Skip to content

Membaca Buku Vs. Mentelaah Buku

January 19, 2009

buku2

Oleh: Abbas Iecothinker

Salam Aufklarung,

Buku adalah untuk dibaca. Semua orang akui pernyataan ini. Orang baca buku bila tidak tahu sesuatu perkara, untuk menyiapkan ‘assignment‘, menjawab persoalan orang, mengkaji sesuatu perkara untuk mematahkan hujah orang lain, menunjukkan diri hebat, untuk menjawab ‘final exam’ dan pelbagai lagi tujuan lain.

Buku juga menjadi rujukan tatkala manusia berada di dalam kesempitan. Pendek kata buku mampu menjadi teman ketika susah. Boleh jadi ketika susah sahaja.

Tapi, amat jarang buku dijadikan teman untuk ditelaah. Maknanya, bukan untuk dibaca.

Saya maksudkan di sini ialah ‘mentelaah buku’, bukan ‘membaca buku’.

Apa bezanya membaca buku dan mentelaah buku, bang? Tanya adik usrahku, si Imran Khan.

Orang membaca buku untuk mengingatkan fakta semata-mata dan dilakukan untuk tujuan tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Tetapi dalam konsep ‘mentelaah’ yang saya fahami, ia lebih berat dan serius. Telaah buku dilakukan dengan menjalani beberapa proses ketika membaca iaitu membaca sendiri, kemudian diikuti dengan proses berfikir. Berfikir berkaitan dengan apa yang mahu disampaikan sebenarnya oleh penulis? Siapa penulis untuk berkata demikian? Apa yang boleh dihubungkaitkan isi buku tersebut dengan realiti semasa atau permasalahan semasa? Jika tidak faham apa yang hendak disampaikan, baca berulangkali agar maksud yang mahu disampaikan oleh si penulis dapat difahami dan dihayati dengan sebaik mungkin. Jangan mudah-mudah menafikan sekiranya isi buku yang hendak disampaikan kelihatan bertentangan dengan persepsi kita terhadap sesuatu isu. Tapi jika bersanggah, maka wajar dikritik dengan penuh hormat disertai dengan hujah dan fakta.

Ini adalah proses mentelaah yang memerlukan kesungguhan. Buku dijadikan medan untuk berfikir tentang sesuatu perkara. Bukan dijadikan medan semata-mata untuk mengingat dan memuntahkan kembali isi tersebut kepada orang lain. Saya tegaskan, bukan semata-mata untuk berbuat demikian sahaja.

Proses ini penting dalam usaha mencari penyelesaian yang konkrit terhadap sesuatu masalah semasa.

Saya bercakap konsep ini secara umum. Agak susah untuk diaplikasikan dalam keadaan semasa, sama ada di IPT atau di peringkat sekolah sendiri. Kerana masa yang singkat memerlukan kita tidak dapat meluangkan masa yang panjang untuk mentelaah sesuatu karya pemikir atau para ilmuan. Masa yang singkat memaksa kita untuk sekadar membaca dan mengambil isi dari sesuatu buku lalu dimuatkan di dalam ‘hasil kajian’ yang dilakukan sebagai rujukan. Kononnya seperti telah membaca banyak buku. Padahal hanya sekadar membaca sehelai atau dua helai muka surat sahaja.

Budaya mentelaah buku harus dijadikan salah satu cara hidup, terutamanya generasi muda dalam usaha untuk memahami masalah umat semasa dan mencari jalan penyelesaiannya.

Satu perjuangan buat semua. Satu cabaran buat semua dalam keterbatasan masa yang ada.

Semua ini untuk jangka masa panjang buat ummah yang tersayang.

Dua hari lepas, sebelum usrah habis, Imran pula mengingatkan kepada sahabat-sahabatnya yang lain agar jangan hanya membaca buku, tapi lakukan telaah terhadap sesebuah buku.

P/S: Penyelesaian terhadap masalah ummah masa kini dan akan datang memerlukan pemikir dan pelaksana yang ramai. Mahasiswa harus menyahut seruan untuk membudayakan ilmu dalam kehidupan.

Abbas Iecothinker

W. P. Labuan

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: