Skip to content

My Voice….To All Of You O.I.C’s Leaders!!

January 3, 2009

Senyum kambing1
Cukuplah tu! Nak buat apa lagi!…….

Agaknya ini dialog yang O.I.C ungkapkan sama ada dalam diam atau terang-terangan. Jiwa saya menggelegak dan tidak tahan dengan sikap O.I.C yang kononnya menjadi pertubuhan tempat para pemimpin Islam berkumpul dan berbincang…piiirah!!!!

Sikap para pemimpin O.I.C umpama pemimpin yang dayus! Kenapa sampai sekarang senyap! Please respond about Palestin’s issue! Mana para pemimpin yang ‘sembang kemas’ ketika setiap kali berlakunya persidangan O.I.C??

Saya semakin meluat dengan pertubuhan O.I.C. Sangat meluat!

Setiap hari kematian meningkat di Palestin. Apa O.I.C buat? Tukarlah orang yang mengepalai O.I.C sekarang. Pada saya dia lemah dalam membuat keputusan…

Atau mungkin bukan kerana pemimpin.. Ia mungkin juga kerana penubuhan pertubuhan itu yang sambil lewa. Mungkin kejadian yang berlaku di Palestin adalah diluar bidang kuasa mereka! Mungkin ke?

Kepada pertubuhan Islam mana lagi yang kita hendak harapkan? Dunia Arab berjoli dengan kekayaan mereka (bukan semua), masyarakat Islam pula sudah semakin menjauhi ajaran Islam. Hiburan sudah jadi asam garam. Sudah menjadi perkara wajib ada dalam rumah masing-masing.

Para pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam hanya ‘sembang kemas’ sahaja. Hanya mahu mencari publisiti, pangkat dan pengaruh semata-mata.

Hei, Muslim!!!

Wake up!!!

Wake Up!!!!

Abang, adik, kakak, mak dan bapa kamu mati ditembak dan di bom di Palestin! Apa kamu buat? Makan sedap-sedap? Aduh!! Selesanya hidup kamu. Macam tiada perasaan!

Saya menggeletar menulis setiap bait di atas. Ia adalah emosi dalaman saya yang saya pendam sejak sekian lama. Maafkan saya. Suara kecil saya ini mungkin tidak mampu menyentuh hati sanubari para pembaca apatah lagi untuk menggegarkan dunia Islam. Tapi harapan saya agar berlaku perubahan dalam lanskap politik Islam diseluruh dunia. Politik dalam Islam bukan segala-galanya, tapi dengan kuasa politik, ia mampu menjadi pelengkap kepada kemakmuran dunia sejagat. Ia pelengkap kepada semua metod gerak kerja Islam. Dari para pemikir hinggalah kepada para pelaksana.

Sampai sini sahaja buat masa ini. Masa akan terus berjalan. Perjuangan mesti diteruskan.

Muka manis… Tapi hati tiada siapa yang tahu.

Ayuh anak muda, lakukan perubahan!

P/S: Kepada sesiapa yang terasa, anggaplah ia sebagai muhasabah. Ini adalah suara hati seorang rakyat yang mendambakan kedamaian.

PEACE 4 ALL!!

17 Comments leave one →
  1. January 4, 2009 2:29 pm

    pemimpin lebih mengutamakan kes mangsa2 Bukit Antarabangsa…tapi mangsa2 yang tak sedar diri…org dh bagi pertolongan, dorang tak hargai…mana sanggup orang2 mcm mereka menetap di bilik darjah…lebih baik sewa hotel…

    yang kesiannya, sukarelawan-sukarelawan yang turun…sebab usaha mereka tak dihargai…

    makanan2 pun banyak yang ditinggalkan..dah jadi satu pembaziran..

    dari memikirkan kes Bukit Antarabangsa, baik pikir mangsa2 di Palestin…

    [sekadar pandangan dari insan yang dhoif]

  2. January 4, 2009 6:05 pm

    Banyak yang boleh kita lakukan kalau kita benar-benar ingin membantu.

    Demonstrasi hanya tindakan kecil.Bagi Pemerintah Israel dan Amerika yang berFIKIR,mereka bertuhankan rasional.Rasional mereka mengatakan orang Islam lemah kerana hanya bersimpati dari jauh.Mereka tidak percaya pada doa (prayer) sebab mereka tidak percaya Tuhan yg Satu dan Maha Kuasa.

    Perhatikan gelagat orang Malaysia sendiri.Kita seronok tinggal di rumah masing-masing, bekerja ke sekolah dan pejabat,makan di hotel,tidur-tidur dan hidup selesa.

    Hanya segelintir orang yg Allah pilih seperti Mercy Malaysia utk berada di sana dan melihat sendiri penderitaan yg dihadapi oleh saudara Islam kita di sana.Bayangkan jet-jet pejuang terbang melintasi kepala,dentuman bom yang kuat dan mayat yang bergelimpangan.

    Ana rasa Palestin menderita berpuluh tahun kerana kita (dan orang Arab) tidak mempunyai perasaan sebagaimana kita di Malaysia.Kita masih tidak ditindas dengan sebenar-benar penindasan.Dengan itu ramai orang Islam tidak rasa tertekan dengan nasib saudara sendiri.Satu hari nanti Islam akan bangkit dengan sebesar dan sekuat kebangkitan yang bergelombang dalam rohani dan fizikal.Rintihan doa,kata-kata dan tunjuk perasaan yang diikuti dengan tindakan oleh fizikal.

    Allah sudah berfirman yg bermaksud: “Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”

    Pendek kata,orang Palestin tidak berilmu,mereka tiada perancangan, tidak tahu bagaimana caranya yang terbaik untuk mempertahankan bumi bertuah yang mereka duduki.Mereka mesti mengatasi Israel dan AS dari segenap segi,seperti apa yang kita lakukan di Malaysia sekarang.Sampai ke hari ini Palestin belum merdeka,maka perjuangkanlah kemerdekaan Palestin dahulu.Nasib masyarakat Palestin amat malang kerana tiada sempadan yang memisahkan mereka dengan Yahudi,bahkan dalam negara Palestin sekalipun.

    Kesimpulannya,apa perasaan anta yang sebenar apabila menatap mayat Islam yang ramai bergelimpangan.Inna lillahi wainna ilaihi rajiun…itulah ucapan yang sebaiknya.Sesungguhnya kepadanyalah kita kembali..

    Cuba anta fikir,kalau Rasulullah masih hidup apa yang akan baginda lakukan?-mengambil pelajaran dari perang Khandaq dan fathu Makkah.

    Sekian,catatan perjuangan.

    (Ya,berubah untuk mengubah.Sebagai seorang cikgu apa yg boleh aku lakukan, ya Allah…)

  3. kakak permalink
    January 7, 2009 9:59 am

    salam, adakah ini sekadar pandangan anda.sy rs pendapat ini perlu difikir semula…lihat semula sejarah bagaimana Yahudi menceroboh Palestin..
    “Pendek kata,orang Palestin tidak berilmu,mereka tiada perancangan, tidak tahu bagaimana caranya yang terbaik untuk mempertahankan bumi bertuah yang mereka duduki.Mereka mesti mengatasi Israel dan AS dari segenap segi,seperti apa yang kita lakukan di Malaysia sekarang.Sampai ke hari ini Palestin belum merdeka,maka perjuangkanlah kemerdekaan Palestin dahulu.Nasib masyarakat Palestin amat malang kerana tiada sempadan yang memisahkan mereka dengan Yahudi,bahkan dalam negara Palestin sekalipun. “

  4. kakak permalink
    January 7, 2009 10:15 am

    ayat di atas sy petik dari kwn

    pada pendapat sy,org Palestin tidak harus disalahkan..bagaimana orang palestin mahu mempertahankan bumi bertuah yang mereka duduki jika orang Islam sendiri di seluruh dunia membantu Israel menjajah bumi palestin…Yahudi memegang ekonomi dunia kini dan orang islam sendiri penyumbang wang untuk mereka melancarkan peluru membunuh rakyat palestin..OIC sibuk bersidang dan membantah itu ini tetapi tentera zionis makin rakus membunuh rakyat Palestin..

  5. kakak permalink
    January 7, 2009 10:36 am

    “Mereka mesti mengatasi Israel dan AS dari segenap segi,seperti apa yang kita lakukan di Malaysia sekarang”

    ini persoalan sy…adakah Malaysia sudah berjaya mengatasi Israel dan AS dari segenap segi?

    kita perlu tahu matlamat yahudi menduduki bumi Palestin..bukan seperti zaman malaya zaman dahulu..orang inggeris menjajah malaya kerana mahu kaut hasil bumi

    nk tahu sapa yahudi http://www.darulnuman.com/mhikmah/yahudi.html

  6. kakak permalink
    January 7, 2009 10:38 am

    ni petikan artikal dari

    http://www.agendadaily.com/cms/contentPrint.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e01f1e4c-3132372e-1e2e8cc0-aad9d20b&paging=0

    Tidak pernah dalam sejarah dunia moden, Islam ditekan begitu hebat dan rakus seperti hari ini. Sanggupkah anda biarkan keadaan sedemikian berlarutan hingga bumi kita menjadi padang jarak padang terkukur seperti Iraq, Pakistan, Afghanistan dan Palestin? Apa yang akan saya dan anda jawab dengan anak cucu kita nanti? Apakah saya dan anda sekadar berpeluk tubuh membiarkan bangsa kita menjadi pengganas di negerinya sendiri? Sekiranya tidak ada jalan lain lagi mahukah kita semua berhijrah ke Yaman seperti yang diusulkan oleh Nabi Muhammad SAW?

    Rasulullah SAW bersabda ” Jika timbul fitnah, hendaklah kamu (tinggal) di Yaman, kerana (tempat) itu diberkati “. – Riwayat Sayyidina Abu Zar Al-Ghifari.

    ” Barang siapa yang susah memperoleh pegangan, hendaklah dia (pergi) ke arah sini, Rasulullah SAW menunjukkan ke arah Yaman “. Dalam kitab Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, Abu Mas’ud Al-Badri meriwayatkan, Rasulullah SAW menunjuk ke arah Yaman lalu bersabda: ” Sekarang di sanalah tempatnya iman “.

    ” Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-harj”. Sahabat bertanya, “Apakah al-harj itu hai Rasulullah? Nabi SAW bersabda, “Peperangan demi peperangan demi peperangan ”

    Riwayat Ibnu Majah

  7. kakak permalink
    January 7, 2009 10:43 am

    maaf jika pendapat sy mengguris hati..

    dalam keadaan sekarang,rakyat palestin ditindas dan dibunuh bukan dgn Hak, mereka masih dipersalahkan..aduh sedihnya..

    renung2fikir2

    “Kita mungkin merasa berat untuk memberi sumbangan kepada sahabat kita di Palestin, namun kita perlu merasa malu kerana dalam keadaan yang tidak kita sedari rakyat Palestin yang sedang menderita itu sebenarnya sedang memberi sumbangan kepada kita. Sumbangan yang bagaimana?. iaitu sumbangan peringatan untuk kita mensyukuri nikmat kedamaian dan keharmonian yang kita rasakan sekarang. Dan amat memilukan apabila sumbangan ini mereka berikan dengan pengorbanan yang begitu tinggi. Oleh itu kita perlu berusaha untuk membalas sumbangan besar mereka ini”

    petikan kata2 dari blog shbt

  8. kakak permalink
    January 7, 2009 10:51 am

    walaubagaimana pun sy setuju dgn pendapat kwn ttg ayat ini..

    Ana rasa Palestin menderita berpuluh tahun kerana kita (dan orang Arab) tidak mempunyai perasaan sebagaimana kita di Malaysia.Kita masih tidak ditindas dengan sebenar-benar penindasan.Dengan itu ramai orang Islam tidak rasa tertekan dengan nasib saudara sendiri.Satu hari nanti Islam akan bangkit dengan sebesar dan sekuat kebangkitan yang bergelombang dalam rohani dan fizikal.Rintihan doa,kata-kata dan tunjuk perasaan yang diikuti dengan tindakan oleh fizikal.

    INSYAALLAH

  9. kakak permalink
    January 7, 2009 11:05 am

    SEKADAR PANDANGAN DARI INSAN YG CETEK ILMU PENGETAHUAN

    jika salah tolong tunjukkan jalan yang benar

  10. kakak permalink
    January 7, 2009 12:23 pm

    SEJARAH YAHUDI

    http://www.tragedipalestina.com/sejarah.html

  11. Kwn permalink
    January 7, 2009 9:07 pm

    Oh begitu..jadi kenapa Palestin tertindas? Palestin bangkit dalam bentuk pemerintahan politik (HAMAS) demokrasi (mengundi).Itu langkah pendemokrasian.Palestin juga lemah,tuturkata B.Arab mereka baru sekarang menyentuh hati segelintir kita (berbahasa Arab).Dulu,60 tahun dulu masyarakat Arab di sana buat tak tau sahaja.Masalah dianggap terpencil;Afghanistan- Afghanistan,Iraq-Iraq,Gaza-Gaza.Tgk lepas perang (atau genjatan senjata).Kita tidur balik…
    Makan KFC,bank ada riba’,tengok rancangan Gelak ketawa,tari menari dalam rumah,sorak2 Manchester United,Arsenal,hisap rokok,main kedai kopi bla..bla..bla..

    hak,retorik semata..

    mari kita kurangkn segala-galanya,baru betul…

  12. Aliff Bin Basri permalink*
    January 8, 2009 9:58 am

    Sama-sama kita perbaiki diri,sahabt-sahabtku….

    Kita muhasabah diri, sejauh mana usaha kita untuk bantu saudar kita di sana…

    Jadikan menuntut ilmu sebagai budaya hidup.. Masih banyak yag perlu diterokai oleh umat Islam kini…

    Dahulu, kita hebat..tapi cuma bertahan 3-a abad..kemudian barat naik mendadak sehingga mampu seolah-olah menguasai dunia dari segi pemikiran dan perilaku…

    Sekarang adalah masa kebangkitan Islam(as-Shahwah al Islamiyyah)..

    Kita kena gunakan masa yg aaa untuk terus mengkaji cara barat berfikir dan berprilaku, agar kita mendapat sesuatu yang boleh disumbangkan pada ummah…

    Dulu kita menjadi objek kajian mereka, sekarang kita pula mesti menjadikan mereka sebagai objek kajian kita…

  13. kakak permalink
    January 11, 2009 6:20 pm

    ya..sy jg mahu tahu kenapa Palestin ditindas…kata kwn ada benarnya dari sudut yg lain…sy juga setuju kita sbg umat Islam yg mengaku bersaudara sama2 bermuhasabah…

    hari ini sy sempat membaca salah 1 artikel ttg palestin yg mahu dikongsi bersama..

    antara petikan ayat mengenai palestin yg diceritakan ,sy dpt sikit maklumat mengenai rakyat Palestin

    “Kalau Iraq diserang kerana minyaknya, Palestin, Kefah percaya, diserang kerana kekuatannya sebagai pusat melahirkan ilmuan.

    “Dahulu di Palestin, tiada keluarga yang tidak ada pemegang ijazah sarjana. Semuanya berpendidikan. Kami percaya ilmu adalah senjata yang lebih kuat. Malah, sebahagian besar daripada kami mempelajari bahasa dan tulisan Hebrew,” jelasnya yang kini melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah bersama-sama suami.

    Sayangnya pada hari ini, senario itu berubah – kini sukar sekali hendak ditemukan rakyat Palestin yang tidak pernah masuk penjara.

    “Sejak Palestin dijajah, anak-anak yang belum mencecah 16 tahun juga disumbat ke penjara, hanya kerana hakim percaya mereka boleh mendatangkan bahaya. Ada yang dikurung tanpa sebab sehingga dua tahun,” luah Kefah dalam cebisan amarah.

    Abang Kefah yang kini menetap di AS baru-baru ini pulang ke Jordan menjenguk ibu tercinta. Dalam perjalanan, dia melawat hospital tempat pelarian Palestin dirawat. Menurut abangnya, pelarian-pelarian berkenaan kedengaran terlalu mengharap.

    “Mereka tercedera, kehilangan keluarga dan harta benda, tetapi mereka masih mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Berulang kali mereka melafazkan Alhamdulillah. Mereka percaya Tuhan pasti menolong mereka,” cerita Kefah.

    “Penduduk Palestin berilmu. Tanahnya subur dan dapat menghasilkan tanaman yang baik. Penanaman pokok buah zaitun dan penghasilan minyak zaitun juga rancak. Pendek kata ada banyak ladang di sana. Lembu dan kambingnya pula hidup sihat,” kenang Naser yang berasal dari Bait Aqsa, Baitulmaqdis.

    Namun kini, muka bumi Palestin hanya berlandskapkan serpihan bangunan dan bahan letupan. Udaranya dipenuhi hanyir darah yang terus tumpah. Pemandangannya berhiaskan bangkai mayat yang bergelimpangan.

    Biarpun kezaliman itu disedari rumpun bangsa Arab yang lain, tiada pula yang tampil membela sepenuh hati. Kalau pun kecaman negara-negara sedunia tidak memberi sebarang makna kepada Israel dan sekutunya, apa pula pendirian dan tindakan jiran terdekat seperti Jordan, Mesir dan Syria?

    “Pernahkah kita terfikir kalau-kalau keputusan pilihan raya yang melantik pemerintah di setiap negara-negara tersebut mempunyai pertalian tersembunyi dengan Amerika Syarikat?” kata Dr. Radwan Jamal Hussein, 46.

    Menurut pensyarah Pengajian al-Quran dan Sunnah, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia UIAM itu, Israel, Amerika dan sekutu mereka yang lain amat berwaspada dengan gerakan Intifada di Palestin.

    “Intifada mengajar generasi Palestin untuk tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah. Katakan pada saya, apakah yang membuatkan anak-anak kecil Palestin berani berdiri di hadapan kereta kebal dan hanya menggenggam beberapa butir batu untuk dilontar? Itulah keberanian yang tidak dimiliki oleh mana-mana generasi dalam dunia,” ujarnya yang berasal dari Jenin.

    SAYA peroleh artikel ini dari kosmo online

  14. January 12, 2009 5:06 pm

    salam…
    maaf menganggu korang..
    kita hanya manusia biasa yang hanya mampu melihat,dan mendengar..kalo merasa memang jauh sekali..

    namun jauh di lubuk hati kita masih ingin mendambakan kemenangan ISLAM di bumi palestin, ISrael akan terus mengganas di bumu palastin…

    cuma yakin kepada apa yang telah ALLAH khabarkan bahawa ISLAM akan menang di BUmi Palestin,cuma lambat atau cepat sahaja..bukan kah ini juga sebahagian daripada tanda2 besar kiamat..

    ikutkan hati nak juga angkat senjata,lembar bom atau sebagainya..tapi kita masih boleh bersyukur ngan keadaan kita sekarang…cuma kecewa ngan sebilangan pemimpin kita yang hanya pandai bersuara daripada memikirkan mengenai kepentingan islam itu sendiri..

    di mana kita di kala Hukum HUDUD di perkatakan oleh pihak MIC,DAP,MCA dan sebagainya..dimana pihak Islam yang lean hanya membabai buta apabila hukum ALLAH di persoalkan..adakah kepentingan politik lebey daripada hukum ALLAH..

    sedangkan di tempat kita sendiri belum juga ada jalan penyelesaiannya…??

    maafkan saya kalo ada kekurangan..nei jak yang saya tau komen..hehe..

    tima kaseh alif..ada diskusi yang baekk..

  15. kakak permalink
    January 14, 2009 8:43 am

    salam…berhari-hari mencari jawapan yang lebih kukuh mengapa Palestin dan org islam lain ditindas..mahu mencari jawapan yg lebih kukuh…dan hari ini Alhamdulillah dpt jawapan

    SIAPA YAHUDI?SIAPA ORANG ISLAM?

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

    Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

    Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

    Mengapa umat Islam terlalu lemah?

    Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

    Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan

    Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

    Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

  16. January 14, 2009 10:57 am

    yupzzsss..i agree with u KAKAK..

    zaman dulu owang islam berkuasa di sebabkan oleh ilmu….

    ngatkan saya kalo tersilap ya..

    bukan kah ayat yang pertama di turun kan kepada NAbi Muhammad bermula dengan..

    “Bacalah wahai Muhammad…..

    so di cnei kita boleh wat kesimpulan bahwa ilmu pengetahuan adalah penting dan berhubung kait dengan perkembangan akidah dan syiar ISLAM itu sendiri…..

    namun wat masa skunk bangsa kita sibuk dengan menda laen sehinga melupakan menda yang asas tuk perkembangan Agama itu sendiri…”

    sayalah contohnya..kadang2 Alpa dengan keindahan dan keseronokan Duniawi..btah cam mana nak tingkatkan diri walaupun kesedaran akhirat tue ada…???

    p/s…bagi ar ckit2 komen kat saya k…hehehehe

    PEACE ALWAYS..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: