Skip to content

Mari Sertai BERSATU PERAK

January 8, 2009

bersatu-perak

Oleh: Aliff Bin Basri

Satu jawatankuasa bagi memobilisasikan mahasiswa BERSATU PERAK untuk Kampus Borneo telah berjaya ditubuhkan. Ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik merupakan perintis bagi BERSATU PERAK (Wakil Kampus Borneo). Kewujudan jawatankuasa ini bertujuan untuk menggembeling dan memepersatukan kekuatan mahasiswa-mahasiswi yang berasal dari Perak yang sedang menuntut di IPTA/S sekitar kepulauan Borneo seperti negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk makluman, pertubuhan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak atau lebih dikenali sebagai BERSATU PERAK ialah sebuah pertubuhan NGO yang ditubuhkan untuk menjadi juru cakap ummah bagi masyarakat negeri Perak dan ia diwakili oleh mahasiswa-mahasiswi  negeri Perak. Ia merupakan sebuah badan yang mengumpulkan seluruh mahasiswa anak negeri Perak dengan kepelbagaian kepakaran tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama-sama bergabung di bawah satu payung sebagai wadah u ntuk menyumbangkan sesuatu kepada negeri kelahiran dan negara amnya.

Misi utama penubuhan BERSATU PERAK ini ialah untuk menjadi ejen ‘Check and Balance’ bagi kerajaan negeri Perak. Ini penting untuk memastikan segala keputusan pimpinan Kerajaan Negeri Perak  tidak akan memberikan kesan negatif kepada rakyatnya. Selain itu, ia juga bertindak sebagai sebuah badan yang memperjuangkan kepentingan hak, isu dan kebajikan mahasiswa serta masyarakat. Sebagai sebuah pertubuhan yang digerakkan oleh mahasiswa itu sendiri, sudah tentu ada misi yang berkaitan dengan mahasiswa itu sendiri. BERSATU PERAK juga bercita-cita mahu melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berminda negarawan. Iaitu bakal pemimpin yang berilmu dan bersahsiah tinggi serta mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling.

 

Bermula dari semalam lagi, keahlian sudah dibuka dengan melakukan pengedaran borang keahlian kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli persatuan. Di peringkat jawatankuasa BERSATU PERAK (WAKIL KAMPUS BORNEO), ingin menjemput dan mengalu-alukan penglibatan semua mahasiswa anak negeri Perak yang sedang menuntut di sekitar negeri SARAWAK, SABAH DAN JUGA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN untuk menyertai BERSATU PERAK. Keahlian terbuka tanpa mengira bangsa dan agama. Melalui BERSATU PERAK, para pelajar akan diberikan peluang untuk mendekati masyarakat negeri Perak secara dekat disamping dapat meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) setiap individu yang terlibat. Aktiviti-aktiviti telah disusun diperingkat pimpinan BERSATU PERAK dan akan berlangsung setiap kali  cuti semester. Pihak jawatankuasa BERSATU PERAK (WAKIL KAMPUS BORNEO)  sedang merancang untuk mengadakan aktiviti susulan untuk mengumpulkan mahasiswa-mahasiswi Perak yang sedang menuntut di kepulauan Borneo dalam satu program yang akan diberitahu kelak.

Sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan borang keahlian , boleh terus berhubung dengan:

1)      Saudara Aliff Bin Basri                   : 014-8632101

2)      Saudari Nor Maziah Binti Khori  : 014-8676480

 

Juga boleh merujuk terus ke blog BERSATU PERAK:

http://bersatuperak.blogspot.com, dan

http://siswaperak.com

Sekian, terima kasih.

 

 

Aliff Basri (014-8632101)

Exco Wakil Kampus Borneo,

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK)

One Comment leave one →
  1. January 14, 2009 11:44 am

    Assalamualaikum….cewah…bersatu siot….
    hehe…lama jgk tidak ketemu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: