Skip to content

“Time-Management Vs. Self-Management”

January 17, 2009

waktu_11

“Aku rasa, aku tak dapat result baik ‘sem’ ini sebab ‘time-management’ aku tak betul la.. Aku tak dapat seimbangkan masa untuk akademik dan berpersatuan..”

Time-management kena betul, baru dapat buat semua perkara…”

Time management atau pengurusan masa adalah terma yang selalu digunakan, sama ada dalam apa-apa mesyuarat(untuk menegur yang lambat), kegagalan diri dalam mengurus hal akademik, kegagalan diri dalam menguruskan segala urusan dalam kehidupan. Terma ini amat sinonim dalam kalangan mahasiswa mahupun orang dewasa.

Tapi betulkah penggunaan terma tersebut?

Bolehkah masa diurus? Sedangkan masa akan terus berlalu. Walau kita ‘manage’ masa baik-baik dalam jadual, masa akan tetap berlalu dan kita akan terus dengan kegiatan kita. Tidak kira sama ada masa sudah terlajak jauh melebihi peruntukan masa atau pun terlalu awal dari masa yang diperuntukan. Masa akan terus berlalu tanpa memberi pesan pada si pelakunya. Yang memeberi pesan ialah jam di tangan. Juga tanpa dapat diurus oleh si pelaku.

Logiknya, adalah mustahil kita dapat mengurus masa yang sedang berlaku. Kita tidak mampu memberhentikan masa yang sedang berlalu. Tetapi kita sebenarnya mampu memberhentikan perilaku kita terhadap sesuatu perkara.

Iya, perilaku kita. Ia bersumber kepada sikap kita dalam melaksanakan sesuatu perkara. Dalam kita menggunakan istilah ‘mengurus masa’ ketika membuat jadual, kita sebenarnya sedang ‘mengurus-diri’.

Diri boleh diurus tetapi masa tidak boleh diurus. Kalau hendak urus masa, kena berhentikan masa dan masa mesti ikut kehendak ‘pengurusnya’ yakni diri kita sendiri. Tetapi perkara sedemikian tidak berlaku. Yang berlaku ialah ‘mengurus diri’.

Oleh itu, mungkin selepas ini budaya menyebut terma ‘time-management’ dapat diubah kepada budaya menyebut terma ‘self-management’.

Mungkin itu lebih tepat.

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan kepada kebenaran, Dan berpesan-pesan dengan kesabaran. (Surah al-Asr: 1-3)

Masa adalah tetap dan terus berlalu mengikut Iradat Allah. Diri kita juga akan terus berlaku mengikut sunatullah.

P/S: Perkongsian dari papaku yang tersayang waku cuti semester.

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

One Comment leave one →
  1. January 17, 2009 6:57 pm

    salam..ye..btul tuh…self management..syaa stuju 100%.:-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: