Skip to content

Kembara Hidup: Golongan Leka Vs. Golongan Sedar

February 3, 2009

Peristiwa 1

Perjalanan ke Ujana Kewangan pada minggu lepas bertujuan untuk membeli barang keperluan tidak hanya membawa barang keperluan. Tetapi turut membawa ‘pesanan dari Allah’ untuk difikirkan bersama.

Pada hari tersebut telah diadakan satu program tari-menari yang melibatkan remaja di Labuan. Program tersebut dihadiri oleh setiap lapisan masyarakat yang kelihatannya amat terhibur dengan persembahan-persembahan yang dihidangkan pada hari itu.

konsert mini

Saya teringin untuk merapati lautan manusia tersebut tetapi serba salah kerana saya berkopiah. Secara tidak langsung, perasaan terjaga itu wujud dalam diri.

Walau bagaimana pun, saya tetap ambil keputusan untuk menghampiri rapat umum tersebut dan sempat mengambil beberapa gambar untuk perkongsian. Hati rasa sebak bila melihatkan adik-adik yang berjaya dilalaikan oleh anasir luar. Mereka berkelakuan sedemikian rupa seolah-olah tanpa diberi pilihan lain.

Peristiwa 2

Di satu sudut lain, kelihatan beberapa petugas dari Majlis Belia membuka kaunter kutipan derma RM1 untuk Palestin. Kaunter tersebut yang berdekatan dengan pentas seolah-olah melawan arus dari arah yang bertentangan. Dua sikap yang bertentangan sedang brada di satu tempat. Sikap leka dan sedar.

petugas aman palestin

Ini antara petugas yang menjaga kaunter tersebut. Pertanyaan saya pada mereka berkaitan dengan kempen tersebut tidak dapat didengari kerana suasana yang membingitkan telinga. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dalam usaha untuk memberi kesedaran tentang apa yang sedang berlaku di Palestin kepada masyarakat sekitar.

Peristiwa 3

Ahad lepas, saya bersama beberapa orang sahabat dijemput untuk mengikuti road-show Bersamamu Palestin anjuran KOMPAS, sebuah komiti ad-hoc yang bertujuan memberi kesedaran tentang isu Palestin kepada masyarakat Labuan. Ia diadakan dengan kerjasama AJK Masjid Jamek An-Nur, W. P. Labuan. Kehadiran seramai lebih kurang 100 orang memenuhi dewan serbaguna Masjid An-Nur.

boikot3

 Habis sahaja program, kami menuju ke Chiken King. Ada yang ‘kemaruk’ hendak makan ayam goreng (alternatif kepada KFC). Tetapi sebelum ke Chiken King, ada dalam kalangan adik-adik yang menyarankan untuk beli sos cili Life kerana di Chiken King, mereka menggunakan sos cili jenama MAGGI.

Kami pun menuju ke Utama Jaya untuk membeli sos cili LIFE.

Di Chiken King, Ady(yang tengah pegang kotak susu) menyerahkan satu set artikel tentang isu pemboikotan barangan keluaran syarikat Yahudi dan fatwa dari sebilangan besar ulama seluruh dunia yang menyokong pemboikotan tersebut kepada ‘cashier’ yang bertugas dengan seulit senyuman dibibir. Tanda kasih sayang sesama muslim.

PERKAITAN 3 SITUASI DAN PERISTIWA

Masyarakat sekitar kebanyakannya tanpa mereka sedar sedang diracuni pemikiran mereka. Racun yang sudah semakin sebati menjadikan mereka ‘immune’ dengan kesalahan yang pada pandangan mereka ‘tidak salah’.

Pada masa yang sama, wujud juga segolongan manusia yang sedaya upaya memberi kesedaran agar umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar yang bersifat menghargai diri setiap insan. Golongan ini secara relatifnya  adalah sedikit, tetapi ia sebenarnya mampu membuat perubahan yang besar di dalam sesebuah kumpulan masyarakat. Seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda SAW. Golongan ini tidak akan berhenti dari perjuangan membela agama.

Golongan muda adalah agen kepada perubahan sesebuah masyarakat. Oleh itu, untuk mewujudkan kembali masyarakat yang kian jauh dari Islam, memerlukan para pemuda-pemudi yang sedar tentang kedudukan Islam dan kemuliaan Islam. Dengan itu, golongan ini akan sedia bekorban demi Islam yang tercinta.

Ini realiti masyarakat yang wujud pada hari ini.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

3 Comments leave one →
  1. February 4, 2009 9:56 am

    Assalamualaikum…really eco thinker…
    tingat yahudi…
    dia latih anak2 dari kecik ttg 3 perkara ;

    1)Memanah
    2)Berenagng
    3) Berkuda

    cuba tgk yg first…dari didikan anak pnh tepat kepada sasaran mereka berjaya mnghasilkan bom,senjata tepat kepada sasaran ;palestine..

    huhu dasyat2….

    kaum lain yg belajar dari islam,tapi org kita pandai cakap je,buat tak reti btul tak??huhu…
    terkene batang idung balik…

    knp tak angkt hp??nak call..huhu

  2. February 4, 2009 2:12 pm

    “Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.”

    Teruskan merungkai permasalahan ummah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: