Skip to content

Kelas Pertama & Hijrah Diri

December 30, 2008

maalhjijrahqe0

Salam Mujahid,

Hari ini, 2 MUHARRAM 1430H, merupakan hari pertama pergi ke kelas. Tapi yang hadir hanya 2 orang sahaja. Pelajar lain masih belum pulang. Saya baru sahaja sampai di kampus pada Ahad lepas. Penerbangan asal pada jam 6.oo petang ditunda kepada jam7.30 malam.

Bila mengimbas kembali kenangan ketika bercuti, timbul persoalan, apa sebenarnya kesan cuti selama hampir sebulan pada kali ini? Atau langsung tidak memeberi kesan? Tidak kisahlah, sama ada dari sudut tarbiyyah, ekonomi atau personaliti diri.

Kena lakukan sesuatu!

Kena berubah!

Ini slogan yang selalu bermain diminda. Tapi hakikat slogan tersebut belum dapat dihadam dengan baik. Hasilnya, beberapa perkara yang dirancang, tidak menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia sudah terjadi dan perlu kepada muhasabah. Dari satu sudut, ada hikmahnya sesuatu itu terjadi yang bukan mengikut kehendak diri. Dari sudut yang lain, ia sebagai titik atau tempat perhentian untuk menoleh ke belakang, untuk bermuhasabah jalan yang sedang dilalui, sama ada masih di atas landasan atau sudah tersasar jauh dari landasan. Jika sudah tersasar jauh, maka ia memerlukan pembetulan.

Pada saya, tersasar atau tidak, ‘back-up plan’ mesti dibuat, pembetulan mesti dilakukan, strategi baru mesti dicipta. Putus asa tidak boleh ada dalam kamus minda dan hati. Kehidupan mesti diteruskan dengan semangat baru. Semangat untuk terus berjuang. Kegagalan memang perit, tapi ia tidak menghendaki untuk kita sekadar menangis dan membatukan diri.

Semangat untuk terus berusaha inilah yang Allah hadirkan selalu dan ia wujud dalam diri saya untuk berhadapan dengan cabaran hidup pada masa kini dan akan datang. Masalah kewangan mengajar saya betapa perlunya merancang kewangan dalam kehidupan. Masalah pelajaran mengajar saya betapa susahnya untuk menghadam sesuatu ilmu(bukan menghafal dan memuntahkan kembali bila perlu), jadi memerlukan fokus yang tinggi. Masalah perhubungan sesama sahabat mengajar saya erti kewujudan pelbagai ragam manusia dan saya harus menerima kehadiran mereka dan sikap mereka dalam hidup(sikap yang buruk jadi sempadan, sikap yang baik jadi teladan). Masalah agama memerlukan kesungguhan untuk mencari dan menuntut ilmu. Masih banyak yang belum diteroka. Masih banyak yang belum difahami.

Tahun Baru Hijrah 1430, menyimpan 1001 macam mehnah dan tribulasi serta peluang yang menanti. Memerlukan keazaman dan kecekalan untuk istiqamah di jalan Allah.

“SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRAH”

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

W. P. Labuan

One Comment leave one →
  1. December 31, 2008 10:32 pm

    ya salam ya salam😀

    selamat menulis kembali😀

    teruskan perjuangan akhi😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: