Skip to content

Titik Berubah Dalam Hidup

January 19, 2009

 

see-yourself

“Farid, macam mana nak ubah cara orang berfikir?” Tiba-tiba teringin saya mahu tahu pandangan sahabat yang saya kagumi farid namanya.

Susah. Memang sangat susah. Bukan dalam masa sehari dua. Tapi tidak mustahil kalau Allah izinkan. Apa pun, biarlah perubahan cara berfikir tersebut ke arah yang positif.

“Dalam hidup enta, berapa kali enta berubah cara berfikir?” Dia tanya semula.

Soalan pembunuh. Ligat kepala saya memikirkan jawapan yang betul.

“Hm, pertama kali berubah masa ana tingkatan 2, kali kedua semasa bertemu dan bercinta dengan gerakan Islam di kampus, dan yang ketiga, tahun hijrah baru ini. Ya, tahun hijrah 1430.”

“Macam mana boleh berubah? Apa yang menyebabkan enta berubah?’ Kena soal lagi. Padahal saya yang soal dia tadi. Dia belum jawab pun lagi.

BERUBAH DAN BERUBAH

Perubahan pertama ataupun ‘turning-point’ pertama dalam hidup saya ketika tingkatan 2. Bila dipertemukan Allah dengan seorang sahabat saya, Fauzi namanya. Melalui dia, Saya ‘masuk Islam’. Saya mula berminat untuk tahu apa itu Islam. Kehidupan saya mula berubah. Sama mula jaga pergaulan. Mula sensitif dengan pandangan mata. Agak ‘syadid’ masa mula-mula.

Teringat pengalaman yang menggelikan hati. Saya tidak faham konsep merendahkan pandangan. Jadi, bila seorang muslimat (classmate) bertanya tentang sesuatu perkara, saya tidak pandang langsung muka dia. Sampai murobbi saya ketika itu ketawa tebahak-bahak melihat prilaku saya. Memang malu sangat masa itu. Ya, saya baru kenal Islam. Banyak lagi yang saya tidak tahu. Perubahan pertama berjalan secara perlahan-lahan. Minda agak tertutup tapi semakin terbuka.

Perubahan kedua berlaku ketika di kampus. Mula mengenali usrah dan tamrin. Berjumpa dengan sahabat-sahabat yang hebat-hebat dari segi pengetahuan, keberanian, berpandangan jauh ke hadapan, penuh strategi, ada pengalaman sejak sekolah lagi, dan banyak lagi kelebihan mereka yang saya amat kagumi.

Nama-nama seperti Syukri, Farid, Hafiz, Hafizuddin, Ardi, Johan, dan Rahimi tidak akan saya lupa sampai mati. Asakan demi asakan untuk berfikir dengan cepat dan bernas selalu diberikan oleh Syukri. Kadang-kadang tidak terfikir otak. Jadi jam. Risau pun ada, takut salah cakap. Pengetahuan yang mendalam tentang sejarah dan tamadun dunia oleh Farid membuatkan saya tidak mengaku kalah dan terus meneroka bidang itu secara tidak langsung. Saya makin meminati sejarah kerana terdapat sesuatuyang berharga boleh diambil.

Kepakaran komputer oleh Hafiz membuatkan saya tidak sabar untuk belajar betul-betul tentang pengaplikasian beberapa software penting. Amat penting sebagai nilai tambah selepas grad nanti. Johan pula dengan kebolehan dalam bidang perniagaan. saya banyak dapat idea pemasaran dari dia secara tidak langsung. Ketabahan Ardi pula mengajar saya erti qanaah yang sebenar dan kesungguhan untuk meneruskan kehidupan. Hafizuddin pula, seorang yang penghibur hati. Saya kagum dengan kesungguhan dia belajar bahasa Jepun tanpa guru. Sampai boleh cakap bahasa Jepun! Semangat dia membuatkan saya berkobar-kobar untuk belajar sendiri bahasa Arab. Saya beli kamus dan buku asas pelajaran untuk belajar bahasa Arab.

Memang kuat pengaruh dari sahabat-sahabat saya. Belum masuk lagi sahabt-sahabat yang lain. Melalui mereka ini saya belajar mengenal diri saya sendiri dengan izin Allah. Saya belajar untuk memiliki identiti tersendiri. Rumit dan sangat letih dalam usaha mencari diri. Tapi itu kewajipan yang perlu dijalani oleh semua manusia yang waras. Saya semakin mendapat kekuatan dan keyakinan diri.

Perubahan ketiga berlaku beberapa bulan sebelum saya bakal bergraduan. Baru-baru ini. Perubahan dari sudut pemikiran yang sedang saya alami agak berbeza dari perubahan-perubahan sebelum ini. Perubahan yang lahir dari kesedaran untuk menghayati makna kehidupan berilmu. Ia kompleks untuk diterangkan. Yang pasti perubahan ini semakin memberi saya faham erti perjuangan yang sebenar, kepentingan dan betapa perlunya bersikap hormat tetapi kritis terhadap orang lain.

Saya berminat untuk tahu lebih mendalam tentang tokoh-tokoh atau ilmuan Islam seperti Prof Dr Hassan Hanafi, Muhammad Iqbal, Muhammad Asad, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas, Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dan banyak lagi tokoh muslim yang lepas dan semasa yang tidak dapat saya sebutkan di sini. Saya berhajat untuk hadam buku-buku karangan Adam Smith (The Wealth of Nation), Karl Marx (Das Kapital), Ibnu Khaldun (al-Muqaddimah), dan juga buku-buku karangan tokoh-tokoh yang disebutkan di atas.

Yang lebih penting, tafsir al-Quran seperti tafsir Ibnu Kaathir dan Fi zilalil Quran (Syed Qutb), mesti menjadi prioriti sebagai rujukan di samping rujukan lain.

Keinginan yang meluap-luap ini saya harap dapat dikongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Dalam proses mencari formula untuk berusaha mengembalikan semula keizzahan umat Islam.

Saya yakin proses anjakan paradigma ini tidak terhenti di sini sahaja. Saya perlukan sokongan sahabat-sahabat untuk mencari makna hidup. Proses ini akan berterusan.

Sahabat, pembacaan, pengalaman hidup, situasi masyarakat semasa dan matlamat hidup (ghayah) adalah antara eleman penting yang mempengaruhi cara saya berfikir dan bertindak.

Menuntut kesabaran dan kesungguhan.

Saya akan terus dengan mencari makna hidup. Hanya untuk satu tujuan.

Sekadar perkongsian.

 

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

6 Comments leave one →
  1. January 20, 2009 2:17 pm

    Salam ziarah kembali🙂

    Perubahan yang amat bagus. Benar, teman-teman di sekeliling cepat mempengaruhi kita selain dari keluarga sendiri. Syabas Aliff, I envy u for having such good companions! Alhamdulillah for the brilliant changes that turned u into a better being.

    Speaking of changes, I noticed your nicknames kept changing over time. Does it reflect your thinking also? Atau pun, Aliff memang suka tukar-tukar nama. Hehe..

    I’ll have to thank you for making me think about changes in my life. It really widens the mind as well as perspective. Honestly, this is one of my favourite posts! Syukran😀

  2. Aliff Bin Basri permalink*
    January 20, 2009 2:32 pm

    Thats all from ALlah, hasanah. I just keep trying to do the best in my life via the islamic method..

    Masih dalam proses mencari makna hidup.. Untuk diri n ummah… Thanks, hasanah..
    🙂

  3. January 21, 2009 6:57 am

    hey salam!🙂
    tanx ya fr ur ziarah.
    bytheway,
    hve a great jihad
    (;

  4. kakak permalink
    January 21, 2009 7:43 am

    “Perubahan ketiga berlaku beberapa bulan sebelum saya bakal bergraduan. Baru-baru ini. Perubahan dari sudut pemikiran yang sedang saya alami agak berbeza dari perubahan-perubahan sebelum ini. Perubahan yang lahir dari kesedaran untuk menghayati makna kehidupan berilmu”

    komen:
    semoga sentiasa diberi hidayah oleh Allah untuk beristiqamah MERASAKAN perasaan seperti diatas.bukan mudah untuk melakukan penghijrahan kerana kita terpaksa membuang tabiat2 yg menghalang azam kita dan membentuk tabiat baru yg selaras dgn penghijrahan yg dilakukan.sentiasalah berDOA kpd Allah. insyaAllah dgn perancangan yg strategik dan tindakan yg berterusan, matlamat akan dicapai.

    “Yang lebih penting, tafsir al-Quran seperti tafsir Ibnu Kaathir dan Fi zilalil Quran (Syed Qutb), mesti menjadi prioriti sebagai rujukan di samping rujukan lain.”

    komen:
    membaca Al quran itulah yg utama..IBU segala ilmu,dengannya kita pasti berjaya insyaAllah. Carilah kelas2 pengajian yang mengajar tentang Al Quran…di UMSKAL pun ada..
    sebagai renungan:
    sabda nabi saw yg bermaksud: ajarlah anak kamu dgn sifat ini… 1) mencintai nabi 2) mencintai keluarga nabi 3) membaca Al quran

    dan banyak lagi hadith dan ayt Al quran menerangkan kepentingan membaca dan menghayati isi kandungannya..SEMOGA BERJAYA

  5. January 21, 2009 11:29 am

    Thanks, gadis reformasi…

    ATas lawatan balas..hehe..

    Terima kasih, kakak..

    Hm, betul tu. Tak cukup dengan membaca, kena hayati makna dan perkaitan dengan kehidupan sekarang, Baru jadi ‘ibu’ yang sebenar. Ibu yang sebenar ialah ibu yang menjadi pelindung, penasihat, pembimbing kepada anak2nya. Tapi ibu tersebut akan gagal memainkan peranannya kalau anak itu sendiri tidak mahu ambil iktibar atas apa yg disampaikan oleh si ibunya.

    Jadi, moga kita jadikan al-quran bukan sekadar bacaan sahaja, yang lebih utama ialah menhayati dan mengamalkan isinya sekali.

    Peringatan untuk diri yang banyak kena belajar lagi.

    Syukran atas ziarah, kakak..🙂

  6. January 22, 2009 1:07 pm

    Salam ziarah tuan,
    Untuk berubah perlu ada beberapa elemen,
    Ia bermula dengan ISU
    Yang PALING PENTING ialah INGIN
    Kemudian ILMU
    Akhirnya ISTIQAMAH

    dan insyaAllah, istiqamah itu dicapai selagi kai digerakkan utk berjuang..

    Salam seribu kerinduan juga dr ana🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: