Skip to content

Perlu Kesedaran Kepentingan Mengurus Harta

December 31, 2008

dinar emas n dollar

Salam Mujahid,

“Wealth Planning And Management” atau dalam bahasa Melayunya Perancangan dan Pengurusan Kekayaan”, merupakan salah satu subjek elektif yang ditawarkan kepada para pelajar ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam pada semester ini. Ia merupakan subjek baru yang ditawarkan kepada para pelajar.

Kewujudan subjek baru ini adalah amat tepat pada masanya kerana keadaan ketika ini memperlihatkan kepada keperluan menguruskan harta yang dimiliki dengan sebaik mungkin. Kekayaan yang dimiliki oleh sesetengah umat Islam merupakan aset yang berharga untuk membangunkan ummah. Ia merupakan kelebihan yang dimiliki oleh orang kaya Islam. Kelebihan ini sewajarnya digunakan atau dikongsikan bersama dengan umat islam yang lain  melihat kegemilangan semula umat Islam pada abad ini dan mendatang.

Kesilapan Atau Tidak Tahu

Tetapi apa yang berlaku dewasa kini ialah sikap para hartawan muslim yang masih belum mampu untuk memaksimakan penggunakan kekayaan mereka. Maksud saya ialah ada dalam kalangan mereka yang memiliki harta yang banyak tetapi menyalurkan ia ke tempat yang kurang atau langsung tidak memberi faedah kepada mereka dan umat Islam. Sebagai contoh, mereka menggunakan wang yang mereka miliki untuk membeli pemain bola sepak yang berharga berjuta-juta Ringgit Malaysia(kalau dalam RM-lah dan tidak perlu dimaklumkan siapa orangnya). Ini hanya salah satu contoh penggunaan harta yang pada hemat saya tidak hikmah. Selain dari itu, akibat ketidaktahuan sesetengah hartawan, mereka melakukan haji pada setiap tahun, sedangkan ibadah menunaikan haji hanya wajib seekali bagi seumur hidup. Sebaiknya, lebihan wang yang mereka mampu untuk menunaikan haji itu disumbangkan kepada seseuah koperasi atau yayasan atau rumah kebajikan atau melaburkan ia ditempat-tempat tertentu yang dapat menambahkan aset umat Islam. Untuk melakukan perancangan dan pengurusan harta yang berkesan, ia memerlukan ilmu yang betul. Fiqh al-Aulawiyyat(fiqh Keutamaan) perlu teliti sedalam-dalamnya berkenaan dengan pengurusan kekayaan ini. Jika tidak, dikhuatiri mampu merugikan pihak empunya harta dan ummah seluruhnya kerana kegagalan untuk memaksimakan penggunaan harta dengan sebaik mungkin.

Kerelevenan Subjek

Ini merupakan peluang yang besar kepada para pelajar Kewangan Islam untuk mengambil subjek ini dengan serius kerana ia mampu untuk mengubah paradigma umat Islam secara keseluruhannya jika benar-benar ia dihadam dengan baik.

Sebagai mahasiswa, sepatutnya kita sudah merancang kewangan peribadi untuk masa depan masing-masing. Pembahagian-pembahagian penting seperti untuk tujuan perkahwinan, sambung belajar, beli kereta, beli rumah atau untuk pelaburan jangka masa panjang, sebaiknya sudah dirancang bermula dari sekarang.

Benar, harta tidak dibawa mati, tetapi manfaat dari penggunaan harta yang baik, akan dibawa mati dan akan ditanya oleh Allah SWT. Jika tidak pandai menguruskan harta dengan baik, lalu melakukan pembaziran, maka kita kena bersedia berhadapan dan menerima balasan buruk daripada Allah. Kita perlu merancang, kemudian berusaha. Seterusnya kita serahkan pada Allah untuk menilai segala usaha yang kita telah lakukan.

Semoga kita semua dapat merancang penggunaan dana yang kita perolehi untuk digunakan dengan sebaik mungkin.

P/S: Teringin melihat zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ketika itu, tiada orang miskin. Bahkan, dana yang dikumpul oleh kerajaan ketika itu mampu untuk membayar semua hutang rakyat dan mampu mengahwinkan semua orang muda yang ingin berkahwin tetapi belum mampu. Yang uniknya, ketika baginda memerintah, tanah yang berada di bawah pemerintahan Islam meliputi Tanah Arab dan Tanah bahagian Afrika Utara. Ia merupakan sebuah kawasan pemerintahan  yang besar untuk ditadbir oleh seorang khalifah atau raja. Sudah tentu meliputi pelbagai bangsa, agama dan budaya. Akan tetapi bagaimana mereka mampu memaksimakan penggunaan hasil ekonomi mereka? Sistem ini yang perlu diterokai secara serius. Mungkin ada jawapan untuk digunakan bagi menghuraikan kekusutan ekonomi yang sedang berlaku hampir diseluruh dunia ketika ini.

Aliff bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan


3 Comments leave one →
  1. al-khawarizmi permalink
    January 1, 2009 1:11 pm

    salam ziarah dari ana…

  2. afie permalink
    February 9, 2009 7:26 am

    Assalamualaikum, Radix Fried Chicken (RFC) dah lebarkan biz ke Alor Setar n pas ni ke Kepala Batas pula.. Diorang target dpt buka 20 cawangan menjelang hujung tahun ni, Insyaallah.

    Alhamdulillah, dikala ekonomi dunia sedang meruncing bg fanatik riba’ dan kesannya kpd yg lain, banyak syarikat tutup cawangan, pekerja kehilangan pekerjaan, HPA Malaysia dpt pulak buka cawangan baru dan menawarkan pekerjaan kpd masyarakat tempatan.

  3. Aliff Bin Basri permalink*
    February 9, 2009 11:45 am

    Waalaikummussalam..

    Ye? Subhanallah…

    Ana teringin hendak menjamah ayam organik tu. Tapi masih tak dapat lagi..
    Jom p Kedah nanti?
    🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: