sampai bila?

Pembatalan Kontrak Bay Bithaman Ajil’

Isu pembatalan kontrak pembiayaan perumahan ini bermula sejak tahun lepas lagi. Apabila Hakim Mahkamah Sivil memutuskan bahawa kontrak BBA yang diamalkan di oleh perbankan Islam.

Umum mengetahui bahawa konsep BBA ini tidak diterima di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, ijtihad para ulama’ di Malaysia mengharuskan penggunaan konsep ini. Adakah kerana konsep ini salah, maka ia menimbulkan kesan negatif terhadap keputusan hakim? Atau sebenarnya ia akibat kekurangan yang ada dalam ‘framework’ pelaksanaan (termasuk dalam hal perundangan untuk menyokong) konsep ini? (walau bagaimanapun, memang terdapat banyak kes tentang permasalahan dalam pengaplikasian konsep ini)

Sekarang, pihak-pihak perbankan Islam sedang membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk dipertimbangkan kembali keputusan yang telah diputuskan.

Apa peranan kita (khususnya yang mendalami bidang ekonomi, kewangan dan perbankan Islam)? Cukup sekadar hendak dapat kerja bagus dan gaji besar dalam bidang ini (memandangkan prospek kerjaya yang luas)?

Ilmu perlu dihadam, selok-belok sistem musuh dan Islam perlu dipelajari. Supaya ‘counter attack’ dapat dilancarkan.

Terlampau banyak lagi permasalahan ummah yang perlu difikir dan diselesaikan oleh golongan-golongan yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi Allah.

Sebenarnya isu ini panjang untuk dikongsikan pada kali ini. Cukuplah sekadar perkongsian kepada umum tentang isu kewangan Islam yang sedang berlaku sekarang.

Ini antara isu yang ingin saya lontar untuk difikirkan bersama.

Rujukan: [1] http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=804&Itemid=72

 

Abbas Iecothinker

W. P. LAbuan

7 Comments leave one →
  1. February 25, 2009 7:07 pm

    good try!i think this article will open the mind of bankers soon.

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    February 26, 2009 6:05 am

    Syukran..
    Just wanna sharing to build our spirit on this field..

    We must make a change…. The new generation…

  3. February 26, 2009 10:24 pm

    agak sukar untuk org bukan ekonomi spt sy utk menghadamkan serta memahami ilmu ekonomi yg ternyata luas ni..namun, keinginan menambah ilmu mengatasi segalanya..setiap bait ayat sy cuba fahamkan sebaik mungkin. ternyata banyak yg sy x tahu sblm ni..makin banyak membaca..makin terasa kurangnya ilmu di dalam diri ni..syukran atas perkongsian..smg menjadi pakar ekonomi islam rujukan masyarakat..wasalam..

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    February 27, 2009 12:41 am

    Perlahan-lahan, ukhti.. Insyaallah, dari masa ke semasa ana akan cuba hurai supaya mudah difahami..mohon tunjuk ajar dan teruskan memberi cadangan untuk ana perbaiki cara penyampaian ya… Maaf kalau susah nak faham untuk kali ni. Tapi jika ada apa-apa nak tanya, silakan ya…🙂

    Syukran, ukhti…

  5. February 27, 2009 3:59 pm

    Good information & keep ur good works!

  6. March 2, 2009 7:17 pm

    salam aliff..thanks for visitng my blog at wacana ilham & ilmu..tq very much!…there were many obstcles that had retarded the islamization process..from my opinion, the first things was a captive mind…there are many muslim leaders all a around the world still in the state mentality of colonial mindset!…we’re struggle to be the modern nation with the mind set of secularist?….i dont think that will be working..the only things will happen when we go through modernization with the mindset of secularist-atheist is a devastation-development…mean, we develop something and at the same time we destroy the whole things..for example in economy, most of us believe in the capitalist system to give the light of development in the term of freedom,but what does we facing right now is just the problem of expolitation, alienation that throw us to the state of the world economic melting…because of the system that base on materialistic-humanism development…we need to back to our own worldview.That is Islam….but in the same time,we should take the wisdom and everthing from the west that will be benefit to us and filter it with Islamic ways..That is what we called as the Islamization….salam..

  7. Aliff Bin Basri permalink*
    March 3, 2009 10:10 am

    Syuran syeikhryz for your comment…

    glad to know a new things from your, my friends…

    Thanks again…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: