Skip to content

Kembalikan Budaya Ilmu

January 21, 2009

Pertama kali saya mendengar dan melihat buku ini (Budaya Ilmu: Satu Penjelasan) ialah pada tahun dua. Ketika itu, saya menemani sahabat saya, Johan, ke rumah bekas pensyarahnya di Kolej Matrikulasi Labuan. Penulisnya ialah Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud.

Buku ini langsung tidak menarik perhatian saya untuk dibaca pada mulanya. Nampak nipis. Tapi Johan kata isinya berat. Berat macam mana, saya pun tidak tahu.

Ketika itu juga, saya mengenali nama Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-attas. Siapa dia? Saya pun tidak tahu.

Ketika itu juga saya mengetahui gagasan ‘Islamic Worldview’ dan terma ‘Islamization of Knowledge’. Tapi saya masih samar-samar tentang maksud terma-terma tersebut.

Sewaktu itu, saya tidak ada keinginan untuk tahu semua itu. Dalam kepala saya, ada yang lebih ‘aula’ untuk dibaca. Risalah Ta’alim’ belum dihadam dengan baik walau sudah khatam beberapa kali. Proses mentelaah masih belum berlaku dalam diri saya terhadap bahan bacaan yang dibaca. Buku-buku karangan Syed Qutb, Said Hawwa, Ramadhan al-Buty, Ustaz Fathy Yakan dan ramai lagi ilmuan atau ulama’ gerakan Islam menjadi santapan minda saya ketika itu.

Sekarang…

Buku tersebut ada di tangan saya. Saya baru pinjam dari Johan 3 hari lepas. Saya tertarik dengan isi yang cuba disampaikan oleh Prof Dr Wan. Budaya Ilmu yang semakin tenggelam dan semakin jauh dari jiwa masyarakat semakin membuatkan ahli masyarakat semakin gagal memahami hakikat kejadian diri. Permasalahan ummah yang semakin mencengkam, gejala sosial yang semakin parah, dan identiti sebagai umat Islam yang semakin terhakis sepatutnya memberi kesedaran yang maksima dalam jiwa para pemuda yang Islami untuk terus berfikir dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Penghuraian tentang golongan yang hebat dan kuat seperti tentera Moghul yang turut tenggelam kebudayaan mereka dimamah kebudayaan masyakarat China sewaktu mereka menjajah sebahagian negara China memberikan petunjuk bahawa kekuatan ketenteraan semata-mata tidak menjamin keutuhan tamadun sekiranya ahli masyarakatnya tidak menjadikan ilmu sebagai teras dalam pembangunan diri dan masyarakat.

Dapat dilihat kini, di negara kita sendiri, apabila para remaja kita semakin kehilangan identiti dan jati diri sebagai seorang muslim. Mudah terikut-ikut dengan budaya luar yang dibawa masuk.

Prof Dr Hassan Hanafi pernah mengungkapkan bahawa perubahan dari sudut budaya dan cara berfikir akibat permodenan lebih banyak berlaku dalam kalangan masyarakat arab berbanding masyarakat Jepun. Apabila unsur barat atau permodenan masuk ke dalam dunia Arab, masyarakat arab terbahagi kepada 3 golongan. Pertama, mereka ini terikut-ikut dengan budaya permodenan di Barat dan Eropah sehingga meninggalkan tradisi mereka. Bukan sahaja dari sudut budaya luaran, malah cara berfikir juga sudah diresapi dengan cara berfikir orang barat yang amat liberal. Golongan kedua ialah golongan yang seaya upaya mempertahankan tradisi mereka. Mereka menjadi ‘anti’ dengan barat sehingga menolak sebarang unsur yang dibawa masuk dari Barat. Sama ada dari segi pemikiran dan budaya Barat. Golongan ketiga pula ialah golongan pertengahan yang melihat perubahan sosial dan cara berfikir umat Arab. Mereka ini berpandangan bahawa adalah amat perlu untuk membawa masuk unsur-unsur permodenan yang sudah ditapis dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kebudayaan serta cara berfikir yang rasional tanpa terikut-ikut dengan budaya Barat.

Berbeza dengan Jepun. Menurut beliau lagi, masyarakat Jepun, walaupun sangat terbuka menerima unsur-unsur permodenan, tetapi pada masa yang sama, mereka masih mengekalkan tradisi mereka.

Tetapi melihat kepada situasi semasa, Jepun juga sedang mengalami krisis identiti yang semakin parah. Semakin menghampiri cara hidup Barat.

Masyarakat kita pula bagaimana?

Pembudayaan ilmu perlu dikembalikan semula dalam masyarakat kita. Para ilmuan perlu diletakkan di kedudukan yang sepatutnya. Pandangan-pandangan para ulama’ perlu diperhatikan dan diberi penghormatan yang tinggi.

Masyarakat muda mudi masa kini harus terus berusaha mencari penyelesaian maslaah semasa yang berlaku.

Benar, al-Quran dan Sunnah adalah panduannya. Tetapi sejauh mana kita menggali isi-isi yang ada di dalamnya untuk ‘direalitikan’ dalam hidup manusia?

Budaya mengkaji perlu diperkasakan. Budaya membaca dan mentelaah perlu diperhebatkan oleh setiap golongan masyarakat. Budaya ilmu mesti dihayati, agar kita menjadi muslim yang teguh jati dirinya.

Sama-sama kita fikirkan.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

4 Comments leave one →
  1. January 22, 2009 5:56 pm

    Slm..

    Eh..bru baca buku budaya ilmu tue..lama dh abg promote

    Abg tengah cari edisi budaya ilmu yg seterusnya. Klu boleh abg mau jamaah kaya dengan variasi ilmu tetapi teguh dgn prinsip berjamaah.
    Jgn pula ahli jamaah yg anti budaya ilmu. poning kepalo dibuatnyer..

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    January 23, 2009 2:27 pm

    Salam,abang..

    A’ah, baru berminat nak baca-baca buku begitu. Terlampau banyak khazanah yang belum di gali,abang…

    Doakan saya ya, abang..

    Ahli jemaah kampus perlu membudayakan kepelbagaian ilmu suapaya minda lebih terbuka dan tidak rigid..

    Apapun, hasilnya, matlamat hanya untuk Islam dan kerana aLLAH.. aSAS BAGI SESBUAH PERJUANGAN …

  3. Muslimin Agung permalink
    January 23, 2009 5:59 pm

    Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

    Itulah hakikat umat Islam harim ini. Kita sudah semakin jauh daripada menggenggam dan menggigit tasawur Islam sekuatnya.

  4. January 24, 2009 7:19 pm

    salam.

    lama tak menziarah di sini. sihatkah? akhi, enta masih di UMS-KAL kah? kalau ya, apa kabar dengan Labuan? lama tak berkunjung di sana.. teruskan dakwah akhi, demi islam tercinta.. moga redha Allah sentiasa bersama akhi selalu. insya Allah. doakan juga ana di sini..

    salam perjuangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: