Skip to content

Gagasan Idea Pencerahan Pemikiran Umat Islam

January 14, 2009

Oleh: Abbas Iecothinker

Salam Aufklarung,

Alhamdulillah, tidak sia-sia rasanya dengan melakukan pembelian sebuah buku yang agak ringkas, sekitar 175 muka surat, tetapi isinya mampu untuk memberikan suntikan baru untuk melakukan anjakan paradigma dalam cara saya berfikir(the way of thinking). Buku yang saya maksudkan ialah “Serial Dialog Pencerahan Afkar: Orientalisme vis a vis Oksidentalisme”. Ia merupakan satu buku yang mengumpulkan siri dialog yang pernah dilakukan oleh Afkar. Buku terbitan Pustaka Firdaus itu telah membuka pemikiran saya agar lebih telus dalam usaha memastikan Islam sentiasa terbela dan sifat kesejagatannya sentiasa terbukti.
Oksidentalisme Sebagai Idea Pembaharuan Umat

Antara siri dialog yang saya amat tertarik ialah di antara Afkar dengan Prof Dr. Hassan Hanafi. Untuk lebih mengenali beliau boleh klik sini, dan sini. Idea beliau ialah mengenai kewujudan para Oksidentalisme(occidentalisme) yang merupakan sekumpulan pengkaji yang melakukan kajian tentang dunia Barat. Ia merupakan suatu gagasan besar seperti mana yang pernah dilakukan oleh para Orientalisme. Jangan pelik sekiranya Barat mengatakan bahawa gagasan Oksidentalisme yang dibawa ini adalah merupakan musuh mereka! Seperti yang terdapat di sini. Sedangkan menurut DR. Hanafi, ia bukan sebagai medan untuk bermusuh, tetapi lebih kepada untuk mempelajari dan memahami dunia Barat untuk pembangunan Ummah. Ia sebagai wasilah(al-wasail) untuk membangunkan semula umat Islam ketika ini. Bukan sebagai tujuan dan matlamat(al-Ghayah)!
Oksidentalisme ini dilakukan dengan mengkaji sejarah peradaban Barat, pola pemikiran mereka, kebudayaan dan cara hidup mereka. Sudah tiba masanya untuk kita menjadikan dunia Barat sebagai subjek kajian kita setelah hampir 7 abad kita menjadi bahan kajian mereka.
Menurut beliau lagi, Fasa peradaban Islam dapat dibahagikan kepada tiga fasa. Pertama ialah fasa permulaan yang juga sebagai fasa keemasan, iaitu sejak Zaman Rasulullah SAW hingga ke zaman Ibnu Khaldun(Abad 9M-13M). Fasa Kedua ialah Fasa Kejatuhan atau Kemunduran. Ia juga dikenali sebagai Fasa Jumud atau Taklid yang menimpa umat hampir enam hingga tujuh abad (Sekitar abad 13M-19m). Kemuncak kejatuhannya ialah ketika zaman Empayar Savavid yang berpusat di Iran(Parsi), empayar Mogul di India dan Empayar Uthmaniyyah di Turki yang secara mutlaknya runtuh pada abad ke 19. Fasa ketiga pula ialah Fasa Kebangkitan Semula (renaissance/ash-Shahwah al-Jajidah) yang dimulai sejak abad ke 19. Antara pelopornya ialah seperti al-Afghani, Syeikh M. Abduh dan sahabat-sahabt seperjuangan mereka dan selepas mereka yang mana projek kebangkitan itu berterusan sehingga kini. Jadi sekarang ini, kita sedang berada dalam kalangan tersebut.
Generasi kita dan seterusnya yang bertanggungjawab meletakkan Islam diposisinya yang sebenar setelah hampir 7 abad Islam di pijak dan dilekehkan.
Perubahan yang perlu dilakukan ketika ini bukan sahaja berkaitan dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kenegaraan, ketenteraan dan sebagainya, malah jauh lebih utama yang harus diubah ialah budaya(tsaqafah) dan pemikiran(al-Fikr) umat Islam.
Melalui Oksidentalisme ini, diharapkan agar umat Islam dapat menguasai epistemologi pengetahuan barat tanpa mencabut akar tradisi mereka dan tanpa perlu berlakunya kehilangan identiti sebagai seorang Muslim sejati. Melalui gagasan idea ini juga diharapkan agar umat islam dapat mengikis anggapan pesemisme dalam kalangan umat manusia dan mengembalikan semula kepercayaan diri, bangsa dan agama khususnya.
Sudah sampai masanya untuk kita melakukan perubahan secara total dalam hidup manusia sejagat. Sudah sampai masanya umat Islam kembali menghayati ayat-ayat al-Quran dan sunnah yang menyuruh kita agar sentiasa berfikir dan meneliti alam fana ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keredhaan serta keampunan Allah.
Sebagai generasi baru umat, seharusnya para muda-mudi Islam mengambil peluang ini untuk terus menggali idea para ilmuan Islam agar dapat menyumbang kepada dunia Islam dan manusia sejagat amnya.
Bukan senang untuk melakukan perubahan. Tapi ia perlu usaha yang bersungguh-sungguh dan pengharapan yang penuh pasrah kepada Allah agar sentiasa dilindungiNya dari kesesatan dalam menjalani kehidupan.

P/S: Buku ini sebagai mukadimah hijrah saya pada tahun ini. Hanya kebenaran yang dicari. Hanya untuk Islam..

Sumber: Abbas Iecothinker

5 Comments leave one →
  1. kakak permalink
    January 14, 2009 6:05 pm

    Saidina Umar bin Abdul Aziz menyebut: “ Orang yang melakukan kerja tanpa ilmu, akan lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan.” Beliau menegaskan, ilmu yang paling penting ialah ilmu yang boleh menerangkan hakikat agama Islam secara lebih terperinci.

  2. January 15, 2009 12:09 am

    yukran atas respon, ukhti..betul tu…jrg orang berfikir bahawa mempelajari ilmu barat mampu menerangkan hakikat agama Islam yang sebenar dn terperincci…

    Sama-sama kita fikirkan…

  3. qatrunnada permalink
    January 29, 2009 1:59 am

    assalamualaikum…

    ana pernah terfikir dulu… wktu bru shj berusia awal belasan thun… masih awal lg d sek men… ana pernah berkata bhw, ana nk cari dn beli kitab bible…
    semua org terkejut…! risau yg ana ni dh terpesong…

    trus ana jelaskn yg ana cume nk kaji… kaji semua agama… tetap dhalang…

    jika semua org b’fikir dgn cara lain, pasti sesuatu yg luar biase terhasil… btul x?
    ape yg ana fikirkan, jika kta nk mengutarakan pndpt atau menyanggah pndpt, berhadpn dgn lwn… kita kne kenal kelebihan dn kelemahan mrk… sbb tu ana nk kaji smua agame wkt tu…

    oleh krn pemikiran yg ana rasakn agk tertutup, keinginan x kesampaian…

    jd, ana betul setuju dgn artikel yg enta post ni… dn lg satu

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    January 29, 2009 9:30 am

    Ya?
    Hm, Tidak mengapa, mungkin mereka risau keselamatan aqidah nti..

    Apa pun, sekarang mungkin nti boleh berjinak-jinak untuk mengkaji bible yang ada.

    Tetapi ana nasihatkan, untuk kaji bible, mungkin nti boleh mempelajari metodologi kajian yang diajar oleh Ustaz Ahmad Deedat.

    Beli buku-buku beliau sebagai rujukan kajian. Di sana ad banyak jawapan hasil kajian beliau.

    Teruskan mencari kebenaran…🙂

  5. qatrunnada permalink
    February 1, 2009 9:52 am

    hmm…

    mksd ana, masyarakat dulu masih berfikiran sehala… bukan byk hala… ia berkait rapat dgn post enta “titik berubah dlm hidup”… ana tersilap response kt sni plak…hehe…

    ape2 pn, masyarakat skrg dh mula berfikiran 2 hala… minda lebih byk menilai dan menganalisis…

    xde alasan utk kita menghadkan diri kita utk terus mengkaji dan mencari ilmu… kita bebas utk membuat apa shj eksperimen tntg apa shj… dan kita bebas memberi pendapat tntg apa shj…

    ana suke nk bace bku ahmad deedat… setakat ni cume dpt cebisan rangkaian pemikiran beliau…

    syukran ats support…
    wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: