Skip to content

Perlu Pengislahan Dalam Gerakan Islam Kampus

February 16, 2009

Salam Aufklarung,

Selama dua hari berprogram untuk adik-adik sekolah menengah seluruh W. P. Labuan sejak hari Jumaat lepas hingga semalam, meninggalkan pengalaman berharga apabila melihat kepada komen-komen adik-adik yang hadir pada program tersebut. Daripada seorang pelajar yang tidak pernah solat, mereka ingin berubah kepada muslim yang menjaga solatnya. Daripada seorang pelajar yang tidak menjaga aurat, mereka tekad untuk berubah menjadi muslimat yang sejati serta menjada auratnya.

Para fasilitator yang menunjukkan akhlak Islamiyyah berjaya memikat hati adik-adik yang menjadi peserta program tersebut. Ini adalah langkah pertama buat para pendakwah uda untuk terus menyampaikan dakwah kepada adik-adik yang amat dahagakan kasih-sayang dan sentuhan Islam di hati mereka. Sedang fokus sebahagian belia Islam tertumpu kepada isu politik Malaysia yang pada saya sudah semakin bobrok, fokus di sisi lain juga perlu dititik beratkan (sebagai contoh, dakwah kepada pelajar yang tidak tahu tentang Islam walaupun mereka Islam)

Misi dakwah perlu terus dijalankan. Di padang yang berbeza, ruang lingkup dakwah yang berbeza, para pendakwah di seluruh dunia sedaya upaya meneruskan peranan mereka dalam ‘padang’ masing-masing untuk meneruskan agenda dakwah dan islah.

Bila terbaca isu Musawah Sistem In Islam, fokus saya menjadi semakin mencapah. ‘Bulatan pengaruh’ (baca: 7 Habits of The Effectively People, Stephen R. Covey) saya seolah-olah menjadi semakin membesar. Dalam keadaan remaja Islam yang sedang berhadapan dengan serangan pemikiran yang semakin hebat berlangsung, tanpa mereka sedar, lalu meninggalkan kesannya, seperti apa yang sedang berlaku kepada remaja Labuan (sebagai contoh), di tambah lagi dengan isu politik semasa yang semakin hancur akibat golongan politikus yang tidak ada maruah diri, ia di’cantikkan’ lagi dengan masalah isu liberalisasi yang dibawa oleh Sisters In Islam.

Isu kononnya wujud ketidakadilan dalam perundangan kekeluargaan Islam, yang seolah-olah menindas kaum Hawa, sepatutnya menjadikan para gerakan Islam kampus semakin perlu untuk terus membuka minda agar dapat menyediakan juzuk untuk melakukan ‘reseach and Development’ dalam bidang-bidang kehidupan yang lain selain dalam bidang politik Islam. Ia amat penting agar ahli gerakan Islam yang mendapat tarbiyyah Islam yang syumul mampu menyelesaikan isu umat di dalam kerangka dan ruang lingkup yang epistemologi ilmunya ialah al-Quran dan Sunnah.

Manhaj Tarbiyyah Islamiyyah untuk memahami Islam melalui wasilah politik hanya salah satu juzuk dalam gerakan Islam. Lebih dari itu, semangat untuk terus mengkaji dalam kalangan ahli gerakan Islam Kampus perlu dipertingkatkan. Apa yang sedang berlaku sekarang, keihatan seolah-olah gerakan Islam Kampus amat ‘buzy’ dengan program-program dakwah dan tarbiyyah serta politik hingga kelihatan seolah-olah hilang fokus terhadap kegiatan pengkajian tentang sesuatu isu (juga sebenarnya salah satu aspek dakwah).

 Akibatnya, gerakan Islam kampus seolah-olah tidak meraikan kepentingan untuk berfikir mencari penyelesaian masalah dalam bentuk lebih global dan semasa yakni selain masalah yang sedang berlaku dalam waqi’ (keadaan tempat) masing-masing. Saya tegaskan, seolah-olah tidak meraikan (kerana berlaku beza pengaplikasian teori dan praktikal dalam tarbiyyah yang ada). Contohnya dalam gagasan galakan berfikir yang walau secara teorinya, amat menggalakkan aktiviti tersebut, tetapi skop untuk mempraktikkannya sempit. Berlegar sekitar waqi’ setempat dan tidak terbuka. Kadangkala berlaku paradox (baca: Paradoks) dalam memahami gagasan ini (yang diwujudkan oleh ahli gerakan sendiri).

Isu Sisters In Islam ini adalah antara ‘signal’ yang perlu di ambil kira oleh gerakan Islam Kampus untuk terus berfikir, mengkaji dan memberikan solusi kepada permasalahn semasa yang sedang berlaku di dalam sektor pengaplikasian sistem Islam (dalam hal ini, sistem perundangan keluaga Islam sebagai contoh).

Tidak cukup kepada kumpulan yang mengajak orang untuk kembali kepada ajaran Islam, tetapi mesti wujud kumpulan yang pakar untuk mengaplikasikan sistem yang diyakini tersebut. Sebagai contoh, seorang yang pandai bercakap, tidak semestinya hebat bergerak kerja, seorang yang hebat dalam bergerak kerja tidak semestinya mereka ini mampu untuk menyelesaikan sesuatu isu umat yang timbul.

Mungkin ada golongan yang pandai bercakap dan pantas dalam bergerak kerja, tetapi belum tentu lagi mereka ini pakar dalam pengurusan serta pengaplikasian sesuatu sistem dalam Islam. Oleh itu, di dalam sesebuah gerakan Islam perlu meraikan golongan yang ada kecenderungannya untuk berfikir tentang maslah yang lebih bersifat global selain daripada memfokuskan kepada masalah dalaman atau dakwah di dalam kawasan setempat. Latihan dan galakan amat perlu dalam juzuk ini untuk memastikan gerakan Islam kampus dapat merealisasikan kesyumulan Islam dalam gerakan mereka.

P/S: Kenapa banyak sangat perkataan ‘seolah-olah’? Kerana pengaplikasiannya yang berbeza dengan apa yang dipelajari secara teori. Atau mungkin berlaku mismatch tentang maksud yang perlu difahami oleh ahli gerakan Islam Kampus dengan pencanang kepada sesebuah gagasan, dasar atau mauduk tarbiyyah itu sendiri.


Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

2 Comments leave one →
  1. February 20, 2009 4:56 pm

    salam. penulisan anda semakin baik. teruskan menulis dan memperbaikinya lagi.

    Saya ingin berkongsi ilmu ttg teknik menulis yg baik. Kombinasikan penulisan dgn tiga perkara iaitu pemikiran, falsafah dan ilmu bantu. Anda sudah ada ketiga-tiganya cuma untuk disusun lagi.

    Saya bukanlah penulis yg baik, tapi klu dapat berkongsi ilmu, kita boleh sama2 baik.

    Boleh saya cadangkan sesuatu. Pendekkan perenggan. Maksudnya, dalam 5 baris utk satu perenggan pun ok. Ia akan melahirkan mood membaca. Jika ada ayat yg banyak dalam satu perenggan, cuba cipta satu perenggan yg baru.

    Sekadar perkongsian. Moga bermanfaat utk semua

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    February 22, 2009 7:59 am

    Salam, syukran atas ziarah ustazah..

    Syukran atas perkongsian ilmu penulisan tersebut..

    Insyaallah, saya akan perbaiki…

    Amat hargai tunjuk ajar ustazah..
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: