Skip to content

Minda ‘Stereotype’: Racun Hati Penggerak Islam

January 29, 2009

stereotype

Oleh: Abbas Iecothinker

Salam Aufklarung,

Stereotype adalah satu penyakit hati.

Penyakit yang mampu menjarakkan ukhwah dalam kalangan umat Islam. Apabila keadan itu berlaku, prasangka akan wujud di dalam hati sesama umat Islam.

Kesilapan yang dilakukan segolongan pihak disalahertikan sebagai kesilapan yang melibatkan keseluruhan sesuatu golongan.

Stereotpe ini kelihatan berlaku secara menyeluruh disemua peringkat lapisan masyarakat.

Orang Tua: “Anak-anak muda sekarang sudah berubah. Mereka sudah tidak hormat orang tua lagi.

Orang muda: “Orang tua sekarang ni jumudlah pemikiran mereka. Ini tidak boleh, itu tidak boleh. Semuanya haram! Jadi apa yang halal?!

Orang akademik: “Kita tidak boleh campurkan akademik dengan politik. Setiap ahli politik mempunyai genda masing-masing untuk mereka pengaruhi minda pelajar.”

Orang yang kecewa dengan pelakuan ahli jemaah: “Oh, begini rupanya ahli jemaah Islam… Kalau aku tahu budak-budak jemaah Islam ni teruk akademiknya, sudah tentu aku tak ‘join’.

Ini hanya segelintir golongan yang wujud di dalam masyarakat akibat kekecewaan mereka terhadap sesuatu golongan di sekeliling mereka. Hasil dari pemerhatian mereka, mereka terus menjatuhkan hukum yang tidak adil terhadap sesuatu golongan tanpa berfkir dalam konteks yang lebih meluas. Akibatnya hukuman mereka ke atas sesuatu golongan menjadi ‘bias’.

Budaya ini terus tersebar dalam kalangan para penggerak Islam sendiri. Sikap sebegini rupa sebenarnya mampu memecahbelahkan perpaduan dan hati dalam kalangan para pejuang Islam itu sendiri.

Seorang pemuda Islam yang intelek dan berjati diri teguh, seharusnya mempunyai pandangan yang luas terhadap sesuatu perkara. Dari situ, kita akan mendapat sesuatu yang positif untuk digunakan dalam usaha mengembalikan keizzahan umat Islam.

Fahaman  Sekularisme di Turki

Fahaman ini adalah amat dibenci oleh para Islamis. Ia merupakan fahaman atau pemikiran yang bertentangan dengan norma kehidupan seseorang yang beragama (Islam). Prinsip mengasingkan agama dengan kehidupan adalah satu prinsip yang sudah meracuni kebanyakan  minda masyarakat muslim pada hari ini Akibatnya, wujud golongan yang mengesampingkan agama dalam kehidupan. Kononya untuk mendapatkan kehidupan yang lebih liberal dan lebih kreatif.

Saya teringat kembali beberapa butir perbincangan saya bersama ustaz Hasrizal Abdul Jamil berkaitan dengan konsep yang terdapat dalam fahaman sekularisme. Sekularisme adalah konsep yang memisahkan agama dengan kehidupan. Seperti mana di Turki, Fahaman ini menjadi teras pembangunan negara tersebut sejak pemerintahan Mustafa Kamal Attartuk.

Fahaman mereka ini menjadi kebal di bawah pengawasan tentera dan mahkamah perlembagaan.

Oleh kerana itu, parti-parti Islamis seperti Parti Refah menjadi sasaran pengharaman oleh mereka kerana dikhatiri mahu menghumbankan fahaman sekularisme ke dalam laut. Begitu juga dengan Parti AKP ketika ini, yang suatu ketika dahulu semakin ditekan untuk diharamkan.

Walaubagaimanapun, saya tertarik dengan kenyataan Ustaz Hasrizal yang mengatakan bahawa terdapat segolongan manusia yang menganggap bahawa perjuangan AKP ketika ini sudah menyeleweng. Ini kerana AKP dikatakan mengambil konsep sekularisme di dalam perjuangan mereka.

Apa konsep yang dimaksudkan?

Konsep yang dimaksudkan ialah, pihak kerajaan tidak boleh campur tangan dalam hal-hal keagamaan yang dilaksanakan oleh seseorang individu. Sama keadaannya apabila hal-hal keagamaan tidak boleh masuk campur dalam bidang pentadbiran, tetapi cukup sekadar sebagai untuk pengamalan peribadi. Oleh kerana itu, mengapa pemakaian tudung diharamkan? Bukankah itu adalah hak idividu yang tidak boleh disentuh oleh kerajaan yang menjalankan fahaman sekularisme dalam pentadbiran sesebuah negara?

Hal inilahyang diperjuangkan oleh parti AKP dibawah Reccep Tayyib Erdogan sebagai perdana menterinya. Konsep sekularisme yang diterima pakai ini seolah-olah memperlihatkan bahawa AKP menerima fahaman sekularisme yang ada.

Pada saya, ini adalah satu metod dakwah yang perlu diambil perhatian. Ia adalah contoh kepada kita untuk melihat sesuatu dalam konteks yang lebih luas untuk tujuan dakwah dan maslahah ummah.

Saya berani mengatakan bahawa terdapat ‘isme-isme’ yang wujud ini sebenarnya boleh diterima-pakai sebahagian konsepnya di dalam Islam. Sebagai contoh, fahaman altruisme yang hampir sama konsepnya dengan ‘ithar’. Iaitu mementingkan orang lain berbanding diri sendiri. Tetapi seperti yang saya katakan tadi sebahagian konsepnya, bukan keseluruhan konsep.

Ini hanya pandangan saya berdasarkan kajian saya mengenai ‘isme-isme’ yang wujud di dunia. Isme-isme ini dikatakan menjadi musuh umat Islam kerana ia menjadi punca kepada ‘kacau-bilau’ di dalam  pemikiran dan cara hidup umat Islam. Ini fahaman stereotype yang wujud dalam kalangan penggerak Islam.

Benar. Itu memang berlaku. Tetapi sejauh mana semua ‘isme-isme’ itu bertindak sedemikian rupa? Ini yang perlu diperhatikan dengan teliti agar ia dapat dijadikan senjata ‘counter attack’ untuk memusnahkan kembali senjata serangan pemikiran yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.

Sebagaimana penggunaan sistem demokrasi menurut Islam yang digunakan oleh para penggerak Islam di negara-negara yang mengamalkan demokrasi dan juga penggunaan salah satu konsep di dalam fahaman sekularisme oleh AKP, mungkin terdapat juga manfaat lain di dalam ‘isme-isme’ yang ada untuk mengembalikan semula masyarakat Islam kepada kehidupan Islam secara total.

Apa yang mahu dilihat ialah kebergantungan masyarakat Islam kembali kepada Islam secara menyeluruh dan tidak perlu kepada ‘isme-isme’ yang ada kerana sifat ‘isme-isme’ yang adalah adalah amat lemah dan tidak menyeluruh.

Kesimpulannya, jangan memiliki minda stereotype kerana ia mampu melemahkan kekuatan umat Islam dari sudut tenaga penggerak dan mampu melahirkan umat yang berpemikiran sempit walaupun mereka terdiri daripada golongan intelektual dan profesional.

P/S: Pandangan untuk renungan…

 

3 Comments leave one →
  1. January 31, 2009 1:37 pm

    Salam ziarah. Bersama kita exchange link…

  2. February 9, 2009 2:13 am

    salam sdr

    salam ziarah..

    sekularisme di Turki begitu dahsyat.. pendekatan AKP sekurang2nya dapat menurunkannya menjadi ‘sekular sederhana’ -itu je pendekatan yg haraki yg dapat dibuat pada tahap ini di negara yg tentera menjadi pengawal dasar sekularismenya.

    Tentulah keadaannya berbeza dgn di negara kita yg terdapat ruang yg lebih selesa dalam demokrasi. Sdr dah baca, kan komen saya di blog rausyanfikir.. begitulah.

    Kita adalah apa yg kita baca.. Penyaringan amat perlu..

    Jika tidak silap, UMS ada menjemput Ust Zulkifli Ismail (Melaka) ke sana, kan? Moga kalian memanfaatkannya sesungguhnya.

    Salam kenal..

    Moga Allah mempermudahkan urusan kaum muslimin.

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    February 9, 2009 11:43 am

    Ada🙂

    Ana pernah ikuti kuliah maghrib Ustaz Zul di UMS. Sudah lama ada teringin hendak belajar di Baitul Qurra’. Tapi masih tidak tiada kesempatan waktu.

    Insyaallah, ana harap akan dapat juga bergurukan Ustaz Zul nanti…
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: