Skip to content

Prinsip Islam Mampu Pulih Ekonomi

December 11, 2008

Washington: Akhbar harian terkemuka Amerika, Washington Post dalam laporannya menyatakan bahawa percubaan tabung yang dikenali sebagai “Trust Income” dan tabung “Trust Growth” yang berasaskan prinsip Islam terbukti berjaya memulihkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lembab hari ini.

Ia adalah satu rangkaian tabung yang dikendalikan oleh sebuah badan Islam Amerika yang berasaskan syariat yang dilihat mampu membuka jalan dan mendepani pemulihan ekonomi yang teruk akibat krisis ekonomi global. Sehubungan itu, akhbar berkenaan telah melaporkan keyakinan prinsip Islam itu dimuka depannya yang disuarakan oleh Ketua Unit Trust Income, Nicholas Caser yang mencadangkan agar sistem ekonomi di Amerika perlu beralih kepada sistem syariat Islam.

Sistem itu mampu nmemberi pulangan lumayah di pasaran pelaburan Amerika, disamping mampu membendung kegiatan ekonomi yang berasaskan prinsip sivil, katanya. Sementara akhbar Morning Star pula dalam laporannya menyebut, sistem muamalah dalam ekonomi Amerika perlu beralih kepada Trust Income yang telah berjaya membuktikan pertumbuhan mantap hingga mencecah 9.7 peratus setahun, iaitu satu7 pertumbuhan yang jarang berlaku ketika urusan ekonomi yang melaksanakan sistem sivil sebelum ini. Menurutnya lagi, ia bukan sahaja mantap, malah bersifat tetap dan tepat dalam urusan kira-kiranya kerana ia dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah oleh kakitangan Trust Income.

Ketika krisis ekonomi berlaku tegas akhbar berkenaan, tabung-tabung kewangan dengan menawarkan prinsip-prinsip syariat Islam tetap utuh dan tidak menjejaskan para pelabur. Ini kerana ia memperkenalkan konsep kewangan mudharabah, musyarakah yang menjamin kebaikan dan keuntungan bagi kedua-dua pihak iaitu pelabur dan unit tabung berkenaan walaupin menerima tempias krisis ekonomi global, katanya.

Trust Income yang diasaskan pada tahun 1986 di Amerika Syarikat dikendalikan oleh Yayasan Islam Amerika Utara bagi menyahut tuntutan dan keinginan umat Islam Amerika yang mahukan sistem pelaburan mereka menepati tuntutan hukum syarak yang tidak mengenakan sebarang faedah(riba’) kepada pelabur. Pelaburan Trust Income sama sekali menegah pelaburan yang haram seperti terlibat dalam jual beli babi, arak, perjudian, iklan-iklan haram, rokok, bahan-bahan lucah dan sebagainya.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, Trust Income telah membuka cawangan baru yang dikenali sebagai Trust Growth pada 1994 yang dikendalikan oleh syarikat Stoner Capital yang beribu pejabat di bandar Billingham di wilayah Washington.

Sumber: Harakah Bil. 1397

P/S: Bila rasanya BNM dapat bebaskan diri daripada riba’?

Aliff Bin Basri @ https://hadifulwan.wordpress.com

Lumut, Perak

One Comment leave one →
  1. December 17, 2008 11:33 pm

    Krisis ekonomi dunia semakin parah. Yang menghairankan, setakat ini Buletin Utama mahupun RTM tidak pernah mengupas krisis ekonomi dunia sekarang berpunca daripada kegiatan ekonomi yang berlandaskan riba. Yang diberitahu ekonomi AS jatuh kerana beberapa syarikat besar jatuh. Tapi di sebalik kejatuhan tersebut tidak dikupas secara ilmiah mengikut pandangan ekonomi Islam.
    Andai kata BNM sedar dan faham kebahayaan riba melalui wahyu ALLAH, bagi saya masa sekarang sepatutnya telah bersih dari riba. Entah apa yang dirisaukan. Semacam peringatan dari ALLAH itu dipandang enteng.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: