Skip to content

Dunia Memerlukan Sistem Ekonomi Baru

February 21, 2009
tags:

Salam Aufklarung,

Semenjak krisis ekonomi sub-prima di U.S mula merebak keseluruh dunia sekitar pertengahan tahun lepas dan berlarutan sehingga kini, ia menjadi bahan perbincangan yang serius dibilik-bilik kuliah bagi subjek-subjek yang saya ambil semester ini, antaranya ialah:

– Wealth Management and Planning

-Islamic Financial Market And Institution

Ini adalah 2 subjek kesukaan saya semester ini selain 4 subjek lain yang saya ambil sebagai penutup pengajian saya di UMS.

Melalui subjek-subjek berkenaan (2 subjek di atas), 2 pensyarah yang saya hormati dari sudut ilmu mereka iaitu Cik  Raihana Firdaus Seah Abdullah dan Dr. Rosita Chong Abdullah. Kedua-duanya pernah suatu ketika dahulu dalam proses mencari cara hidup terbaik dan akhirnya telah menemui Islam.

Kembali kepada krisis yang sedang berlaku di ekonomi dunia dewasa kini, khasnya dalam sektor kewangan. Krisis yang sedang berlaku pada kali ini dianggap sebagai krisis yang paling teruk sejak 1929 dan 1933. Ini merupakan krisis yang paling kompleks berbanding semua krisis ekonomi yang pernah berlaku sejak seabad yang lalu. Bahkan, menurut seorang pakar ekonomi dari Malaysia berkelulusan Harvard, Tan Sri Lee See Yan mengatakan bahawa dia tidak pernah menemui krisis yang seteruk dan sekompleks ini.

Apa puncanya?

Semuanya berpunca daripada tindakan kerajaan U.S yang berusaha untuk ‘mengumpul wang’ bagi membayar hutang-hutang mereka yang tertunggak. Melalui cara penciptaan kredit, kerajaan U.S dapat menjana sumber kewangan yang diperolehi daripada pelabur-pelabur yang ada. Melalui cara tersebut juga, kerajaan U.S terus menggalakkan pembelian tanah dan rumah oleh rakyatnya tanpa mengira tahap kemampuan rakyatnya sendiri. Rakyat boleh sahaja membeli rumah tanpa memenuhi syarat-syarat pinjaman yang minima seperti mempunyai cagaran dan sumber pendapatan yang mencukupi untuk diiktiraf sebagai penghutang yang mampu berhutang.

Jika mahu dihurai secara panjang, memang panjang ceritanya, namun apa yang ingin saya kongsikan bersama ialah, sejak krisis ini menjadi bahan kajian penting di mana-mana institusi pengajian tinggi, termasuk di UMS, saya terpanggil untuk mencari perkaitannya tentang keperluan untuk menukar kepada sistem ekonomi baru. Adakah keperluan untuk menukar sistem ekonomi sedia ada ini ialah cita-cita yang hanya ada dalam kalangan umat Islam yang amat meyakini sistem ekonomi Islam sahaja? Atau terdapat pandangan-pandangan sama dan pihak lain yang menyatakan betapa perlunya penukaran kepada sistem ekonomi yang baru.

 Bila saya membelek-belek buku di perpustakaan kampus, saya tertarik dengan sebuah buku yang agak tebal, iaitu The Real Wealth Of Nation, karangan seorang aktivis kemanusiaan di dunia Barat ketika ini, Dr Raine Eisler. Dia bukan seorang ahli ekonomi, tetapi kesedaran yang beliau miliki tentang kebobrokan sistem ekonomi yang sedia ada, yang telah memberi kesan kepada aktiviti dan hubungan sosial manusia, membuatkan dia mengambil berat tentang hal-hal ekonomi. Atas rasa kebertanggungjawaban yang ada, beliau mengeluarkan buku The Real Wealth Of Nation.

Di dalam buku beliau, beliau mengetengahkan isu kemanusiaan dan persekitaran yang tidak menjadi subjek utama dan penting dalam sistem ekonomi yang sedia ada. Pada beliau, sistem ekonomi bukan hanya perkaitan antara manusia dengan produk  jualan dan pasaran, tetapi ia juga berkaitan dengan hubungan sesama manusia. Beliau mengaitkan bahawa ekonomi ialah perkaitan hubungan sesama manusia. Jika dalam Islam disebut sebagai Fiqh Muamalat.

Dari sudut logik yang beliau faham, saya mendapati kefahaman beliau tentang isu ekonomi seakan-akan sama dengan Fiqh Muamalat yang ada dalam Islam, tetapi dari sudut matlamat akhirnya, beliau gagal untuk menghubungkaitkan sistem ekonomi baru yang beliau canang-canangkan, iaitu untuk mencipta ‘Caring Economic System’ dengan kehidupan selepas mati.

Selain dari itu, pandangan beliau kelihatan seakan-akan terbuka tetapi hakikatnya masih belum bersifat terbuka serta bersikap objektif utuk menerima epistemology ilmu dalam Islam iaitu berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Berdasarkan pembacaan dan kefahaman saya di dalam bukunya, beliau berpegang kepada pandangan bahawa semua sistem ekonomi sedia ada hanyalah ciptaan manusia. Ini ditambah pula dengan ketiadaan rujukan yang beliau lakukan terhadap sumber-sumber rujukan dari ilmuan Islam. Ini sebenarnya mencacatkan kajian beliau dalam usaha untuk membawa perubahan yang besar dalam bidang ekonomi.

Saya tertarik dengan buku beliau kerana ingin tahu lebih lanjut berkaitan dengan hasrat beliau yang mahu mencipta satu lanskap ekonomi baru yang lebih bersifat ‘mengambil berat’ kepada sesama manusia dan alam sekitar. Selepas meminjam hampir dua minggu, saya teringin untuk berbincang dengan beliau tentang hal-hal ini. Saya teringin untuk berkongsi pandangan dengan beliau tentang ‘produk-produk’ sistem ekonomi yang Islam ada. Saya teringin untuk membantu beliau dan umat lain yang sedang mencari solusi kepada permasalahan akar ekonomi sedia ada.

Seperti kata beliau sendiri di dalam bukunya, untuk membuat perubahan dalam sistem sedia ada, tidak cukup hanya membuat perubahan dari sudut permukaan (surface) tentang permasalahan yang sedang timbul, lebih dari itu sepatutnya perubahan perlu dilakukan diperingkat akar umbi sesuatu permasalahan yang timbul.

Bahan penulisan yang disampaikan secara ilmiah tetapi santai membuatkan saya tertarik untuk menghubungkaitkan kajian beliau dengan dasar Islam yang sedia ada. Mungkin ada pihak yang mengatakan Islam sudah ada sistem yang cantik, tidak perlu sistem lain. Benar! Sangat benar! tetapi sahabat-sahabat sekalian, untuk mengimplimentasikan dasar-dasar tersebut, memerlukan garis panduan bersifat teknikal yang amat kompleks untuk dirangka. Tidak mudah untuk diperkata-katakan seperti di dalam ceramah. Lebih dari itu, rangka kerjanya yang amat kompleks perlu dihasilkan agar benar-benar dapat di implimentasikan dan dinikmati.

Sebagai contoh, jika mahu ke pejabat dengan menggunakan kereta, senang sahaja. Tetapi adakah ia benar-benar senang dan akan sampai tepat pada masanya? Sudah tentu belum pasti. Kita bakal berhadapan dengan kemungkinan ‘traffic jam’, kerosakan kereta tengah jalan, sesat (kalau kali pertama) dan pelbagai lagi maslaah dan cabaran lain. Begitu juga dengan sistem ekonomi Islam, mudah untuk diperkatakan agar dapat diimplimentasikan, tetapi tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan kepakaran individu untuk berfikir dan menjadi pelaksana yang baik.

Dalam hal ini saya tertanya-tanya, mungkinkah ada dalam kalangan ahli ekonomi Islam yang berjumpa dengan beliau untuk mempromosikan sistem ekonomi Islam? Mungkinkah ada ahli ekonomi Islam bertukar-tukar pandangan bagi memperkasakan sistem ekonomi Islam yang pada dasarnya sudah cantik?

Atau mungkin sudah ada, cuma mungkin sikap ‘Western-centered’ yang masih menebal dalam kalangan mereka, membataskan pencarian mereka terhadap sumber-sumber dari dunia Timur (dunia Islam khasnya).

Saya teringin mahu berjumpa dengan Dr Raine Eisler…

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

4 Comments leave one →
  1. February 21, 2009 9:12 pm

    Salam hadifulwan,

    sistem ekonomi baru? sistem matawang baru adalah jawapannya. Kalau orang asyik bergantung pada Dolar Amerika,sampai kiamat pun sistem ekonomi baru(berasaskan islam) hanya pada nama. Kapitalis2 sedang bersorak bila kita guna dolar untuk urusniaga komersial. Katalah orang berpakat guna Dinar Arab Saudi sbg matawang,rasanya tiada masalah. Bila isu dinar dibangkitkan,orang rasa rugi,sebab mereka terpaksa convert harta mereka ke tahap yang mahal (emas kan mahal dan stabil).Apa pendapat saya betul ke?

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    February 22, 2009 8:06 am

    Salam saudara zahan..

    Iya, kita perlu bertukar kepada penggunaan sistem dinar emas. Saya sokong..

    Saya teringat tentang isu perjuangan mengaplikasikan sistem dinar ini di kelas pensyarah saya, Cik Raihana…

    Beliau memberitahu bahawa para pejuang yang mahu menegakkan isu dinar emas ini mendapat ancaman yang besar di dunia barat, khususnya U.S. Mereka bimbang dengan kemunculan sistem dinar ini, sistem ekonomi mereka akan ranap.

    Memang benar, sistem ekonomi akan ranap. Bukan sahaja ekonomi U.S malah sistem ekonomi dunia secara keseluruhannya kerana ia terlibat secara langsung dalam penciptaan kredit, kadar faedah dan pelbagai lagi ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis yang berat sebelah.

    Mereka ini akan dihantar anggota CIA untuk menyiasat dan menjaga gerak geri mereka. Kenapa? Kerana mereka mahukan dinar emas menjadi barang pertukaran. Ini mehnah dan tribulasi dalam perjuangan menegakkan sistem ekonomi Islam…

    Jika kita bersedia untuk terus berjuang kerana agama Allah, amat di alu-alukan. Cabaran tetap ada, tetapi Allah tetap bersama, insyaallah..

  3. February 23, 2009 12:46 am

    Semoga api yg membara di jiwamu untuk mempelajari ilmu tetap dan kian membara. Agar kan lahir pemuda islam yg bukan sahaja hebat dalam ibadah namun tinggi dalam ilmunya.menjadi rujukan buat semua.Kita duta agama.Biar apa jua bidang yg dipelajari kita masterkan sebaik mungkin agar islam dapat kita julang kini dan selamanya..Salam perjuangan dari saudara seIslammu.

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    February 24, 2009 7:29 am

    Amin!

    Syukran,ukhti…
    Teruskan perjuangan!
    Doakan kejayaan kita dan sahabat-sahabat yang lain ya…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: