Skip to content

Isu Perak: Peluang Memperkasa Diri

February 9, 2009

Jika disoroti sirah Nabi SAW, dapat dilihat pengalaman Baginda berhadapan dengan cabaran yang amat besar dalam usaha menyebarkan kebenaran. Sebagai contoh, Nabi SAW pernah dilontar batu oleh penduduk Taif, keluarganya difitnah (baca: kisah Saidatina Aishah), keluarganya pernah dipulaukan, dan pelbagai lagi penagalaman berharga yang Rasulullah SAW perolehi dalam hidupnya.

Para ulama’ muktabar, dalam kalangan mereka ada yang dipenjara seperti Prof Hamka dan Ustaz Umar al-Tilmisani dan juga tidak kurangnya yang bunuh seperti Imam Hassan Al-Banna. Ini adalah antara contoh-contoh para penggerak yang mahukan perubahan di dalam masyarakat mereka sama ada dari segi cara berfikir dan gaya hidup, budaya, kefahaman tentang hidup beragama dan dari segi pelbagai lagi aspek sosial serta ekonomi masyarakat di zaman mereka.

Proses untuk membuat perubahan itu bukan satu proses yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan kefahaman untuk terus memperjuangkan gagasan yang dibawa. Satu kepelikan yang berlaku ialah, mengapa Allah membiarkan mereka ini menerima satu ujian yang menyakitkan? Jika benar perjuangan mereka untuk merubah masyarakat untuk menjadi lebih baik, adalah merupakan satu perjuangan yang benar, mengapa Allah ‘menyeksa’ mereka? Sedangkan, sepatutnya Allah mempermudahkan usaha mereka agar umat manusia dapat mengecapi perubahan tersebut dengan cepat. Sesungguhnya ini adalah mdah bagi Penguasa alam.

Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang ingin diajar kepada para pengikutnya. Ada sesuatu yang perlu diambil pengajaran disebalik ‘penyiksaan’ yang berlaku. Semuanya untuk difikirkan oleh manusia yang diberikan akal fikiran.

Menyentuh situasi yang sedang berlaku di Perak ketika ini, seolah-olah ia adalah satu usaha atau tanda kemakmuran yang lebih gemilang akan berlaku dinegeri Perak dalam sedikit masa lagi. Sedikit masa tidak merujuk kepada tempoh umur manusia, tetapi ia merujuk kepada umur kematangan negeri yang mempunyai ahli masyarakat yang bertamadun. Ia memakan masa dan memerlukan kesungguhan semua pihak, terutamanya golongan muda.

Dalam konteks ini, keyakinan saya terhadap anak muda masa kini yang semakin bijak menapis maklumat dan mampu menganalisis isu yang sedang berlaku ketika ini, merupakan satu permulaan langkah untuk ke arah kemakmuran negeri Perak seperti yang diimpikan oleh YAB Ir Nizar sendiri bersama ahli kepimpinannya yang lain.

Desakan demi desakan dari luar dan dalam sebenarnya mampu menjadi pendorong untuk meningkatkan semangat anak muda di Perak untuk terus mempertingkatkan potensi diri dalam setiap bidang yang diceburi.

Saya tertarik dengan metod pendidikan yang dibawa oleh Imam al-Ghazali dalam proses membawa perubahan kepada masyarakat Islam ketika itu. Usaha beliau selama hampir 2 tahun untuk memahami ilmu falsafah dan menjadi pakar dalam bidang tersebut, merupakan satu usaha yang tidak sia-sia. Kepakaran yang beliau ada itu bukan untuk menyuburkan lagi bidang falsafah yang semakin bercelaru ketika itu, tetapi sebagai bekalan untuk melakukan ‘counter attack’ terhadap kebatilan dan salah faham yang sedang berlaku dalam kalangan ahli falsafah berkaitan dengan ilmu falsafah dan Islam. Melalui perancangan yang penuh strategi, beliau memulakan usaha pengislahan dengan mengarang buku ‘Maqasid al-Falasifah’ sebagai usaha mempermudahkan kefahaman masyarakat awam tentang ilmu falsafah. Sejurus selepas itu, beliau mengeluarkan magnum-opusnya yang bertajuk ‘Tahafut fi Falasifah’ (Kecelaruan Dalam Falsafah). Karya beliau ini telah berjaya mematikan hujah lawan berkaitan dengan kefahaman ahli falsafah terhadap ilmu falsafah dan Islam.

Melalui kisah ini, diharapkan mahasiswa sekalian dapat mengambil iktibar dalam usaha untuk memperkasakan ilmu di dada, bukan sahaja di akal. Jika ia hadam di dada, maka ia dapat di aplikasikan dengan penuh bertanggungjawab. Tetapi jika di akal semata-mata, amat mudahlah ilmu tersebut hilang. Dalam erti kata yang lain, hanya proses penghafalan yang berlaku.

Negeri perak memerlukan seramai mungkin ulama’ (ilmuan) dalam segenap aspek kehidupan. Kepakaran tersebut (walaupun kepakaran dalam bidang ilmu sekular) adalah amat penting dalam usaha untuk membangunkan negeri Perak ketika ini. Proses ‘counter attack’ terhadap pemikiran stereotype seperti ‘politik itu kotor‘, krisis kepimpinan tanpa pendirian dan berakhlak mulia, kehidupan beragama yang semakin dikesampingkan dan beberapa isu semasa yang sedang berlaku di dalam masyarakat Perak ketika ini memerlukan para para pemuda-pemudi yang berilmu. Berilmu mengikut kepakaran masing-masing dan mempunyai kesedaran untuk memimpin dan membimbing rakyat ke jalan yang benar.

Jika gagasan berubah untuk mengubah dihayati dengan baik, dengan izin Penguasa alam, akan membentuk sebuah masyarakat Perak yang mempunyai integriti yang tinggi. Terutamanya dalam kalangan para pemimpin yang diberi amanah untuk menguruskan hal-ehwal rakyat.

Pembudayaan ilmu harus subur dalam jiwa mahasiswa-mahasiswi masa kini. Tragedi ridak bermoral yang sedang berlaku di Perak ketika ini perlu dilihat dari aspek positif juga, sebagai peluang kepada kita sebagai anak muda untuk memperkasakan diri. Ini adalah tarbiyyah langsung dari Allah untuk muhasabah bersama.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: