Skip to content

Seminar Pengurusan Cinta UMS-KAL

January 25, 2009
tags: ,

spc

Kredit gambar daripada saifulislam.com

 

 

Salam Aufklarung,

Ustaz Hasrizal baru sahaja bertolak ke Kuala Lumpur pagi tadi dan sudah sampai ke rumah dengan selamatnya.

Pertemuan singkat yang amat bermakna buat ahli jawatankuasa program dan seluruh warga UMS KAL yang turut serta dalam program tersebut.

Ia bukan majlis penyelesaian masalah yang sebenar. Ia hanya sebagai mukaddimah untuk menyelesaikan masalah yang yang telah berakar kukuh dalam kehidupan hampir majoriti para pelajar UMS-KAL.

Budaya Ilmu perlu terus disemai di jiwa para pelajar UMS-KAL. Selepas ini, program susulan yang lebih strategik dan berterusan perlu difikir dan dilaksanakan.

JANGANLAH CUKUP SETAKAT HARI SEMALAM SAHAJA….

Usaha pentarbiyyahan perlu terus dilaksanakan.

Badan Dakwah dan Kerohanian, ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan persatuan-persatuan lain perlu berganding bahu untuk sama-sama membentuk paradigma baru dalam kalangan mahasiswa agar mereka ini tidak terus menjadi mangsa kepada usaha memperbanyakkan ‘jentera manusia’ pada masa hadapan semata-mata. Pemikiran perlu dicambah dan diperkayakan dengan ilmu yang bersifat Rabbaniyyah dan Syumul. Sahsiah perlu dipertingkatkan sama ada dalam kalangan pelajar yang tidak celik agama ataupun yang celik agama.

Memang wujud pandangan negatif bila berlakunya penganjuran seperti ini di UMS-KAL. Pandangan sinis dari para pensyarah dan para pelajar adalah gambaran positif ke arah pelaksanaan pembudayaan ilmu yang sihat bagi saya. Ini menunjukkan subjek kerkaitan dengan kesedaran CINTA YANG SEBENAR perlu lebih diperluaskan dan digali dengan bentuk yang lebih bersifat realiti. Tidak hanya berbentuk sikap ‘condem-mengcondem’ (dengan izin) dalam kalangan pelajar celik agama terhadap pelajar yang memerlukan bimbingan. Kadang-kadang, pelajar celik agama sendiri mungkin lebih memerlukan bimbingan dalam hal ini.

Secara peribadi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hasrizal Abdul Jamil kerana sudi MEMBERI kepada para pelajar UMS-KAL yang amat dahagakan panduan hidup.

Juga tidak lupa kepada Dr. Hashim (E-Media Publication) dan Cik Aishah Michael Abdullah (kaunselor Kolej Matrikulasi Labuan) yang telah bersama-sama menjayakan Forum Mencari Cinta dan Cita-cita pada malam harinya.

Untuk huraian lanjut, saya tidak sempat untuk kongsikan bersama dalam mas aterdekat, tetapi sahabat-sahabat pembaca boleh membacanya menerusi laman sahabat saya di sini.

Teruskan program-program pembudayaan ilmu di UMS-KAL.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

 

4 Comments leave one →
  1. al-khawarizmi permalink
    January 27, 2009 8:26 am

    salam alayk..salam ziarah dari ana..jemput ke blog ana..akhialgebra.wordpress.com.. kita sama2 memberi buah fikiran membincangkan masalah ummat hari ini..ana harap nta dapat beri sedikit cadangan la..

  2. January 27, 2009 9:37 am

    Cicak pekak menjadi teladan
    Pandangan Hati kita praktikkan
    perkasa tindakan perkasa amalan
    Cinta ilahi jadi tujuan

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    January 28, 2009 6:43 am

    Insyaallah, al-khawarizmi…ana akan ziarah…

    Syukan ya…🙂

    Syukran juga buat Fifi…
    Cinta Ilahi cinta Agung…🙂

  4. February 2, 2009 2:57 pm

    Mari dengar pula respon dari Pengarah Program. Subjek cinta sering menjadi gurauan manusia yang menganggap perkara ini tidak perlu didebatkan. Tidak sama yang mengikuti dan mereka yang sering memperlekehkan perkara ini. Berbicara tentang cinta di masa isu Palestin menjadi hangat menjadikan kita juga harus duduk berbincang berkaitan dengan Palestin. Lupakan perkara yang lain. Sumbangkan sesuatu pada saudara kita.
    Andai diketahui perancangan program ini dibuat sebelum Palestin digempur Israel laknatullah, tetapi empat bulan sebelumnya. Bukan sengaja dibuat secara ad-hoc. Andai itu diketahui.
    Syeikh…
    Kita sedar apa yang kita buat. Kerana kita antara yang sedar. Menanam cinta yang bersih bersumberkan Quran dan Sunnah. Walaupun masih merangkak. Memberi pengajaran kepada yang baru sedar di celah mereka yang sedar dan masih terbuai dan tenggelam dengan cinta yang tidak bermatlamat dan berpenghujung.
    Lawati afhammifdhal.blogspot.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: