Skip to content

Yun Teen Dan Nurul Huda

February 24, 2009
tags:

Sedang asyik aku mengadap buku, tiba-tiba Ikim.Fm mendendangkan lagu My Mother oleh Yusuf Islam. Aku mencapai telefon bimbitku dan bermesej.

“Hai, Yun Teen. Apa khabar? Sori ganggu ye. You suka nasyidkan? You buka IKIM>FM sekarang tau. Ada lagu best!”

….

“O, lagu apa tu?”

Itu lagu Yusuf Islam. Bekas penyanyi Pop British yang masuk Islam. Best kan lagu dia?!..”

“Iya lah, I pun suka!”

“Hm, Aliff, kalau I masuk Islam, nama apa yang sesuai untuk I?”

Tersentak aku dibuatnya. Meremang bulu roma. Aku berfikir sejenak sebelum membalas mesej dia.

“Hm, pada I, Nurul Huda sesuai untuk you. Maksudnya Cahaya Petunjuk.”

“Oh, sedap juga nama tu! Sebelum ni I fikir nama Hidayah. Sama juga maksudnyakan?”

“Iya, lebih kurang sama maksudnya :)…”

Ini antara perbualan melalui pesanan ringkas yang aku ingat beberapa tahun lalu.

Perkenalan dengan seorang gadis yang mengambil sains hayat ini menyebabkan aku semakin mahu menghayati agamaku. Islam.

Banyak persoalan-persoalan dan pandangan yang dia utarakan membuatkan aku terus memberikan apa yang sepatutnya dia tahu.

Teringat kembali, suasana di dalam bas semasa kami hendak ke Taman Tema AIr Bukit Merah suatu ketika dahulu.

“You nak mandi ke nanti, Huda?(panggilan kami pada dia semenjak dia dapat nama baru)

“Hm, I rasa tak selesa la kalau boys and girls mandi bersama…:(”

Subhanallah…. Tidak sangka itu jawapan yang diberikan oleh dia.

“Oh, yeke? Kenapa? Boleh I tau?”

“I dont know, tapi I rasa tidak patutla mandi bersama. Tak elok…”

“Baguslah.. Itu maknanya fitrah insani yang lahir dari hati you… Bukan semua orang berfrikir macam you, Huda…”

“Ic…”

“Jadi nanti you nak ke mana?”

“Di sana ada tempat Orang Utan kan? I nak ke sana lah. Hehe..”

Sampai sekarang, masih  segar dalam ingatan kenangan bersama-sama dengan sahabat-sahabat di Kolej Matrikulasi Perlis. Kenangan bersama orang yang berminat dengan Islam juga, Allah izinkan aku jumpa selama aku di KMP.

Ops, aku kena bersiap hendak ke LOFSA. Ada temujanji.

 

3 Comments leave one →
  1. February 24, 2009 4:16 pm

    wahh !
    bgus jgk ?
    syabas ^^

  2. March 1, 2009 6:59 pm

    masyaAllah, dia dah masuk Islam?🙂

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    March 2, 2009 12:06 pm

    Belum rasanya..
    Ana tak pasti sebab sudah ‘lost contact’.
    Dia di USM Kubang Kerian sekarang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: