Skip to content

Cabaran Buat Perusahaan Otomobil Malaysia

December 16, 2008

merz-n-camry

Salam Mujahid,

Kualiti kereta buatan Malaysia mula teruji secara zahir dan realiti serta mendapat liputan meluas diseluruh tanah air sejak akhir-akhir ini. Isu terbaru ialah keputusan untuk membeli Toyota Camry oleh kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Kerajaan Terengganu juga membuat keputusan yang serupa dalam isu untuk memberi kereta import. Bezanya, Perak hendak membeli Toyota Camry (RM167,000 sebuah), manakala Terengganu hendak membeli Mercedez Benz(RM245,000 sebuah). Boleh rujuk DI SINI

Tapi bukan isu ini yang hendak saya bentangkan.

Isu yang saya maksudkan ialah tahap kualiti kereta keluaran Malaysia yang perlu di ‘postmortem’ kan. Sudah lebih daripada 20 tahun teknologi otomobil negara kita berfungsi. Adakala jualan meningkat, adakala jualan menurun. Ini cabaran dalam perniagaan yang harus ditangani dengan bijak. Tidak lupa juga cabaran daripada kereta buatan luar negara yang lebih menjadi pilihan rakyat negara Malaysia berbanding buatan negara kita sendiri.

Pokok persoalannya, mengapa R&D bagi Proton masih tidak mampu mencapai tahap para pesaing keluaran kereta luar negara? Tetapi betulkah ia masih tidak mampu mencapai tahap para pesaing kereta keluaran luar negara? Di mana para jurutera-jurutera hebat di Malaysia keluaran universiti-universiti tempatan dan luar negara? Mereka ini mendapat gelaran “I.R”. Saya fokuskan IR bagi kejuruteraan yang berkaitan dengan otomobil, bukannya bangunan seperti IR Mohammad Nizar (MB Perak). Apa reaksi mereka terhadap tahap penerimaan pelanggan ke atas keluaran Proton(juga Produa).

Ini persoalan dalam kepala saya.

Ada sesiapa boleh huraikan perkara ini?

P/S: Keputusan untuk membeli Toyota Camry oleh kerajaan negeri Perak merupakan satu muhasabah kepada pembangunan otomobil negara kita. Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk kebaikan rakyat, supaya dapat menjimatkan wang rakyat untuk jangka masa panjang. Kerajaan negeri juga merupakan pelanggan kepada syarikat pengeluar otomobil negara. Bila terdapat sesuatu yang belum dapat memuaskan hak pengguna, maka pengguna berhak membuat keputusan membeli atau tidak. Kesimpulannya, Pihak Proton perlu bergerak dengan lebih laju ke hadapan untuk bersaing dengan para pengeluar kereta luar negera. Cabaran buat para jurutera anak Malaysia! Kisah Raja Zulkarnain membangunkan teknologi tembok di zamannya yang terkandung di dalam al-Quran menunjukkan bahawa Islam amat menggalakkan agar teknologi moden terus berkembang pesat, tetapi dengan syarat bahawa ia harusnya mampu mendekatkan diri para pengguna teknologi tersebuit kepada Allah SWT. tuhan Pencipta Alam, Tuhan kepada segala-galanya.

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

Lumut, Perak

6 Comments leave one →
  1. December 21, 2008 6:38 pm

    salam,lama tak online..
    pokok pangkalnya,mereka sebelum bercakap harus rujuk diri sndri.kereta buatan negara terutama proton tak boleh nafi ada wujud double standard,yang di xport lebih baik drpd utk pasaran domestik berdasarkan apa yang kita perhatikan dari persekitaran. Ini suatu malah terutama drpd persepsi apbl dilakukan begini..
    kereta nasional boleh dikatakan kereta “asal bergerak” kerana tidak menepati bnyk aspek terutama keselamatan sprti beg udara, sensor dll. mmg mudah rosak cthnya gearbox,suspension bnyk la aspek berbanding kereta buatan jepun..
    kita tak boleh nak ckp kita masih muda, pasal sama jer tahun penubuhan proton dibandingkan dgn hyundai korea, tapi hyundai ascent bleh jadi kete paling laris di USA!!
    Sikap sebenarnya. Nak untung lebih (eg. Proton Waja), asal siap.kalau ini bleh dibendung InsyaAllah.
    p/s: kalau kerajaan perak pakai kete kancil lagi save kan.erm..

  2. kakak permalink
    December 23, 2008 8:38 am

    takut naik keta kancil..kt highway,lori or bas bwk laju n lalu tepi keta pun rs bergoyang keta 2…

  3. kakak permalink
    December 23, 2008 8:48 am

    ‘Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk kebaikan rakyat, supaya dapat menjimatkan wang rakyat untuk jangka masa panjang.’
    yes..i agree with ‘utk jangka masa panjang’ ..that’s the key point.

  4. Aliff Bin Basri permalink*
    December 23, 2008 9:48 pm

    syukran atas respon rodin..ana pun dah lama tak online. Ni baru balik dari Pulau Pinang, kampung belah arwah mak ana. Pada ana kancil sesuai digunakan untuk dalam bandar. Tapi untuk ‘heavy duty’, mungkin belum boleh..hehe..

    Buat kakak, syukran tas respon…kancil kecil..jadi jangan bawa laju-laju..Kang terbang pula.

    Walau apa pun, gunakan kemudahan yang ada ke jalan Allah…
    🙂

  5. December 28, 2008 3:20 pm

    Assalamualaikum..

    kullu `am wa anta bikhoir!!

    salam maal hijrah….

    hope this year better than before…:-)

    takbir!!

  6. March 13, 2009 11:49 pm

    jangan salahkan proton..kerajaan harus dipersalahkan dalam menentukan kualiti kereta buatan malaysia..mcmana proton hendak maju jika kerajaan sendiri seolah olah cuba hendak membunuh industri otomotif negara.Kerajaan korea menutup pintu kepada semua kereta buatan asing yg berkapasiti dibawah 2000cc selama 20 tahun (kalau x silap saya la..)bagi memastikan semua rakyat mereka dapat menentukan hala tuju produk negara mereka.syarikat seperti kia dan hyundai pada mulanya kualiti mereka amat teruk juga..TETAPI,mereka dapat memperbaiki kualiti kerana rakyat negara mereka sentiasa memberi feedback kepada syarikat.Mereka tiada pilihan lain kerana kemampuan untuk membeli kereta luar amat ketat disamping hanya 2000cc sahaja dibenarkan dibawa masuk.Lagi ramai rakyat membeli..lagi banyak keuntungan pada negara dan syarikat proton dapat memperbaiki kualiti kerana dgn adanya DANA,dapatlah proton menjalankan R&D dgn lebih efisyen.Tidak perlu mgharapkan teknologi dari luar dan dapat pula mgurangkan harga kereta proton di malaysia.SIAPA KATA KERETA T..Y..A , H…A TIADA MASAALAH…?TANYALAH SERVIS CENTRE MEREKA………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: